MY FOLLOWERS

Friday, March 7, 2014

Artikel - Angan-angan .....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Seperti dinyatakan dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-A'raaf ayat 34: "Setiap umat itu ada batas waktunya, maka apabila telah sampai ajal, mereka tidak dapat menundanya walau sesaat dan pula dapat menyegerakannya."

Firman Allah dalam ayat ini mengingatkan kita supaya tidak panjang angan-angan. Asyik fikirkan kehidupan di dunia sehingga adakalanya kita terlupa bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Tempohnya singkat dan pasti suatu hari nanti kita akan kembali kepada-Nya. Dalam kehidupan ini kita mahu banyak perkara, itu dan ini, atas sebab keperluan dan kehendak, juga atas desakan hawa nafsu. banyak diangankan sehingga adakalanya kita terlupa untuk dapatkan bekalan untuk akhirat.




Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Yang aku khuatirkan atasmu ada 2 perkara iaitu panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu."

Abu Laith al-Samarqandi memberi nasihat bahawa sesiapa yang mengurangkan angan-angan akan dimuliakan Allah dengan 4 kemuliaan:
  • Diberikan kekuatan untuk melakukan ketaatan.
  • Hati mereka tidak bimbang dengan kesusahan kehidupan.
  • Mereka redha dengan kehidupan yang sederhana. Cukup dengan apa yang ada dan tidak perlu kejar kemewahan.
  • Hati mereka diterangkan Allah s.w.t.

4 seksaan bagi mereka yang panjang angan-angan:
  • Malas melakukan ketaatan.
  • Hidup tidak tenang sebab banyak risaukan dunia mereka.
  • Tamak dan sentiasa ingin kumpul harta.
  • Keras hati.

Maka dengan itu, pendekkanlah angan-angan dan perbanyakkan mengingati kematian.

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan apa yang diperkatakan dalam artikel ini, namun tetap tidak menafikan bahawa perlu juga ada angan-angan cukup sekadar mengingatkan kembali apa yang dicita-citakan, sebagai satu bentuk motivasi untuk buat sesuatu pekerjaan. Cukup setakat itu, tidak perlu berlebih-lebihan. Memadai atas sesuatu yang kita boleh capai dan laksanakan. Maksudnya, angan-angan ini dalam realiti kehidupan, bukan seperti berimaginasi untuk menghasilkan filem yang memaparkan hasil visual yang jauh daripada realiti.



Petikan: Majalah Iman Bil: 19 2013

No comments: