MY FOLLOWERS

Tuesday, June 3, 2014

Hidupan Liar - Paus Sirip

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Google Images

 
 
Assalamualaikum.....



Paus sirip merupakan yang kedua terbesar di dunia dengan panjang sekitar 80 kaki dan berat mencecah 70 tan. Disebabkan saiznya yang agak besar, ia jarang timbul ke permukaan. Paus ini yang kedua terbesar selepas paus biru kelihatan licin berkilat dan mampu bergerak sehingga selaju 20 batu sejam. Ini menjelaskan kenapa paus ini mampu bergerak seperti peluru berpandu di Terusan Gibraltar. Setakat ini tiada siapa pun pasti kenapa paus berbuat demikian. Paus humpback merupakan spesis yang sering muncul di permukaan air yang mungkin bermaksud satu bentuk komunikasi. Sesetengah saintis pula berpendapat tindakan paus kelabu timbul di permukaan adalah untuk membuang kutu yang merayap pada permukaan badannya. Paus sirip dinamakan sedemikian berdasarkan sirip dorsal yang terdapat pada badannya dan makan haiwan seperti udang dan sekumpulan ikan. Paus ini boleh ditemui di seluruh dunia dan dianggap terancam dengan jumlah populasi sekitar 40,000 di hemisfera utara, dan 15,000 ke 20,000 di hemisfera selatan.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: