MY FOLLOWERS

Monday, March 10, 2014

Berita - Bahaya Ketagihan Minuman Dalam Tin


Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum..... 







Berdasarkan satu berita dari Daily Mail, seorang wanita British menderita disebabkan ketagihannya kepada Diet Coke. Ibu tunggal ini meminum 50 tin minuman bebas gula setiap hari, bermakna dia mengambil 3 tin setiap jam dengan anggaran jika dia berjaga 15 jam sehari. 

Disebabkan ketagihannya, Jakki Ballan, menderita sakit kepala berterusan, dan kini semakin parah apabila mula berdepan masalah halusinasi. Katanya, dia pernah melihat buah oren berterbangan merentasi bilik. Dia seperti tidak senang jika ketiadaan 'bekalan' minuman berkenaan dan menjadi seperti panik jika bekalan tinggal hanya setin. 

Satu kajian saintifik menunjukkan pengambilan berlebihan atau pada tahap sederhana bagi Diet Coke ini telah menyebarkan satu kesan negatif pada kesihatan. Satu kajian dari Harvard selama 11 tahun menunjukkan daripada 3000 orang wanita yang meminum Diet Soda, berisiko dua kali ganda menghadapi masalah buah pinggang, dengan 30% penurunan pada fungsi buah pinggang hanya dengan pengambilan 2 tin sehari. Kajian lain dari Universiti Texas menunjukkan meminum hanya 3 tin diet soda sehari meningkatkan peluang untuk menjadi gemuk, dan melebarkan saiz lilit pinggang sehingga 500%.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: