MY FOLLOWERS

Wednesday, March 26, 2014

Berita - Pembukaan Akaun Tabung Haji dan Kempen Derma Darah KKKT 26.3.2014

Kredit kepada: KKKT
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Kempen ini diadakan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu pada 26.3.2014 dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari memberi peluang kepada seluruh warga kolej ini untuk menderma darah dan membuka akaun Tabung Haji bagi mereka yang belum memilikinya. Mereka-mereka yang berminat untuk menderma darah diminta mendaftar nama dalam borang disediakan sebelum ke bilik seminar di tingkat bawah bersebelahan bengkel fesyen.






 Hadiah percuma kepada sesiapa yang mendaftar


Bagi mereka yang ingin membuka akaun Tabung Haji, mereka hanya perlu mengisi borang yang diberikan pegawai yang bertugas. Untuk promosi kali ini, mereka boleh membuka akaun hanya dengan simpanan permulaan serendah RM2.00 sahaja. Hadiah saguhati berupa tabung syiling berbentuk menara TH dan sekotak multivitamin diberikan kepada yang membuka akaun pada hari ini.

No comments: