MY FOLLOWERS

Sunday, March 30, 2014

Artikel - Kesejukan di Air Terjun Niagara

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Sejuk! 








KLIK SINI untuk lebih banyak foto.




Seni & Kreativiti - Peta Dari Satelit

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA



Assalamualaikum.....

Jenny Odell mengumpulkan sejumlah foto memaparkan imej dari satelit, yang memaparkan kolam renang, gelanggang bola keranjang, dan struktur binaan lain. Anda boleh baca sendiri selebihnya di pautan berkaitan.













KLIK SINI untuk lebih banyak foto.


Hidupan Liar - Ikan Laga Siam

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan:Yahoo GMA



Assalamualaikum.....

Siri potret memaparkan ikan laga Siam yang kelihatan seperti terapung di tengah udara dengan sirip panjang yang beralun dan warna yang memukau. Siri potret ini dirakamkan oleh jurufotonya, Visarute Angkatavanich, 43 telah memberikan satu suasana dramatik menggunakan pelbagai tahap teknik pencahayaan dalam studionya dan air jernih bagi mendapatkan hasil yang unik ini. 











KLIK SINI untuk lebih banyak foto.




Seni & Kreativiti - Dengan Sudu dan Garfu Pun Boleh Jadi....

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA



Assalamualaikum.....

Gary Hovey, menggunakan sudu, pisau dan garfu bagi menghasilkan skulptur haiwan yang unik dan kreatif. Dia mendapat inspirasi daripada lukisan yang dilihat, jika dijual boleh mencapai harga sehingga $1,000 ke $5,000.












KLIK SINI untuk lebih banyak foto.


Artikel - Tepat Pada Masa

Kredit kepada: Reshareworthy
Gambar ihsan: Reshareworthy



Assalamualaikum....

Semestinya tanpa suntingan kreatif, tetapi menerusi petikan kamera berkelajuan tinggi yang berjaya merakamkan aksi tepat pada masa :-)  Daripada acara sukan, pemandangan hinggalah subjek hidupan liar, ada sahaja yang berlaku. Hanya jurufoto bijak mengambil peluang sahaja berupaya merakamkannya.



















KLIK SINI untuk lebih banyak foto.


Seni & Kreativiti - Bila Bulan Mengambang Penuh

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine

 


Assalamualaikum.....

Seorang jurufoto dari Albania, Adrian Limani berusia 22 tahun menggunakan adiknya sebagai model untuk merakamkan shot yang mengagumkan ini ketika bulan mengambang penuh.    
















KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - Aplikasi Terbaru Membantu Pendengaran

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Kini aplikasi telefon pintar yang menghubungkan pengguna kepada alat bantuan mendengar sedang dibangunkan bagi membantu dan membolehkan mereka yang bermasalah pendengaran meningkatkan kadar kekuatan input yang didengari pada peralatan yang digunakan seperti fon kepala bagi mendengar panggilan telefon, atau mendengar muzik dan video di Youtube. Dianggarkan sekitar 36 juta rakyat Amerika yang dewasa mengalami masalah pendengaran, sebagaimana maklumat daripada National Institute of Deafness and Other Communication Disorders. Namun hanya seperlima sahaja daripada kalangan mereka ini berupaya menikmati kelebihan ini. 

Menurut Lars Viksmoen, ketua eksekutif bagi GN ReSound, sebuah syarikat pembangun peralatan pendengaran berpengkalan di Denmark, masyarakat sememangnya perlukan alatan pendengaran yang baik, tetapi yang membezakan pesaing di pasaran ialah sambungan ke peranti telefon pintar, jadi mereka perlukan aplikasi. Aplikasi baru keluaran syarikatnya yang diberikan percuma, ReSound Smart for the iPhone, akan menukar peralatan mendengar kepada fon kepala dan membolehkan penggunanya mengubah sendiri tetapan (settings) mengikut kesesuaian masing-masing seperti kekuatan suara, trebel dan bunyi bass selain tetapan spesifik mengikut kawasan. 

Steve Aiken, pembantu profesor di bahagian audiologi di Universiti Dalhouse di Nova Scotia, Kanada, berkata aplikasi tersebut akan memberi manfaat kepada mereka jika ia dihubungkan kepada teknologi sedia ada yang memudahkan kehidupan. Walaubagaimanapun, masih terdapat risiko. Pendengaran pengguna boleh menjadi rosak sekiranya tetapan yang ditukar itu tidak sesuai dengan tahap pendengaran si pengguna dan otak pengguna perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan keadaan dengan bunyi yang sudah lama tidak didengari. 




KLIK SINI untuk artikel penuh.