MY FOLLOWERS

Friday, September 30, 2011

Artikel - 10 Rahsia Kejadian Manusia

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum......

Allah telah mengurniakan beberapa keistimewaan kepada makhlukNya yang dipanggil manusia. Keistimewaan ini ialah grand design dan menjadi rahsia Allah yang tidak diceritakan kepada makhluk-makhlukNya yang lain, termasuklah para malaikat. Apabila malaikat menyoal Allah, adakah kemungkinan manusia akan membuat kerosakan di muka bumi, Allah menjelaskan bahawa kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifahNya di muka bumi ini. Memang beruntung makhluk yang bernama manusia ini.


Buktinya dapat dilihat dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud "Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Lalu para malaikat bertanya, 'Apakah Engkau hendak menjadikan di muka bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau?’ Allah menjelaskan; ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'."

Walau bagaimanapun, rahsia kejadian manusia itu Allah ceritakan dalam kalamNya yang teragung, iaitu al-Quran dan al-Hadis yang Mulia.


Rahsia Pertama – Allah sendiri memuliakan manusia


Allah sendiri telah memuliakan makhluk yang bernama manusia ini. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Isra ayat 70 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah memuliakan Bani Adam (manusia) dan Kami tempatkan mereka di bumi dan di lautan serta Kami berikan kepada mereka dari jenis yang baik-baik. Dan Kami berikan mereka banyak kelebihan daripada makhluk-makhluk lain yang Kami jadikan."

(Makna makhluk lain di sini ialah tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang, jin-jin, syaitan-syaitan dan yang lain daripada manusia)


Rahsia Kedua – Manusia dijadikan dengan sebaik-baik kejadian 


Allah berfirman dalam surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."

Sebaik-baik kejadian manusia termasuk dijadikan hati/perasaan/naluri dan akal fikiran dan pancaindera yang boleh membina tamadun bumi ini. Makhluk lain tidak diberikan kelebihan akal ini. Kalau tidak, sudah lama nelayan susah untuk menangkap ikan. Andainya ikan-ikan bijak berfikir, maka akan susahlah nelayan menangkapnya untuk dimakan.


Rahsia Ketiga – Manusia diberikan akal fikiran

Kemuliaan manusia kerana diberikan akal daripada Allah. Itulah kelebihan yang nyata manusia berbanding makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda, yang bermaksud "makhluk yang mula-mula sekali dijadikan Allah ialah akal". Maka Allah berfirman kepadanya; ‘Menghadaplah kepadaKu’. Akal pun menghadap. Kemudian firmanNya lagi; ‘Membelakangilah Aku’. Lalu akal membelakang. Allah berfirman lagi mengenai akal; "Demi kemuliaan dan kebesaran Aku, tidak Aku jadikan makhluk yang lebih mulia daripada engkau. Dengan engkau Aku mengambil dan dengan engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dengan engkau Aku menyeksa."
(Riwayat Tabrani dari Abi Umamah).

Gunalah akal kita sebaik-baiknya untuk mencari rezeki Allah Taala. Nescaya kita boleh kaya raya tapi jangan lupakan Allah SubhanAllah Wa Taala yang menciptakanNya. Bersyukurlah sentiasa.

Akal ialah makhluk yang mula-mula dijadikan dan termulia daripada makhluk lain. Dengan akal juga, manusia menjadikannya sebagai panduan dan neraca dalam hidup untuk mendapatkan pahala atau dosa. Di samping itu, dengan akal, iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna. Mana-mana manusia yang menjadikan akal sebagai alat untuk mendapatkan petunjuk, mendapatkan iman, membina akhlak dan panduan dalam hidup, maka manusia itulah yang mendapat martabat mulia dan tinggi di sisi Allah serta makhluk lain.

Tetapi jika sebaliknya, maka tergolonglah manusia itu ke dalam golongan yang disebutkan Allah di dalam Al-Quran sebagai yang lebih hina daripada haiwan.

Firman Allah SubhanAllah Wa Taala;

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya dengan cara istidraj [584] ".


[584] Istidraj iaitu: dengan membiarkan orang itu bergelumang dalam dunianya yang penuh dengan kesesatan dan dosaNya , hingga orang itu tidak sedar bahwa dia didekatkan secara beransur-angsur kepada kebinasaan yakni nyawanya dicabut dalam dia tidak sedar bahawa mati bertemu Allah SubhanAllah Wa Taala. itu adalah BENAR .
Surah Al-A’raf, Ayat 179

Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud, "Orang yang paling sempurna akalnya di antara kamu ialah orang yang paling takutkan Allah dan amat mengambil berat mengenai perintah dan larangan Allah walaupun dia melakukan amalan sunat sedikit." (Riwayat Ibnu Mahbar).

Bagi orang yang menggunakan akalnya untuk berfikir, merenung, merancang dan menghasilkan sesuatu yang berguna, maka faedah pahalanya melebihi ibadah sunat setahun!


Rahsia Keempat – Manusia dilantik Allah sebagai khalifah

Maksud khalifah ialah wakil atau pengganti. Apabila manusia dilantik menjadi khalifah di bumi ini, bermakna dia dilantik sebagai wakil bagi pihak Allah untuk mengurus dan mentadbir muka bumi mengikut peraturan yang telah ditetapkanNya, yakni mengikut al-Quran dan al-Hadis.

Jawatan ini hanya diserahkan kepada manusia, yang menunjukkan bahawa manusia memang makhluk Allah yang mempunyai darjat dan kedudukan tinggi pada pandangan Allah. 


Pentauliahan ini jelas diterangkan dalan al-Quran, surah al-An’am, ayat 165 yang bermaksud “Dan Dialah yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di muka bumi ini.”


Rahsia Kelima – Manusia diatur keturunan dengan baik.

Manusia sahaja yang diberi peraturan dan panduan dalam kekeluargaan. Perlu ada ikatan perkahwinan dan zuriat yang dilahirkan berbin kan si bapanya. Hal ini bagi menjaga kerukunan hidup manusia itu sendiri.


Rahsia Keenam – Manusia mempunyai tempat tinggal yang khusus dan indah

Kita sebenarnya diciptakan Allah dengan memiliki sifat kreatif. Kita mampu mempelbagaikan bentuk dan jenis tempat tinggal yang kita ingini (tidak perlu ambil kursus senibina pun). Manusia juga kreatif membuat pelbagai kerja untuk tujuan mencari nafkah.

Tidak seperti binatang yang tidak ada tempat tinggal dan tidak kreatif membuat pelbagai jenis kerja. Maka tidak hairanlah manusia tinggal di rumah yang cantik, indah dan dihiasi pelbagai jenis perhiasan, perabot dan lain-lain. Bidang pekerjaan untuk mencari nafkah terlalu banyak. Contohnya petani, tukang masak, guru, doktor, jurutera, pelukis dan lain-lain.

Keadaan ini wujud hanya bagi manusia.


Rahsia Ketujuh – Manusia makhluk bermasyarakat

Manusia dijadikan dalam pelbagai bangsa dan bersuku. Mereka boleh berkenalan, hidup rukun dan aman, malah suka membantu. Dengan kata lain, manusia boleh membentuk masyarakat. Kalau kita tidak hidup dalam bermasyarakat, kita digelarkan orang yang SOMBONG. Allah SubhanAllah Wa Taala sangat benci pada hamba-hambaNya yang sombong dan lagi bongkak dan membangga diri. (Minta berlindung kita dari Allah SubhanAllah Wa Taala dari demikian ini)

Firman Allah SubhanAllah Wa Taala;


"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai dari padanya."
(Surah Al-Araaf: ayat 146)


Rahsia Kelapan – Manusia diberi kuasa memilih

Manusia diberi keisitmewaan untuk memilih jalan hidupnya, sama ada untuk hidup bahagia atau terseksa, sama ada di dunia atau akhirat. Manusia tidak pernah dipaksa. Al-Quran dan hadis telah ada, tidak mengapa jika tidak mahu baca dan amalkannya kerana Allah SubhanAllah Wa Taala tidak kerugian apa-apa.

Mereka memilih sendiri jalan hidup dan akan bertanggungjawab terhadap jalan hidup yang dipilihnya. Agama adalah pegangan hidup bagi manusia yang beriman yang sesuai dengan fitrah dan sifat semulajadinya.

Allah berfirman yang bermaksud:


"Tidak ada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah jelas dan nyata jalan kebenaran dan jalan kesesatan. Siapa yang menolak jalan taghut (Sembahan lain daripada Allah SubhanAllah Wa Taala) dan memilih jalan beriman kepada Allah sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali Allah yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: ayat 256)


Rahsia Kesembilan – Kemuliaan manusia kerana berakhlak

Manusia menjadi makhluk yang termulia di sisi Allah adalah kerana Allah telah menyempurnakan akhlak manusia itu. Ini merupakan kemuncak tertinggi dalam diri manusia.

Baginda Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia." (Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi).

Akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah s.a.w., kita perlu mencontohi semua akhlak Baginda s.a.w. barulah akhlak kita dijamin mulia dan merupakan hasil daripada ibadah yang khusyuk dan cara hidup orang Islam dan beriman.

Setiap orang akan dinilai dari segi akhlaknya. Kalau baik akhlaknya, maka ia akan dianggap baik dan juga sebaliknya.

Rasulullah juga menegaskan bahawa akhlak mulia itu adalah tandanya keimanan kita dan cinta kita pada agama (cara hidup). Sabda baginda s.a.w. yang bermaksud: "Bermula agama itu ialah budi pekerti mulia." (Riwayat Muhammad bin Nasyur)

Pernah seorang sahabat datang memberitahu Rasulullah bahawa terdapat seorang wanita ahli ibadah, yang bersolat dan siang berpuasa sunat, tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan suka menganggu serta menyakiti hati jiran dengan lidahnya.

Maka Nabi s.a.w. dengan tegasnya bersabda yang bermaksud: "Tidak ada kebaikan pada wanita itu dan dia termasuk ahli neraka" (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Kalau kita rasa kita ada akhlak baik tapi tidak solat kita termasuk ahli neraka juga.


Firman Allah SubhanAllah Wa Taala:


"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (Surah Al-Ma'un: ayat 4-5)

Lalai tidak solat dan Lalai dengan makna tidak khusyuk yakni solatnya tak membawa diriNya menjadi orang yang baik dan berakhlak mulia.

Sebab itu berkata seorang yang Alim,

"Sekiranya aku berkawan dengan orang derhaka yakni tidak solat, lebih baik bagi aku berkawan dengan seorang ahli ibadah yang berakhlak buruk"
(Al-A'lamah Al-iman Fudhail)

Kesempurnaan akhlak seseorang itu juga berkait rapat dengan kesempurnaan akalnya. Ini bermakna akal dan akhlak tidak terpisah. Itulah nilai martabat makhluk selaku manusia.

Mulia atau hinanya bangsa itu bukan terletak pada kekuatan senjata dan kekayaan harta tetapi lebih banyak terletak pada akhlak mulia.

Untuk mengembalikan kekuatan, kemuliaan dan keagungan umat Islam, tidak cukup dengan hanya membina kekuatan ekonomi, politik dan senjata tanpa akhlak mulia. Akhlak mulia ialah asas kekuatan umat Islam. Selagi umat Islam berakhlak mulia, selama itu akan disegani dan dihormati oleh semua bangsa. Kekuatan zahir hanya dijadikan sebagai kekuatan tambahan.


Rahsia Kesepuluh – Manusia mampu mengendali dan meningkatkan maqam nafsunya

Malaikat berjiwa suci, tapi tiada nafsu. Binatang pula diberi nafsu tanpa akal. Manusia pula diberikan akal dan nafsu serta perasaan. Nafsu sebenarnya dapat dipecahkan kepada beberapa jenis. Antaranya:
  1. Ammarah
  2. Lawwamah
  3. Mulhimah
  4. Mutmainnah
  5. Radhiah
  6. Mardhiah
  7. Kamilah

Nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan adalah nafsu ammarah. Walau bagaimanapun, Allah telah memberikan kemampuan dan kekuatan untuk manusia mengendalikan nafsu sehingga menjadi baik dan boleh didorong kepada kebaikan.

Nafsu yang terdidik menjadi baik iaitu nafsu mutmainnah. Nafsu ini adalah nafsu ahli syurga.

Nafsu ada yang baik dan ada yang jahat. Kedua-duanya wujud dalam diri manusia. Sesiapa yang dikuasai salah satu daripadanya, dia akan bersifat dengan pilihannya itu.

DAN untuk menentukan antara nafsu itu yang menjadi sifat manusia, ia bergantung sejauh mana akal manusia itu berusaha mengendalikan dan mengawal serta berusaha untuk mencapai nafsu yang baik.

Nafsu jahat boleh dikalahkan dan nafsu baik boleh ditingkatkan dengan beberapa latihan, melalui 4 cara iaitu kurangkan makan, kurangkan tidur, bercakap sekadar perlu dan sabar dengan ujian yang menimpa. 

Kenalilah diri kita semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

Hidupan Liar - Pokok Kambing???

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Apakah .... ???

Pemandangan ini hanya terdapat di Morocco. Kambing Tamri yang mendiami kawasan ini begitu tertarik dengan buah beri pada pokok Argan sehinggakan perlu memanjat pokok ini untuk memakan buahnya. Ini turut menyebabkan kambing-kambing ini menjadi mahir memanjat pokok.

Lebih pelik lagi, bahan buangannya dikatakan mempunyai intisari daripada biji buah berkenaan yang diambil oleh petani tempatan untuk dikisar bagi mendapatkan minyak yang banyak digunakan dalam masakan dan pembuatan kosmetik.






Klik pada Sumber di bawah untuk melihat lebih banyak foto.

Wednesday, September 28, 2011

Artikel - Kisah Dari Tanah Suci: Berkat Sayang, Muliakan Kucing

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Kisah ini saya terima menerusi email beberapa tahun lalu. Semoga kita sama-sama insaf dan memperbaiki diri.


Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu. 

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. 

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. 


Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas. Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. 

Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan. Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. 

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda. Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia. Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya. 

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.......

Pautan lain berkaitan kucing:

Wordless Wednesday - Rainbow

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner




Assalamualaikum.....











Monday, September 26, 2011

Artikel - Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....

Bacalah surah Yusuf ayat 4 yang berbunyi:


Kemudian sambung surah Taha ayat 39


Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini untuk tujuan yang tidak baik.


Artikel - Kekenyangan Makan Pisang :-)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum....



Kembunglah perut....Hahahahaha    :-D

Sekadar Luahan - Gara-gara Cakap di Belakang.....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Bacalah luahan si bapa yang tidak berpuas hati dengan sikap segelintir manusia yang suka bercakap di belakangnya bila ada yang tidak kena. Ishh..ishh..isshh... kesiiiaaaaaaaannnnn....

Aku paling rasa terhina kalau ada orang yang tak nak tegur salah orang depan-depan bila tahu orang tu ada buat salah, tapi main cakap belakang-belakang lepas orang tu takde! Dah la cakap kat belakang lepas orang tu takde, siap main passing pulak suruh orang lain sampaikan kat orang yang buat salah tu! Takde keje ke? Apasal la la otak kau tu kau cabut pergi bubuh kat lutut?! Kau rasa bila kau buat macam tu, kononnya kau jaga hati orang ke? Apasal la bebal sangat kau ni?! Aku rasa bila kau buat macam tu, bukan makin jaga hati orang tapi makin sakitkan hati orang lagi ada la! 


Kalau dah tahu orang tu first time hantar anak kat tempat kau, kau patutnya bagitahu dia peraturan yang perlu. Cakap la depan-depan, biar orang tu tahu apa patut kene buat bila dia hantar lagi anak dia esok-esok! Ni ker cara kau nak mengasuh budak?! Siap nak ajar orang pulak lagi??! Lagi teruk, kau siap sound orang pulak suruh jangan main cakap-cakap kat belakang kau! Apehal kau ni??! Kau buat kat orang pastu larang orang lain buat macam tu kat kau?! Kau sape pulak nak larang2?! Bebal! Tak beradab! Tak guna! Tak profesional! Bodoh betul!!

Tunggu la! Kau tengok la nanti macam mana aku tulis surat kat pihak pengurusan kau!

Kepada semua, jika ada yang perlu diperkatakan, beritahulah orang berkenaan secara berdepan. Semestinya sikap suka bercakap di belakang lebih banyak mengguris perasaan orang lain daripada membawa kebaikan. Bagi si mangsa, jika dapat tahu ada yang berkata di belakang, pastinya akan berasa marah, terhina dan kecewa seperti si bapa di atas. Fikirkan...

Kesihatan - Khasiat Za'faran

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Facebook Zafaran



Assalamualaikum.....

Za’faran atau Saffron ialah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 - 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna ungu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Sebab itulah Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia.

Filamen za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran atau saffron  merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!


زعفران  - ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)

Stigma bunga za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali juga sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab       “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.


Khasiat Za’faran atau Saffron

Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak  memperkatakan tentang khasiat za’faran begitu juga dari perubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin).
Khasiat utama za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.


Di antara khasiat lain Za'faran / Saffron ialah:
(Berdasarkan kitab perubatan Islam dan Perubatan Moden....Insyaallah......)
  1. Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  2. Menguatkan ingatan
  3. Merawat anemia
  4. Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  5. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  6. Melancarkan pengaliran darah
  7. Merawat penyakit saraf
  8. Mengurangkan keletihan
  9. Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
  10. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi , kanak-kanak serta remaja
  11. Penenang diri
  12. Perangsang tenaga batin dan banyak lagi (dibuat kajian oleh saintis barat)
  13. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

CARA MAKAN / MENGGUNAKANNYA....

6 stigma (filamen) za'faran untuk 500 ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung.


Untuk mendapatkan 1kg saffron kering, sebanyak 150,000 kuntum bunga saffron diperlukan. Maka tidak hairanlah tumbuhan yang digelar sebagai “Longgok Emas Gurun Pasir” ini dianggap sebagai rempah yang paling mahal di dunia.


Filamen saffron yang telah dikumpulkan.

Sumber:

Artikel - Karangan Yang Best Giler :-D

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: email



Assalamualaikum......


Anak siapalah agaknya yang menulis karangan 'sehebat' ini?  :-D

Friday, September 23, 2011

Artikel - Tabiat Berjudi Hanya Mengundang Pergaduhan dan Permusuhan

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Quran.com, Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Pada masa kini, kes perjudian sering dipaparkan dalam media massa. Keadaan ini mempamerkan bahawa ia bagaikan sesuatu yang sukar dibendung. Ini kerana kemunculannya dalam pelbagai bentuk dan rupa. Malah judi tersebut menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan demi untuk menarik minat ramai orang. Dengan bermatlamatkan untuk dapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai tegahan syarak.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Ma’idah: ayat 90). 

Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Tidak sedikit pun mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad, serta merosakkan perangai dan budi pekerti seseorang.

Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah telah mencelup tangannya ke dalam daging dan darah babi” (Riwayat Muslim).


Dimaksudkan dengan judi itu ialah setiap perkara yang mempunyai unsur beradu nasib atau pertaruhan, sama ada sedikit atau banyak dan kecil atau besar. Walaupun judi diberi nama yang bermacam-macam, pelbagai rupa dan cara seperti loteri, tikam ekor, bertaruh, main ketam, semuanya itu adalah haram dan dosa besar.


Cara Salah Cepat Kaya

Walaupun Islam mengharamkan judi sejak awal lagi, tapi masih ada di kalangan Muslim yang melibatkan diri dengan judi. Seperti membeli tiket loteri semata-mata untuk mendapatkan harta atau wang yang banyak dengan cara mudah atau ingin cepat kaya tanpa perlu bersusah payah.

Mereka terpikat dengan hadiah atau ganjaran yang tinggi. Misalnya, dengan membuat pertaruhan sebanyak sepuluh ringgit, mereka berpeluang mendapat wang berpuluh-puluh ribu ringgit. Gejala seumpama ini menyebabkan ada orang yang sanggup menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk berjumpa bomoh, pergi melakukan pemujaan di kubur-kubur lama dan pokok-pokok besar. Ada juga yang mendapatkan nombor kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, mendapatkan nombor daripada mimpi dan sebagainya.


Pada tanggapan mereka hal ini dapat mendatangkan tuah dan keuntungan. Demikianlah keadaan seseorang yang sudah menjadi kaki judi atau hamba judi, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia bertentangan dengan agama demi untuk mencapai hasratnya. Allah SWT menerangkan bahawa judi adalah suatu daripada perbuatan syaitan, maksiat dan dosa.

Perbuatan yang menjerumuskan diri kepada kerosakan akidah, sifat tamak dan rakus yang boleh membawa kepada kebinasaan harta dan jiwa, keruntuhan rumah tangga, menimbulkan hasad dengki, pergaduhan, menghabiskan masa yang akhirnya membawa manusia kepada papa kedana, mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga atau masyarakat dan lebih buruk lagi tanggungjawab terhadap Allah SWT.


Judi juga adalah punca kepada dendam, permusuhan, pergaduhan dan membawa kepada bunuh diri. Tabiat pemain judi itu, jika kalah pada kali yang pertama, dia akan merasa tidak puas hati dan ingin mencuba dan terus mencuba dengan harapan untuk mendapat kemenangan sehingga menjadikannya hamba judi.

Apabila beroleh kemenangan pula dia akan terus bertambah tamak dan gemar berjudi sehingga menjadikan judi sebagai darah dagingnya. Soal kalah dan rugi tidak dipedulikan, yang penting seronok main judi sehingga sanggup bergadai dan berhutang walaupun dapur rumah tidak berasap.


Artikel - Poster Peringatan Buat Kaum Hawa Berkaitan Hijab

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...

Di zaman sekarang ini sudah muncul pelbagai fesyen bertudung dan berhijab yang menjadi ikutan di kalangan wanita. Tidak kira usia, semua yang inginkan perubahan dan mengikut peredaran masa turut mengikutinya. Dari satu sudut, ada kebaikannya iaitu mampu menarik remaja-remaja muslimah untuk menutup aurat dan lebih berimej muslimah.

Namun, fikirkan sebaiknya. Ia adalah satu usaha yang positif tetapi adakah kebanyakan fesyen dan trend yang diketengahkan itu menepati syariat dan konsep menutup aurat yang betul? Seperkara lagi, menutup aurat itu haruslah dengan niat kerana Allah dan bukannya kerana mengikut budaya fesyen semasa. 

Pernah juga topik ini disentuh dalam blog-blog lain yang turut menghuraikan perbezaan antara cara pemakaian tudung/hijab yang diajar dalam Islam dengan cara penganut agama lain. Ini kerana supaya kita tidak terikut dengan cara dari agama lain. Poster-poster ini memberikan gambarannya. Di samping gambar, ada juga yang disertakan dengan hadis.











Betulkan mana-mana yang silap pada diri anda. Semuanya untuk kebaikan anda juga, dunia dan akhirat :-)

Sekadar Luahan - Bila Si Kecil Celik IT :-)

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....



Haaaa! Tengok apa tu eekkkk??  :-)

Wednesday, September 21, 2011

Artikel - Ciri-ciri Wanita Solehah

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Yahoo Images, Nurulbadiah Lai


Assalamualaikum...

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah?

Gambar hiasan


Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran dan Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim) 

Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(Surah an-Nur: ayat 31)

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)


"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

Gambar hiasan - sumber


"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-NYA. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, (tidak berzina atau mendekati zina)...." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)


Dari kamus Al-Quran Digital:
[1213]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.

[1214]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina. 


Sumber: Facebook

Monday, September 19, 2011

Artikel - Pesanan Buat Si Cantik

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah s.w.t. menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah s.w.t. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anda berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.



Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana si cantik akan menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah s.w.t. supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal di Akhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah s.w.t. kepadanya. Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah s.w.t. ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah s.w.t. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah s.w.t. tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar. Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah s.w.t. !!!


Sumber: Facebook

Saturday, September 17, 2011

Kesihatan - Bahaya Gula (Bhgn 2)

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Sambungan dari Bahagian 1 


Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:
  • Glukosa
  • Fruktosa
  • Laktosa
  • Maltosa
  • Sukrosa
  • Sirap Glukosa
  • Sirap maple
  • Molases
  • Sirap hitam
  • Sirap kencana
  • Dektrosa
  • Sorbitol


Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
  • Minuman dalam tin bergas 500ml - 14.4 sudu teh
  • Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
  • Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
  • Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
  • Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
  • Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
  • Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
  • Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
  • Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
  • Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
  • Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit kencing manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.


Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".

Kesihatan - Bahaya Gula (Bhgn 1)

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Kita setiap hari mengambil gula sama ada dalam makanan atau minuman. Tidak kiralah dalam berapa pun kuantitinya, kita tetap akan mengambilnya seolah-olah kita tidak dapat hidup tanpanya. Bila disebut gula, akan terlintas di fikiran serbuk putih yang dicedok dan dimasukkan ke dalam minuman atau makanan. Itu secara langsung, namun dalam makanan lain yang diambil sebenarnya turut terdapat kandungan gula di dalamnya tetapi dalam bentuk yang berlainan yang sudah bercampur dengan ramuan dalam menu tersebut. Dengan kata lainnya, dalam sehari kita mungkin telah mengambil gula pada satu kuantiti yang lebih daripada yang diperlukan oleh badan tanpa kita sedari. 


Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukan!


Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.


Apakah kesannya jika gula diambil secara berlebihan?

1.      Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2.      Mengganggu imbangan galian dalam tubuh
3.      Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4.      Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5.      Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6.      Meningkatkan paras trigliserid
7.      Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8.      Merosakkan buah pinggang
9.      Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10.    Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11.    Mengurangkan kromium dalam badan
12.    Mengurangkan kuprum dalam badan
13.    Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14.    Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15.    Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16.    Menjadi faktor kepada kanser pundi hempedu
17.    Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18.    Melemahkan penglihatan
19.    Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20.    Penyebab hipoglisemia
21.    Penyebab perut berasid
22.    Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23.    Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24.    Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25.    Membawa kepada ketagihan alkohol
26.    Merosakkan gigi
27.    Penyumbang utama kegemukkan
28.    Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29.    Penyebab bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik
30.    Penyebab artritis
31.    Penyebab lelah
32.    Pembentukan batu dalam ginjal
33.    Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34.    Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35.    Penyebab sakit jantung iskemik
36.    Penyebab sakit apendiks
37.    Merangsang tanda-tanda multiple sclerosis
38.    Penyebab pendarahan
39.    Penyebab Vena Varikos
40.    Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41.    Penyebab sakit gusi
42.    Penyumbang kepada Osteoporosis
43.    Penyebab air liur menjadi berasid
44.    Penyebab kemerosotan sensitiviti insulin
45.    Penyebab kemerosotan toleransi glukosa
46.    Mengurangkan hormon tumbesaran
47.    Meningkatkan kolesterol dalam badan
48.    Meningkatkan tekanan darah sistolik
49.    Menyebabkan struktur protein bertukar hingga mengganggu serapan protein oleh tubuh
50.    Penyebab alergi terhadap makanan
51.    Penyumbang kepada sakit kencing manis
52.    Penyebab keracunan darah semasa hamil
53.    Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54.    Penyebab penyakit kardiovaskular
55.    Melemahkan struktur DNA
56.    Penyebab Katarak
57.    Penyebab Emfisema
58.    Penyebab arteriosclerosis
59.    Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60.    Merendahkan kemampuan enzim
61.    Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62.    Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63.    Meningkatkan lemak dalam Hati
64.    Membesarkan saiz buah pinggang
65.    Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66.    Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67.    Penyebab sembelit
68.    Penyebab rabun jauh
69.    Penyebab lapisan rerambut
70.    Penyebab hipertensi
71.    Penyebab sakit kepala
72.    Mengganggu kemampuan berfikir
73.    Penyebab kemurungan
74.    Meningkatkan tindak balas insulin
75.    Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76.    Penyebab ketidak seimbangan hormon
77.    Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78.    Meningkatkan risiko sakit Alzheimer


Bersambung...

Seni & Kreativiti - Bunga Diperbuat Daripada 'Stokin' :-)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum....

Yang saya maksudkan dengan 'stokin' berdasarkan tajuk entri ini ialah kondom. Sengaja saya gunakan perkataan ini supaya nampak lebih sopan  :-)  

Harap maklum.






Harapnya bunga ini diperbuat daripada kondom yang belum digunakan. Ada di antara kondom di pasaran mempunyai bau 'wangian' yang pastinya mengundang perasaan dot dot dot. Jadi, ada sesiapa mahu beli??  :-D