MY FOLLOWERS

Thursday, March 29, 2012

Petua - Mendapatkan Muka Berseri

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum..... 


Setiap hari sesudah bangun pagi, sebelum air menyentuh mana-mana anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Jangan tinggalkan juga solat, bacaan al-Quran dan wirid. Amalkan setiap hari. 

Jangan rautkan wajah dari atas ke bawah kerana akan menjadikan wajah anda cepat berkedut.

Wednesday, March 28, 2012

Saturday, March 24, 2012

Artikel - Asal-usul Perkataan ASSASSIN dan Sejarah Berkaitan Dengannya

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum.....



Hashishin atau hashasin, namanya menjadi legenda di Timur Tengah pada tahun 1092-1265. Sejarah soal kelompok ini bercampur dengan dongeng dan mitos. Namun yang pasti. kelompok ini merupakan pembunuh yang sangat terlatih. Memiliki kemampuan tinggi untuk mengganas dan menyelesaikan lawan-lawan mereka.

Seorang tokoh mazhab Islamiyah, Hassan-i-Sabbah bertanggungjawab memulakan gerakan ini. Hassan sangat popular di kalangan mazhab Islamiyah dan memiliki ramai pengikut. Dia mendirikan Hashasin untuk melawan lawan politiknya, terutama dinasti Saljuk yang beraliran Sunni.



Namun kerana saat itu Perang Salib melanda Timur Tengah, para pengikut Hassan i-Sabbah ikut serta memerangi kesatria salib dari Eropah.

Kata Hashisin, merupakan sindiran yang diberikan lawan-lawannya. Hashis, bererti pengisap ganja. Mitos menyebutkan mereka adalah pemabuk dan penghisap ganja. Namun sebenarnya, nama yang benar adalah Hashasin, yang berasal dari kata Asasiyun, iaitu orang yang berpegang teguh pada iman.

Ada tiga urutan dalam organisasi Hashasin, yang paling atas disebut Muhibbin. Golongan ini adalah yang paling setia pada Hassan. Merekalah pembunuh yang paling terlatih. Mampu bergerak cepat, menguasai berbagai bahasa dan mampu menggunakan berbagai senjata. Tapi senjata yang paling ditakuti adalah menggunakan belati pendek melengkung. Ratusan korban mereka tewas dengan belati terpacak di dada.

Hashasin membangunkan jaringan mereka di seluruh Timur Tengah. Bergerak di dalam sel-sel bawah tanah, misi mereka penuh dengan rahsia. Mereka boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja demi melaksanakan misi mereka. Korban pertama mereka adalah seorang pekerja di pejabat Dinasti Saljuk, Nizam al-Mulk yang dibunuh tahun 1092 di Baghdad. Selanjutya korban-korban mereka terus tumbang. Tapi Hashasin tidak melawan rakyat jelata, mereka hanya mengganas ke atas lawan-lawan politik mereka.

Karakter Hashasin turut dimasukkan dalam filem Prince of Persia lakonan Jake Gyllenhaal, Karl Urban dan Ben Kingsley. Penuh dengan unsur sihir, ganas dan seram. Mungkin memang seperti itu Hashasin bekerja pada zamannya.

Markas mereka bernama kubu Alamut. Sebuah istana megah di Parsi, di tempat inilah Hassan-i-Sabbah melatih para pengikut setianya. Marco Polo, seorang penjelajah Eropah menggambarkan istana ini seperti syurga, dengan segala kenikmatan di dalamnya. Dia menceritakan Hassan memberikan ganja untuk memabukkan para pengikutnya. Beberapa tulisan menggambarkan istana ini juga dipenuhi wanita cantik yang menggoda.

Sepak terajang Hashasin selama ratusan tahun akhirnya berakhir. Serangan bangsa Mongol tahun 1257 ke Alamut menghancurkan benteng ini sekaligus menghancurkan sebahagian besar catatan tentang Hashasin. Selanjutnya, Kesultanan Ottoman menghancurkan sisa-sia kekuatan Hashasin. Maka dengan itu, berakhirlah kisah kelompok elit ini.

Tapi namanya diabadikan. Kata Assassin dalam bahasa Inggeris yang bererti pembunuh diambil daripada nama kelompok ini, Hashasin. Sebagai memperingati kehebatan kelompok ini dalam melumpuhkan lawan-lawan mereka.

 
Hashyashyin (Assassins) “guru” bagi Knights Templar

 

Kononnya Hashyashyin ini merupakan “guru” dari Knights Templar yang dibentuk oleh Ordo Sion di tahun 1118 Masehi. Keduanya — Hashyashyin mahupun Templar memiliki banyak persamaan. Bermula dari struktur organisasi, membangkang terhadap agama (bid’ah) dan dianggap agnostik (tidak yakin agama apa pun kecuali pemimpinnya), kepandaiannya dalam berperang, membunuh, serta menyerlah dalam pengunaan racun, serta adanya upacara-upacara khusus yang penuh dengan warna mistik dan unsur-unsur pagan.

Malah banyak penulis sejarawan moden menganggap mazhab Syiah Qaramithah adalah asal generasi gerakan Assassins — sebagai kelompok Bolsyewisme Islam atau cenderung komunisti. Pengasas mazhab ini bernama Hamdan al-Qarmath orang Iraq yang gemar pada ilmu-ilmu astrologi dan kebatinan, mirip dengan pengikut Kabbalah (Hitti, History of the Arabs: From the Earliest Times to the Present, 2002). Sedangkan Templar sendiri sesungguhnya pengikut Kabbalah, walaupun mereka mengaku sebagai pemeluk Kristian pada awalnya.

 
Assassin Bertugas Menciptakan Perpecahan Di Kalangan Islam

Hillenbrand mengajukan pertanyaan: “Momentum ini bagi pasukan Salib sungguh menguntungkan. Apakah saat itu pasukan Salib telah diberitahu bahawa saat itu merupakan momentum yang sangat bagus untuk menyerang Jerusalem?”

Jika di sebalik pertanyaan Hillenbrand “Adakah kekacauan di Dunia Islam ini telah diatur?" Assassins bertugas menimbulkan perpecahan di kalangan Islam dengan melakukan serangkaian pembunuhan di berbagai dinasti Islam yang kuat dan di lain sisi Ordo Yohanit (Peter The Hermit dan Godfroi de Bouillon sebagai dua tokohnya) dan pada masa yang sama menyusup masuk ke Vatikan dan memprovokasi Pope agar menyemarakkan Perang Salib untuk merebut Jerusalem.

Sejarah turut mencatatkan bahawa hanya setahun sebelum pasukan Salib tiba di depan gerbang Jerusalem, kota suci itu telah jatuh ke tangan Dinasti Fathimiyah. Adakah ini merupakan konspirasi antara Assassins dengan Ordo Yohanit di mana keduanya memang diketahui cenderung kepada ilmu-ilmu ramalan, astrologi , sihir, dan sebagainya yang menjurus pada ajaran Kabbalah?

Dengan kata lain, adakah semua kejadian besar itu merupakan hasil konspirasi yang dilakukan Ordo Kabbalah dengan pembahagian kerja: Assassins bekerja di Dunia Islam, sedangkan Yohanit (Ordo Sion dan kemudian Templar) bekerja di Dunia Kristian?

Bukan rahsia lagi apabila Assassins dan Templar di kemudian hari benar-benar melakukan kerjasama. Templar sering menyuruh Assassins untuk membunuh musuh-musuh politiknya. Salah satu korban dari Assassins adalah Richard The Lion Heart. Salahuddin al-Ayyubi sendiri pernah menerima ancaman dari Assassins.

 
Shalahuddin al-Ayyubi dan Assassins
 

Selain Tentara Salib dengan Ksatria Templar dan Hospitaller-nya, pasukan Shalahuddin Al-Ayyubi juga harus menghadapi kelompok Assassins. Shalahuddin tidak boleh melupakan bagaimana Assassins pernah mengancam dirinya dengan meletakkan kek beracun di atas dadanya ketika dia sedang tidur. Sebab itu, setelah membebaskan Jerusalem dengan mengalahkan Tentara Salib pada tahun 1187, Shalahuddin tidak berhenti. Panglima pasukan Islam itu terus menyusuri ke utara, membebaskan daerah-daerah lainnya hingga mengejar kaum Assassins ke Benteng Alamut.

Pos serangan yang dilakukan oleh pasukan Shalahuddin, kemudian pasukannya Mongol, kelompok Assassins menyebar ke berbagai wilayah, utamanya Lebanon, Persia, dan Suriah. Bertahun-tahun kemudian, kelompok ini tidak lagi terdengar dan istilah “Asassins” telah mengalami perubahan makna menjadi “Pembunuh Bayaran”. Dalam budaya pop, istilah ini diangkat ke dalam novel-novel dan layar perak.



Dalam kancah konflik di dunia Arab, anak keturunan kelompok ini dikenal sebagai kaum Druze, suatu kelompok pro-komunis di Lebanon dan Syria. Namun beberapa kelompok kecil masih bertahan hingga kini di sekitar wilayah tersebut.

 
Sumber    

Artikel - Permainan Video Terbaru Resident Evil: Operation Raccoon City

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum....

Sebahagian foto di bawah adalah karakter daripada permainan video terbaru dalam francaisnya, Resident Evil: Operation Raccoon City.

Ada Wong

Carlos Oliviera

Claire Redfield

Hunk

Jill Valentina

Leon S. Kennedy

Nicholai Ginovaef

KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Petua - Muka Licin Berseri

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......


Ambil yogurt asli dan sapukan pada seluruh bahagian muka. Buatkannya seperti masker. Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering. Kemudian cuci muka dengan air bersih. Lakukannya 3 kali seminggu.

Friday, March 23, 2012

Artikel - Rahsia Surah Al-Kautsar

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000 kali rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sumber

Petua - Menghilangkan Jerawat dan Bintik-bintik Hitam di Muka

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya:
  1. Ambil kulit kayu manis dan celupkannya dalam air. 
  2. Kemudian kikiskan di atas permukaan kesat seperti batu. 
  3. Sapukan kulit kayu manis yang sudah dikikis tadi pada kawasan bintik-bintik hitam dan jerawat. 

Selamat mencuba  :-)

Artikel - Angry Birds Space

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum.... 

Sebelum ini, penulis ada mengulas mengenai edisi terbaru permainan Angry Birds Space. Anda boleh membacanya DI SINI. 







Terbaru, Yahoo Games menyiarkan beberapa screenshot daripada permainan ini. Anda boleh melihatnya DI SINI. Penulis yakin para peminatnya pasti teruja dengan permainan ini apabila ia memasuki pasaran kelak.

Wednesday, March 21, 2012

Artikel - Foto Kiriman Pembaca NATGEO

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Foto-foto ini adalah kiriman pembaca Natgeo. Kualitinya setaraf jurugambar amatur dan profesional.. Pendapat anda? Nilaikan sendiri :-)







Lagi foto KLIK SINI

Petua - Menaikkan Seri Wajah III

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Ambil embun pagi di hujung rumput atau daun di kawasan yang tiada pencemaran dan sapukan pada tapak tangan. Kemudian, sapu ke muka dan selawat. Biarkan sehingga kering. Selepas itu, basuh muka anda.

Wordless Wednesday - Wait ....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....

Thursday, March 15, 2012

Artikel - Foto Berwarna Hitler Didedahkan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum... 

Beberapa foto versi berwarna Hitler ketika era pemerintahannya didedahkan oleh Yahoo News sebelum ini.






KLIK SINI untuk lebih foto.

Wednesday, March 14, 2012

Seni & Kreativiti - Crop Circle Di Atas Ais

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games



Assalamualaikum...... 

Crop circle ini bukanlah buatan makhluk asing tetapi ia adalah buatan tangan Simon Beck. Untuk menghasilkan karyanya, permukaan ais sebesar padang bola sepak, kompas dan sepasang kasut salji diperlukan.







Sumber

Wordless Wednesday - Rabbit

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum.....

Tuesday, March 13, 2012

Petua - Melicinkan Wajah

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Ambil buah tomato, makan dan sapukan pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus.

Petua - Menaikkan Seri Wajah II

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Ambil sedikit air dan selawat 3 kali. Sapukan pada wajah. Lakukan setiap pagi.

Saturday, March 10, 2012

Hidupan Liar - Belang Pada Badan Kuda Belang Boleh Halau Lalat

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......

Satu kajian mendapati kuda dengan warna lebih gelap menarik lebih banyak lalat penghisap darah berbanding yang berwarna putih. Oleh kerana belang putih hanya muncul setelah kuda dilahirkan, para saintis terfikir adakah warna belang tersebut menjadikannya kurang menarik perhatian serangga berkenaan. Lalat kuda juga dikenali sebagai tanabid, bukan setakat mengundang kegatalan kerana gigitannya tetapi juga membawa kuman yang berbahaya.



Untuk mengetahui sejauh mana tidak menariknya belang pada kuda ini, para pengkaji melawat ladang kuda yang dijangkiti lalat yang terletak berhampiran Budapest. Ujian dilakukan dengan cara mewarnakan permukaan badan kuda dengan warna hitam dan putih pelbagai kelebaran dan sudut yang dilapisi gam mendapati belang dengan lebar paling halus menarik hanya sejumlah kecil serangga. 

Para pengkaji kemudiannya mencipta model kuda dengan warna semua putih, semua hitam dan yang berbelang dengan jangkaan model kuda yang berbelang akan menarik sejumlah lalat antara model putih dan hitam. Mengejutkan apabila mereka mendapati lalat kuda tidak begitu tertarik dengan model kuda belang.

KLIK SINI untuk berita penuh.

Petua - Membentuk, Menghitam serta Melebatkan Bulu Kening

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Sesiapa yang inginkan kening cantik dan hitam, boleh cuba petua ini. 

Caranya:
  1. Ambil sebiji buah keras dan bakarkannya sehingga hangus (hitam).
  2. Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asahkannya pada buah keras tersebut.
  3. Sapukan pada kening dan bentukkannya dengan baik.
  4. Lakukannya selama beberapa hari, sebaik-baiknya pada anak yang baru lahir.

Friday, March 9, 2012

Artikel - Muallaf Pun Boleh Tutup Aurat Dengan Sempurna

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum..... 

Muallaf juga boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh syariat dengan sempurna. Mereka memeluk Islam kerana ingin menjadi muslimah sejati sedangkan kita pula yang sudah sedia Islam ini sebahagiannya seperti tidak mengamalkan dan menghargai apa yang telah kita perolehi menerusi ajaran Islam ini. Ada yang Islam hanya pada nama.

 

Ada cerita menarik mengenai Loo Jo Yee (sebelah kanan) yang boleh dikongsikan bersama anda.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tidak lagi perlu menukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber'binti' kan kepada Abdullah serta tidak perlu menukar bangsa, maka namanya kekal sebagai Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang daripada perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau disahkan menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak memberikan beliau semangat dan galakan untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani pemeriksaan perubatan (medical check-up), doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu jugalah beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusianya dengan cara tersendiri.


Petua - Mengelak Daripada Lebam Pada Bahagian Bawah Mata

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Untuk wanita sahaja :-)


Semasa menyapukan krim atau foundation pada muka, sapukan krim pada bahagian bawah mata sambil mengurut menggunakan jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

Wednesday, March 7, 2012

Artikel - Mencari Bahan Untuk Ditulis

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.... 

Perkara biasa yang dihadapi ketika ada keinginan untuk menulis - keadaan 'blank' atau buntu. Boleh jadi sebenarnya tiada idea langsung untuk menulis ataupun ada idea tetapi tidak tahu bagaimana mahu menyusun ayat-ayatnya supaya pembaca faham dan mendapat apa yang disampaikan. 



Teringat saya sewaktu menghadiri kursus Dale Carnegie dahulu. Sebagaimana diceritakan oleh tenaga pengajarnya, dahulunya sebelum Dale Carnegie menulis buku-bukunya, dia lebih suka menjalankan kursus-kursusnya secara terus di dalam kelas sebelum didatangi oleh satu pihak yang mahukannya menulis buku, namun setiap kali itulah ditolak. Sebabnya, baginya bahagian yang paling sukar dalam menulis ialah bagaimana untuk menjadikan idea yang ingin diperkatakan itu sampai kepada pembaca. 

Banyak bahan boleh digunakan. Di zaman moden ini banyak sumber boleh didapati, menerusi pembacaan di medium seperti buku-buku mahupun di internet, pemerhatian juga ilmu dan pengalaman. 


Jika mengambil bahan-bahan sumber, tidak semestinya bergantung pada sumber dari satu bahasa sahaja. Jangan malas untuk merujuk bahan-bahan dari bahasa lain. Tidak kiralah apa bahasa yang anda kuasai, terjemahkan serba sedikit berdasarkan apa yang faham daripada pembacaan bahan tersebut. Menguasai lebih daripada satu bahasa adalah kelebihan buat anda. Dari satu sudut, ia membantu mengembangkan dan menambah pengetahuan dengan lebih luas. Sebaik-baiknya, sediakan juga kamus supaya anda faham apakah perkataan yang ingin digunakan itu. 

Cuba elakkan daripada bergantung kepada Google Translate kerana terjemahannya akan menjadi tidak berapa betul. Ia hanyalah mesin terjemahan, jadi mungkin pembaca tidak akan mendapat maksud yang tepat yang ingin disampaikan.

Wordless Wednesday - Rider :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....