MY FOLLOWERS

Saturday, April 23, 2016

Artikel - ONE Heavyweight Crown

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Yahoo Sports

 


Assalamualaikum.....



ONE Championship kini sudah ada juaranya apabila bintang Filipino-Amerika bernama Brandon Vera dengan memenangi perlawanan hanya dalam masa 26 saat menewaskan Paul Cheng dari Taiwan. Seorang lagi bintang, Angela Lee memenangi perlawanan ke-4 yang disertainya.

















Sumber tumbukan dan hentaman: SINI  |   



Artikel - ONE FC: WARRIOR'S WAY

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Yahoo Sports

 


Assalamualaikum.....


ONE FC: WARRIOR'S WAY melabuhkan tirainya sebagai antara malam perlawanan yang terhebat masakini. Bibiano Fernandes berjaya mempertahankan gelaran kejuaraan ONE FC Bantamweight World Championship sementara Brandon Vera dan Roger Gracie berjaya dengan perlawanan masing-masing dalam ONE FC.














Sumber pukulan dan terjahan: SINI  |    



Berita - Siri Jelajah Ceramah Dr Zakir Naik di Terengganu 9-15.4.2016

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....

Siri jelajah Dr Zakir Naik di Terengganu diadakan pada 9-15.4.2016. Sesi ceramahnya di Kuala Terengganu diadakan pada 10.4.2016 di Stadium Tertutup Gong Badak jam 8.30 malam. Seramai lebih kurang 30,000 orang menghadiri sesi ceramahnya selama 2 jam itu. Sesi ceramahnya dibuat selama sejam pertama dan sesi soal jawab bersama hadirin untuk sejam berikutnya. Ceramahnya di stadium ini merupakan kehadirannya yang pertama di Terengganu dan yang keenam di Malaysia. Beliau turut menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013 dari kerajaan Malaysia. Ceramahnya ini bakal disiarkan di Peace TV, satu saluran tv 24 jam membicarakan soal jawab berkaitan agama.

 




Pada malam itu, sesi ceramahnya bertajuk Pentingnya Perpaduan di Kalangan Umat Islam. Dalam sesi itu, Dr Zakir turut menjelaskan antaranya ialah kriteria untuk mendapat ganjaran jannah iaitu iman dan amal soleh seperti diterangkan dalam surah al-Imran ayat 103, 104 dan 105.

Selain itu, dijelaskan juga bahawa Allah memang menyuruh semua muslimin dan muslimat agar mengikut ajaran yang diturunkan dari Nabi pertama hingga yang terakhir. Orang Islam pada hari ini sudah ramai yang berpecah belah disebabkan banyak perkara serta saling mengkritik dan mengkafirkan antara satu sama lain. Ada juga yang bergaduh disebabkan perkara remeh dan kecil. Perbuatan itu adalah dilarang dan larangan itu disebut dalam surah al-An'am ayat 159.

Umat Islam juga diseru mencari persamaan bukannya perbezaan seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nisa' ayat 59. Umat Islam juga diseru sekiranya berbeza pendapat akan sesuatu perkara, maka kembalilah kepada al-Quran dan sunnah.   

Sehingga pada artikel ini ditulis, Dr Zakir Naik sudah meneruskan siri ceramahnya hingga ke Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sudah ada beberapa orang mengucapkan syahadah di hadapan hadirin seramai 40,000 orang yang hadir pada sesi ceramah berkenaan. Di kesempatan itu, Dr Zakir juga mendoakan semoga akan lebih ramai lagi di kalangan saudara mara dan rakan taulan bagi mualaf ini sama-sama menerima Islam dan mendapat balasan syurga daripada Allah s.w.t.


Sumber berkaitan: 
Ceramah untuk tunjuk persamaan, bukan perbezaan: SINI  |  
MengIslamkan Nina Grace: SINI  | 



Artikel - Quick Start PMB Jalan Air Jernih Kuala Terengganu 31.3.2016

Kredit kepada: PMB
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Pada 31.3.2016 diadakan satu kelas dipanggil Quick Start khas buat para ejen yang baru menceburi bidang kerjaya sebagai ejen unit amanah atau unit trust. Kelas selama sehari 9 pagi hingga 5 petang ini diadakan di tingkat atas bangunan PMB Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.





Kelas ini diadakan berbentuk perkongsian dan perbincangan. Seramai 9 orang ejen baru hadir ke kelas ini hari ini bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang ini. Antara lain turut dikongsikan ialah cara mendekati prospek, etika penyampaian dan bagaimana mengendalikan keadaan penolakan oleh prospek.



Artikel - Hasil Seni Diawasi 24 Jam Elak Vandalisme

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 



Di San Francisco, beberapa patung arnab bercahaya yang dijaga di San Francisco's Civic Center Plaza dipantau selama 24 jam sehingga ia dipamerkan dalam satu pameran. Stesen televisyen San Francisco melaporkan patung arnab gergasi yang boleh kembung itu merupakan antara hasil seni yang akan dipamerkan. Bagi mengelakkan kejadian vandalisme yang berlaku ketika Super Bowl 50 awal tahun ini, patung arnab gergasi itu akan diawasi 24 jam sehingga pameran selesai pada 25 April ini.

Hasil seni setinggi bangunan 2 tingkat ini bertajuk "Intrude" adalah hasil kerja artis Australia,  Amanda Parer yang telah menjelajah di kebanyakan tempat seluruh dunia sebelum menjejakkan kaki ke pameran ini.


Kate Patterson dari San Francisco Arts Commission berkata pameran ini begitu ideal kerana diadakan dalam satu ruang pameran yang membolehkan pengunjung berseronok melihat hasil karya yang dipamerkan. 


 
Sumber seni arnab: SINI  |  

 

Artikel - Tercekik Barang Curi

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Uhukk..uhukk!!

Pihak berkuasa California Utara berkata seorang lelaki yang didakwa atas kesalahan rompakan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan sebentuk cincin yang dicurinya yang ditelan sewaktu cuba melarikan diri daripada sekatan polis.  

Akhbar The San Jose Mercury News melaporkan insiden kejar-mengejar itu berakhir apabila kereta lelaki berusia 36 tahun itu melanggar pagar stesen transit. (Boleh klik: http://bayareane.ws/1qu8eSL )


Jurucakap Polis Walnut Creek, Lt. Lanny Edwards berkata pihak hospital berjaya mengesan cincin itu daripada imbasan x-ray. Cincin itu berada dalam esofagusnya. Penghuni kediaman yang dirompak itu mengenalpasti cincin itu. Pihak pendakwaan menjatuhkan hukuman sebagai mencuri, mengelakkan polis dan melawan ketika ditahan.  


 
Sumber tercekik: SINI  |