MY FOLLOWERS

Wednesday, March 26, 2014

Hiburan - Blue Bloods

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Blue Bloods ialah satu siri drama prosedur polis keluaran Amerika syarikat disiarkan di saluran CBS di Amerika Syarikat dan Kanada. Penggambaran dibuat adalah di sekitar bandaraya New York. Pada bulan Mac 2013, CBS memperbaharui siri ini untuk musimnya yang ke-4. 

Siri ini mengisahkan sebuah keluarga Irish-Amerika yang kesemuanya terdiri daripada pegawai polis yang bertugas di Jabatan Polis New York, NYPD. Francis "Frank" Reagan (Tom Selleck) ialah Pesuruhjaya Polis, yang pernah bertugas sebagai tentera marin US dan veteran perang Vietnam sebelum menyertai NYPD. Dia merupakan seorang duda yang telah kehilangan seorang anaknya ketika menjalankan tugas, dan mempunyai 3 lagi anaknya Erin, Danny dan Jamie. Danny (Donnie Wahlberg) merupakan seorang detektif NYPD kelas pertama, merupakan seorang yang agak keras dan tidak terlalu lurus dengan peraturan ketika menjalankan tugas meyiasat kes-kes yang dikendalikan. Dia juga merupakan bekas anggota tentera marin dalam perang di Iraq. 

Di NYPD, dia bertugas bersama detektif Jackie Curatola (Jennifer Esposito) yang juga detektif kelas pertama sepertinya. Untuk musim ke-3 siri ini, wataknya digandingkan dengan Kate Lansing (Megan Ketch) dan Candice McElroy (Megan Boone) dalam episod ke-13 siri ini sebagai rakan setugas. Erin (Bridget Moynahan) ialah seorang pembantu peguambela yang mengambil tindakan undang-undang bagi setiap penjenayah yang ditahan oleh Danny. Jamie (Will Estes), ialah anak bongsu pesuruhjaya polis ini ialah seorang pegawai polis pangkat rendah yang telah tamat latihan di akademi polis. Henry (Len Cariou) ialah datuknya, seorang pesara polis NYPD yang pernah berkhidmat sebagai pegawai marin ketika perang di Korea. Setiap episod, akan ada nasihat dan perkongsian pengalaman yang dikongsikan kepada anak-anak dan cucunya. 



Dalam setiap penghujung episod, mereka semua akan pulang ke rumah untuk makan malam bersama dan berkongsi tentang apa yang dilalui pada hari berkenaan, kes yang dikendalikan, apa yang berlaku di sekolah selain nasihat untuk sekeluarga. Cucu Henry yang masih bersekolah biasanya akan bertanyakan mengenai perkara menyentuh isu moral dan berbagai jawapan akan diberikan oleh ibu bapa yang dewasa. Masing-masing daripada perspektif yang berbeza, walaupun adakalanya mengguris perasaan ekoran apa yang dilalui. Walaubagaimanapun mereka tetap bersatu sebagai satu keluarga polis dan penguatkuasa undang-undang.

Menampilkan Tom Selleck, Donnie Wahlberg, Bridget Moynahan, Will Estes, Len Cariou, Jennifer Esposito, Marisa Ramirez, Amy Carlson, Nicholas Turturro, dan Sami Gayle


Sumber rujukan: SINI  |  SINI  |  

No comments: