MY FOLLOWERS

Wednesday, February 29, 2012

Artikel - Melepaskan BATUK Atau BATOK Di Tangga?

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..

Satu lagi pepatah Melayu yang perlu diberi perhatian - melepaskan batuk di tangga. Ini satu lagi kesilapan dalam terjemahan dari ejaan jawi kepada rumi. Ejaan 'batuk' dan 'batok' mempunyai ejaan sama dalam tulisan jawi, jadi tidak nampak bezanya sehingga ditukar kepada rumi. Disebabkan kesalahan ini juga, ramai yang beranggapan batok itu bermaksud batuk.

Sama juga dengan  pepatah 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

'Batuk' adalah cough dalam Bahasa Inggeris, manakala 'batok' adalah sejenis kayu seperti gayung yang diperbuat daripada tempurung kelapa yang digunakan untuk menceduk air yang biasanya diletakkan dalam tempayan di tepi tangga sebelum menaiki rumah. Ini adalah pemandangan biasa dalam masyarakat Melayu kita kerana rumah mempunyai tangga dan perlu membasuh kaki sebelum naik atas rumah.



Kes tersalah ejaan ini juga sama seperti harapkan pagar, pagar makan padi.



Dengan ejaan yang betul melepaskan batok di tangga, barulah nampak gambaran dan maknanya juga lebih jelas - membuat kerja separuh jalan.  

Petua - Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya, gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.


Selamat mencuba :-)

Wordless Wednesday - Grad

Kredit kepada: Family (Siti Hajar)
Gambar ihsan: Family (Siti Hajar)


Assalamualaikum....


Wordless Wednesday - Maths

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....


Tuesday, February 28, 2012

Artikel - Pokok Rasulullah Berteduh dan Gambaran Saiz Nabi Adam a.s.

Kredit kepada: Khairil Mazri, Denaihati
Gambar ihsan: Khairil Mazri, Denaihati


Assalamualaikum......

Jika ingin diselongkar segala macam kisah kehidupan di zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Rasulullah s.a.w. dari segenap sudut, pasti tidak terhitung banyaknya. Segala apa yang kita ketahui hari ini sebagaimana yang kita baca mahupun daripada daripada sumber-sumber lisan belum cukup lagi untuk membolehkan kita melihat ke dalam kehidupan mereka.

Jika ditanya bagaimana kehidupan Nabi Adam a.s. di dalam syurga sebelum turun ke dunia ini, kita mengetahuinya daripada apa yang disampaikan sahaja, kerana kita yang masih hidup tidak akan pernah merasai apatah lagi melihat bagaimana suasana di dalam syurga itu sehingga kita ke alam akhirat dan memasukinya. Namun jika ditanya pula bagaimana keadaan kehidupannya di dunia ini, mungkin kita boleh mengkajinya dan mendapatkan sumber pengetahuan daripada artifak-artifak sejarah yang ditinggalkan selain petunjuk-petunjuk yang diberikan Allah dalam al-Quran.

Daripada blog tulisan blogger Khairil Mazri menyiarkan satu foto replika baju yang dipakai oleh Nabi Adam a.s. yang dibuat oleh pihak Arab Saudi. Replika ini dibuat bagi membolehkan kita melihat gambaran lebih jelas bagaimana saiznya Nabi Adam serta umat terdahulu yang dikatakan sangat tinggi. Ini juga sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam hadis.


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Dalam blog Denaihati pula ada entri dengan foto dikirimkan dari Syam menunjukkan pokok tempat Rasulullah pernah berehat sebagaimana dinyatakan dalam sirah Nabi iaitu ketika baginda bersama rombongan niaga membawa barang dagangan ke negeri Syam.

KLIK SINI dan SINI untuk lebih lanjut.

Artikel - Widget Percuma Baru Untuk Promosikan Blog Anda

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....

Ini satu lagi widget baru buat semua blogger yang dicadangkan oleh blogger Hasrulhassan dalam entri diblognya DI SINI. Widget ini boleh didapati di laman web BlogUpp! dan adalah percuma serta tidak perlu membuat sebarang pendaftaran atau login. Anda hanya perlu taipkan nama blog anda di ruangan yang disediakan di laman web BlogUpp! dan tunggu sebentar bagi membolehkannya menjana kod HTML buat anda. Kemudian, lekatkan kod ini di bahagian widget HTML sidebar blog anda.



Anda boleh skrol ke bawah ruangan sidebar sebelah kanan blog ini untuk lihat hasilnya.

Selamat mencuba :-)

Sunday, February 26, 2012

Artikel - Perihal Mengorek Hidung ........ Yang Melucukan :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum.....

Tiada siapa pun mengetahui siapakah manusia pertama mengorek hidung bagi tujuan keselesaan. Sama seperti penemuan api, perbuatan mengorek hidung berlaku sebelum rekod sejarah ditulis. Bagaimanapun, kita mempunyai beberapa bukti menarik tentang mengorek hidung yang telah tersebar sejak 10 000 tahun sebelum masihi. Kedengarannya melucukan, tetapi itulah hakikatnya ....



Rekod bertulis pertama tentang mengorek hidung telah ditemui oleh Wilbur Leakey pada penghujung tahun 70-an ketika beliau bekerja di Mesir. Terdapat sejumlah besar skrol papirus yang dipulihara digunakan sebagai catatan harian firaun budak yang terkenal, Tutankhamun, menyatakan tentang bayaran 3 kepala lembu selain makanan dan pakaian diberikan kepada pengorek hidung peribadi raja muda itu. Siapa berminat dengan bayaran tersebut, bolehlah memohon kerja itu... Selain itu, beberapa skrol papirus bertarikh beberapa dekad selepas kematian Tut jelas menunjukkan kepentingan kerja-kerja mengorek hidung golongan bangsawan di Mesir Purba... hahahaha :-D

Terdapat beberapa manuskrip berasal dari India purba di mana sebilangan kecil para pengkaji beranggapan, ia mungkin sebahagian dari 33 bahagian kitab India Veda yang hilang. Di dalam manuskrip berkenaan, mengorek hidung dipercayai amalan untuk mendapatkan deria bau yang tajam.

Beberapa ribu tahun kemudian, amalan mengorek hidung dianggap menjijikkan. Pada 350 SM, Aristotle menulis mencela perbuatan tersebut, manakala Archimedes yang hidup seabad kemudian menyatakan, "Jari saya tidak akan digunakan untuk kepentingan pengorek hidung kerana mereka bukan golongan yang disenangi"

Maharaja Constantine mengisytiharkan pada 299 Masihi, SESIAPA yang ditangkap dengan sebatang jarinya di dalam hidung melebihi satu ruas akan ditangkap dan dihukum! 

Raja John England (King John of England) cukup terkenal dengan kegemarannya mengorek hidung. Malah tahi hidungnya dikatakan telah dibuang merata-rata tempat. Bagaimanapun, perbuatannya itu mendapat bantahan di Rom.
 
  
Heil Hitler! 


Pada penghujung 1942, propaganda Amerika yang anti-Hitler mengisytiharkan orang Jerman sebagai "rapers of women, eaters of children, defilers of the dead, and pickers of their noses''.

Hahahahahahahahaha .... !!!!!

Sumber asal: Buku Aneh,Ganjil dan Luar Biasa terbitan Sutek Corp dan dipetik dari Syok.org.

Sekadar Luahan - Iklan Dah Basi !!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -


Assalamualaikum...

Kecewa sungguh dengan yang menghantarnya .... Diterima menerusi email berkaitan Jawatan Kosong Kerajaan.


Kenapalah internet masih hantar iklan macam ni time2 ni?? Kenapa la hari ni baru sampai sedangkan iklan ni dah basi... Memang la orang tengah carik keje, tapi kot ye pun hantar la yang masih baru... Frust tau tak? Dah la lebih umur, tak kene pulak dgn kelulusan! CGPA pun bawah sikit jer... bagi la peluang! Penat dah mohon sana sini tapi takde satu pun yang sangkut lg stakat ni... Apasal la yg hantar iklan ni bodoh sgt??

Pun begitu, masih ada lagi...

Friday, February 24, 2012

Artikel - Tazkirah Hari Jumaat .....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.”  - Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)."  - Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah

Renung-renungkan...

Petua - Memerahkan Bibir Yang Hitam

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya ialah ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah, kemudian sapu pada bibir pada waktu malam.

Thursday, February 23, 2012

Sekadar Luahan - Tekanan Yang Terbuku di Hati, Terima Kasih Datang Singgah :-)

Kredit kepada: HH, Mak Dara, Bloggers
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum......

Kebelakangan ini saya sangat jarang blogwalking ke mana-mana blog kerana kesibukan menghantar permohonan kerja, projek yang baru bermula serta latihan sebelum ujian kenaikan karate-do yang bakal diadakan bulan depan. Masih banyak juga draf entri yang belum disiapkan dan dengan jumlah pengikut yang kini melepasi angka 500, agak sukar untuk saya melakukan blogwalking.

Tidak tahu bagaimana harus diluahkan kecuali mengharapkan supaya anda faham-faham sendiri. Semuanya sudah bercampur-campur dan dalam minda ini, segalanya agak tidak menentu.




Kesakitan buku lali akibat kecederaan sewaktu latihan intensif pagi tadi menghadkan sedikit pergerakan. Mungkin saya tidak akan ke mana-mana dalam sehari dua ini. Ah, tekanan lagi! Inilah antara yang buatkan saya tidak dapat tidur lena dan termimpi-mimpi baru-baru ini.... 

Percubaan kali pertama mengendalikan kelas baru-baru ini buatkan saya 'blank' seketika. Tidak tahu dari mana perlu mulakannya. Rasanya saya perlukan lebih masa untuk betul-betul bersedia melakukannya .... atau mungkin saya perlukan sesuatu sebagai kick-start...

Entahlah, saya pun tak tahu... saya lakukannya kerana minat. Jika tidak, masakan saya boleh berada bersama persatuan ini selama 21 tahun? Namun begitu, saya terfikir kadangkala manusia takut pada sesuatu yang tidak munasabah.. Apa sebenarnya yang ditakuti? Mungkin itu sekadar ketakutan yang tercetus dalam minda? Kita rasa kewujudannya dalam minda, tetapi tidak dapat menyentuhnya. Jadi, ia sebenarnya boleh dibuang. 

Adakah keadaan saya sebenarnya begitu?? Jika dilihat dari sudut realiti, tiada apa pun yang perlu ditakuti. Jika tidak, kenapa orang lain boleh melakukannya?

Runsing dan kadangkala apa yang berlaku sejak akhir tahun lalu buatkan saya agak bingung. Masakan tidak, banyak permohonan kerja yang dihantar tidak mendapat jawapan yang dinantikan. Semua senyap begitu sahaja tanpa sebarang jawapan. Yang membalas, mengatakan permohonan tidak berjaya. Mungkin dalam 10-20 syarikat, hanya 1 sahaja yang membalas sebegini. Boleh kira dengan jari :-(

Sibuk!

Terus terang, saya sekarang sudah 3 bulan tidak bekerja. Lagi menekankan, bila memikirkan anak pertama yang semakin membesar dan yang kedua bakal lahir sebelum Aidilfitri tahun ini. Dalam mencari kerja, bukannya tiada yang menolong. Ramai yang sudi, dengan macam-macam cara dan ramai 'kabel besar' dicari. Sehinggakan kepada anak jutawan pun dicari untuk membantu saya dalam perihal mendapatkan pekerjaan tetap. Susah sebenarnya mahu mengharap dengan kerjaya jurulatih ini kerana bidang pekerjaan tetap di luar sana lebih terjamin, terutama dari segi kewangan. Sedikit sebanyak terkesan juga di hati dan terharu memikirkan masih ramai yang ikhlas membantu. Namun segalanya terpulang kepada Allah s.w.t. untuk tentukan di mana dan bila rezeki itu akan sampai di tangan kita. Lambat atau cepat itu ada hikmahnya.

Yang penting, buat masa ini, usahakan dahulu apa-apa yang patut. Sebagaimana generasi muda kini, antara cita-cita saya ialah mahu mendapat kerja tetap dan stabil!

Tidak tahu ke mana lagi untuk minta tolong berkenaan hal kerja ini, saya terfikir - ada tak sesiapa di kalangan blogger boleh bantu? Apa kata HH? Apa kata Mak Dara?


Penulis mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang datang singgah dan mengikuti blog yang tidak seberapa ini, terutamanya yang datang dari entri di blog Hasrulhassan dan penulisnya sendiri. Terasa dihargai dan lega sedikit daripada tekanan nie...

Artikel - Bukti Kelebihan Undang-undang Allah

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....

Hanya undang-undang Allah sahaja mampu melakukannya. Baca dan renungkanlah...


Sumber

Tuesday, February 21, 2012

Artikel - Harapkan PAGAR atau Harapkan PEGAR??

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Tahukah anda mengenai satu pepatah Melayu - harapkan pagar, pagar makan padi? Tidakkah anda terfikir betapa peliknya kerana pagar boleh makan padi? Sebenarnya pepatah ini tidak tepat. Yang sebetulnya ialah HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI. Ini kerana pagar bukanlah makhluk hidup tetapi pegar, iaitu sejenis burung yang digunakan untuk menghalau haiwan perosak tanaman padi. 

Yang menjadikan kita membaca pepatah ini sebagai harapkan pagar, pagar makan padi kerana berlakunya kesilapan ketika menterjemah ejaan jawi kepada rumi. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Rashid Rahman Hassan atau namanya Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit dalam laman Facebook miliknya. Sekadar untuk pengetahuan, beliau ialah pemenang tempat kedua Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 yang diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) awal tahun ini. 

Ini screenshot mengenai pernyataan ini dari Facebook yang dikongsikan daripada sumbernya:



Ini pula rupa burung pegar yang dimaksudkan. Anda juga boleh cari di enjin carian.


Pegar atau dalam Bahasa Inggeris disebut pheasant. Di Malaysia dipanggil ayam pegar manakala di Indonesia pula dipanggil burung pegar. Pada masa dahulu, burung pegar digunakan bagi menjaga kawasan tanaman padi kerana tiada orang yang memagar kawasan tersebut. Kiranya kawalan secara biologi digunakan bagi memastikan tiada serangga atau tikus merosakkan tanaman tuan empunya padi. Namun, ketika mengharapkan supaya ia menjaga tanaman padi, ia sebaliknya memakan padi tersebut. Maka dengan itu keluarlah pepatah harapkan pegar, pegar makan padi yang juga bermaksud orang yang mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh tuannya.


Petua - Menghilangkan Tahi Lalat

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan pada tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukannya 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.

Sunday, February 19, 2012

Artikel - Pernahkah Anda Lihat Duit Syiling Lama Ini?

Kredit kepada: Zulkbo
Gambar ihsan: Zulkbo



Assalamualaikum.....

Generasi baru mungkin tidak berpeluang untuk melihat apatah lagi memegang duit syiling yang pernah digunakan oleh abang-abang dan kakak-kakak sebelumnya. Sebagaimana dinyatakan daripada sumber, duit lama ini yang tidak digunakan lagi kini bakal dilelong. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikannya koleksi, inilah peluang anda menambah satu lagi barangan dalam simpanan anda :-)





KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Saturday, February 18, 2012

Artikel - Makna Huruf 'i' Pada Produk Apple

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Apple menciptakan tanda produk ‘i’ yang boleh dikatakan tidak berhubungan dengan fungsi dan rekaan. Terfikirkah anda apa yang dimaksudkan dengan huruf tersebut?

Ketika Apple mengeluarkan produk ‘i’ pertamanya, iMac, pengasas dan CEO Apple Steve Jobs mengatakan, “Itu merupakan perkahwinan antara kesenangan internet dan kesederhanaan Macintosh”.

Jadi, ‘i’ mewakili internet dan ‘Mac’ mewakili Macintosh. Internet merupakan kata yang paling sering dikira diwakili ‘i’. Namun, internet bukanlah satu-satunya erti ‘i’ yang dimaksud Jobs.

Selain internet, ‘i’ juga berarti individual, merujuk pada sifat alami personal komputer. Arahan, komputer juga dimaksudkan untuk tujuan pendidikan serta informasi dan inspirasi.

Sejak pengeluaran iMac pada 1998, Apple mula merancang beberapa rancangan serupa produk pengguna lainnya menggunakan ‘i,’ termasuk iPod, iPhone dan kini iPad.


Friday, February 17, 2012

Artikel - Al-Quran Lama Yang Tidak Dimakan Anai-anai

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....



Subhanallah, anai-anai sekecil ini pun tahu mengenai kesucian al-Quran!
 
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslimyang tinggal di Tappachabutra, Hyderabad. Al-Quran beserta terjemahannya dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai.

Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua bahagian termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pun ayat al-Quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut. Ini menunjukkan serangga lebih mengerti akan kesucian ayat suci al-Quran daripada manusia yang membuang ayat al-Quran di dalam stor tanpa faedah.

Renung-renungkan ......

Petua - Bibir Merah Semulajadi

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....



Sapukan sedikit mentega atau marjerin pada bibir sebelum tidur. Amalkannya setiap hari.

Petua - Melebatkan Bulu Kening

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Setiap wanita inginkan bulu kening yang cantik dan tersusun rapi tanpa dicukur. Caranya mudah sahaja!

Ambil daun lidah buaya, ramaskannya sehingga melekit dan sapukannya pada setiap malam.

Wednesday, February 15, 2012

Artikel - Apa Itu Inflasi?

Kredit kepada: Quran.com, Syok.org
Gambar ihsan: Quran.com, Syok.org


Assalamualaikum....

Terlebih dahulu, dimulakan dengan firman Allah:


Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. - Surah al-Baqarah: ayat 276

 

Bila manusia mula mengamalkan mengambil riba / interest, maka Allah akan menarik semula berkat daripada harta kita. Kesannya, terjadilah inflasi dalam sesebuah negara. 

Apa itu inflasi?

Secara umumnya, inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga barangan dan perkhidmatan secara umum dan terus menerus selama waktu tertentu.


Komponen Inflasi
 
Ada tiga komponen yang menunjukan terjadinya inflasi
 
1. Kenaikan harga
Harga suatu barang komoditi dikatakan naik jika menjadi lebih tinggi daripada harga bagi jangka masa sebelumnya.

 
2. Bersifat umum
Kenaikan harga suatu komoditi belum dapat dikatakan mengalami inflasi jika kenaikan tersebut tidak menyebabkan harga naik secara umum.

 
3. Berlaku secara berterusan
Kenaikan harga yang bersifat umum tidak akan menyebabkan inflasi, jika terjadi dalam jangka waktu yang sekejap. Disebabkan hal ini, pengiraanya bersifat bulanan atau tahunan.

 
Hal inilah yang dinyatakan Allah di dalam al-Quran di dalam ayat di atas, riba itu kesan akhirnya adalah kekurangan. Selagi mana kita berada di dalam sistem yang mengamalkan riba, masyarakat akan terus tertekan dengan keupayaan membeli yang sentiasa berkurangan.


Berdasarkan carta DI SINI apa yang dapat anda rumuskan? Kenapa kadar inflasi sesebuah negara itu begitu tinggi?

Ini halnya di dunia, hanya sekadar harga barangan yang terus meningkat. Walaubagaimanapun, Allah telah memberi amaran kepada kita tentang balasan yang lebih perit di akhirat seperti mana firmanNya:


Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. - Surah al-Baqarah: ayat 281

Maka marilah kita sama-sama berusaha untuk kembali kepada sistem yang tiada riba. Antara langkah yang perlu diambil adalah kembali kepada penggunaan matawang dinar dan dirham. Matawang yang disebut Allah di dalam al-Quran.


Keadaan ekonomi di Zimbabwe


Sekeping matawang USD100 dibandingkan dengan selonggok wang kertas Zimbabwe. Apa sebenarnya telah berlaku? 



100 billion dollar Zimbabwe hanya mampu untuk membeli tiga biji telur! (Lebih kurang RM1 atau RM1.30 duit Malaysia untuk tiga biji telur)



Wordless Wednesday - Down

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....

Tuesday, February 14, 2012

Kesihatan - 5 Sebab Untuk Minum Air

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health


Assalamualaikum......


Membantu anda untuk mengurangkan stres

Lebih separuh daripada kandungan badan adalah air.  Kata Beth Reardon, Pengarah di bahagian nutrisi di Duke Integrative Medicine, sebahagian daripada Duke University Health System, "Pengurangan air sebanyak 2 peratus menerusi proses penghidratan boleh memberikan impak ke atas paras tenaga dan fungsi kognitif badan. " 

Memanglah air tidak menghilangkan stres tetapi ia membantu memberikan kembali tenaga, mengurangkan tekanan, memperlahankan pernafasan dan mengurangkan ketegangan pada jantung.

Lapan gelas air sehari adalah jumlah yang disyorkan tetapi jumlah pengambilan air yang tepat bagi seseorang adalah bergantung pada faktor seperti umur, tahap aktiviti, tahap kesihatan, jenis-jenis ubat yang diambil serta cuaca persekitaran anda. Untuk mengetahui sama ada anda cukup air, perhatikan warna urin anda selepas dibuang.


Anda boleh mengurangkan berat

Dalam satu kajian dijalankan ke atas orang dewasa berusia antara 55 hingga 75 tahun pada 2010 mendapati meminum sebanyak dua gelas air (segelas = 8 auns) sebelum makan berkait rapat dengan kehilangan hampir 4 paun berat dalam masa 12 minggu berbanding sekumpulan yang mengambil diet serupa tetapi tidak minum air sebelum makan. Peserta meminum 1.5 gelas air sebelum kajian. 

Pengkaji di Virgina Tech pula berkata air 'memenuhi', yang memberikan anda rasa kenyang dan mengurangkan selera makan. Kajian awal mendapati mereka-mereka yang minum air dahulu sebelum makan akan mengambil 7% kurang kalori per hidangan. Saintis di Virginia Tech percaya peminum air akan menukar minuman ini untuk soda dan minuman kalori lain. Apabila anda terhidrat sepenuhnya, badan akan bekerja hampir kepada keupayaan maksimum yang membawa kepada peningkatan aspek penghadaman, penurunan berat serta fungsi oto apabila anda bersenam.


Anda akan sukar jatuh sakit

Penghidratan mengawal mukus membran, bertindak sebagai sistem pertahanan semulajadi yang menghalang daripada kuman seperti selsema dan virus flu. Apabila tisu ini kering, kuman dengan mudah dapat memasuki nasopharynx, bahagian saluran hidung dan mulut bertemu. Apabila dijangkiti kuman di mana-mana, tahap sakit adalah lebih rendah jika minum banyak air. Apabila dalam perjalanan, membawa air adalah langkah yang bijak. Kebanyakan pesawat komersial terbang pada paras antara 30,000 dan 35,000 kaki , di mana kadar kelembapan udara adalah 10% atau kurang. Maknanya, anda menyedut udara dalam kawasan tertutup yang dipenuhi kuman daripadad ramai orang dalam pesawat. Air membantu memastikan membran mukus kekal lembap dan pertahanan tubuh adalah kuat, walaupun dalam situasi mencabar. 


Anda akan lebih selesa

Meminum air membantu anda lebih hangat ketika cuaca sejuk dan selesa ketika cuaca panas. "Termostat dalaman anda bekerja lebih baik ketika badan terhidrat sepenuhnya. Air membantu mengawal suhu badan." kata Beth Reardon. Sistem pengawalan suhu badan dikawal oleh hipotalamus dalam otak yang berterusan mengumpul data yang membantunya membuat perubahan bagi mengekalkan suhu. 

Proses perpeluhan adalah bagi mengawal suhu badan. Jika tidak memakai topi ketika musim salji, hipotalamus dalam otak mengetahui anda membebaskan haba melalui kepala dan bekerja lebih keras untuk menghasilkan lebih tenaga seperti menggigil. Namun mekanisma ini kurang bekerja jika anda ternyahhidrat. Penyahhidratan adalah risiko biasa dihadapi semua lapisan umur, sama ada ketika musim sejuk atau panas. Ketika musim sejuk, anda kehilangan wap air menerusi pernafasan. Kebanyakan orang akan kurang minum air ketika ini kerana mereka merasakan tidak memerlukannya seperti ketika cuaca panas. 


Membantu mengawal tekanan darah

Pada 2010, Pertubuhan Palang Merah mendapati ketika penderma darah diberikan 16 auns air untuk diminum sebelum menderma darah, terdapat penurunan 20% peluang pengsan selepas prosedur. Penemuan ini penting bagi mereka, menyebabkan kebanyakan yang pengsan merasakan menderma darah adalah pengalaman buruk buat mereka dan tidak mahu kembali lagi. 

Tidak diketahui dengan jelas apakah mekanisma yang menyebabkannya, namun pihak Palang Merah mendapat ilham mengendalikan kajian selepas penyelidik di Universiti Vanderbilt mendapati meminum air mengaktifkan sistem saraf parasympathetic yang berkait dengan sistem "fight or flight" yang menjadikan anda lebih berwaspada, meningkatkan tekanan darah buat seketika, dan merangsang tenaga. Pengsan selepas menderma darah selalunya dikaitkan dengan penurunan tekanan darah. Pihak Palang Merah mengeluarkan teori bahawa air boleh melawan kesan berkenaan.


Sunday, February 12, 2012

Paranormal - Misteri Segitiga Bermuda II

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Sambungan dari Bahagian I artikel ini.


Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu segi tiga. Piramid berbentuk segi tiga, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk segi tiga, ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk segi empat. Begitulah istimewanya segi tiga tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri.

Bermuda Triangle berbentuk segi tiga dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Segitiga Bermuda. Paling tidak kehilangan skuadron TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya.


Apa yang ada di Segitiga Bermuda?

Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira 'hilang' . Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa.

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan dalam keadaan baik. Radar di menara kawalan masih menunjukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib!


Apa yang sebenarnya telah berlaku?

Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)."

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Segitiga Bermuda? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus - panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Segitiga Bermuda. Perkara-perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lainnya disebabkan pertembungan antara arus panas dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ.

Berdasarkan sebuah buku bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda" oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Segitiga Bermuda adalah kawasan jin di mana dari situlah akan munculnya Dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman. Sekaligus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan. Wallahualam...

Paranormal - Misteri Segitiga Bermuda I

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Sebenarnya tempat misteri ini tidak benar bila dikatakan segitiga, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itu pun hanya merupakan imaginasi saja. Bila kita ambil peta dan buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat.  Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika.  Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tidak mengapa jika kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.

Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang akan hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air dan dari gejalan ini disimpulkan, di dasar laut sana tentu terdapat sebuah medan magnetik yang kuat sekali, yang sanggup mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut yang dalam. Tidak cukup bila saya menguraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. 

Tetapi mengenai peristiwa bentuk gaib di Segitiga bermuda ini dapat dikemukakan dan mungkin teori-teori yang banyak mengenai Segitiga Bermuda.  Mungkin di udara terdapat semacam gangguan atmosfera yang berupa “lubang di langit”.  Ke lubang itulah pesawat terbang masuk tanpa sanggup untuk keluar lagi. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia dengan dimensi lain.  "Lubang di Langit" itu dianggap semacam alat transportasi seperti dapat dilihat dalam filem-filem seperti Star Trek.  Ataukah bentuk Lubang di Langit itu adalah UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO.  Lantas, apakah hilangnya mereka itu kerana diculik oleh UFO? Malah tiada sebarang jawapan, yang tinggal hanyalah persoalan.

Ada sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”.  Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahamas.  Ada beberapa peristiwa berlaku di sana. Tidak banyak yang diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya.  Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban atau arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ, angin taufan atau gempa bumi di dasar lautan? Sehingga kini, tiada siapa pun yang tahu.

Kononnya di sekitar kepulauan Bahamas terdapat blue hole, iaitu semacam gua bawah lautan.  Dulu gua ini memang ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam.  Arus di dalamnya sangat kuat dan sering menyebabkan pusaran yang menyedut.  Banyak kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu tanpa daya, dan anehnya kapal-kapal kecil yang disedut itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal raksasa ke dasar lautan?

Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan.  Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tidak pernah sampai ke destinasinya dan terkubur di dasar laut. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat dan tulang belulang manusia.  Luas laut misteri Sargasso ini ialah 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan mengikut arah jam.  Di dasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai.


Segitiga Bermuda memang menarik, sekaligus menakutkan.  Kononnya perairan Carribean merupakan tempat yang banyak menyimpan keanehan seperti cahaya-cahaya yang tidak jelas asalnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tidak jelas tapi lebih besar dari ikan paus. Bentuknya seperti ubur-ubur raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang (jadi bukan halusinasi).

“Ubur-ubur raksasa” itu seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizikal.  Mungkin “ubur-ubur raksasa” itu bukan binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lain berdekatan pulau Puerto Rico, tampak suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan atau kembang kol.  Laut di tempat itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km.  Kejadian ini sempat dilihat oleh juruterbang pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963.  Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya.  Mungkin itu hanya sebahagian daripada ujian nuklear dari negara Amerika atau lainnya? Tapi pihak Amerika tidak membenarkannnya kerana mereka tidak mungkin melakukan ujian berkenaan di laluan penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tetapi lokasi hilangnya kapal selam itu sejauh ribuan km dari sana.

Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, di sana terdapat sebuah paip bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi).  Peristiwa ini dilihat oleh suami istri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap di sana, dan ketika didekati oleh mereka, tampak sebuah paip yang muncul dari dasar laut yang merupakan sumber keluarnya asap itu.  Asap itu sendiri tidak mengeluarkan bau dan berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu datangnya dari sumber api di dasar laut? Adakah pangkalan UFO di dasar laut yang menyebabkannya?

Lagipun kedalaman laut itu cukup dalam, sehingga mereka tidak berani menyelam untuk melihat lebih lanjut, juga mereka melihat (sesudahnya) sebuah helikopter yang mengalami kerosakan mesin dan cuba melakukan pendaratan kecemasan di laut.

Melihat kenyataan-kenyataan yang ada dan bukti yang dpat dipertahankan itu, timbullah berbagai macam bentuk teori yang mungkin berbeza antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri hilangnya kapal itu, antara lain:

   1. Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal tersedut ke dalam pusaran.  
   2. Adanya bermacam-macam arus yang tertumpu di daerah Segitiga Bermuda itu, sehingga mungkin arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.
   3. Penemuan Blue Hole, tapi masih diragukan, kerana kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tidak mungkin mampu disedut oleh blue hole.
   4. Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan tersedut ke dalamnya.
   5. Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang sebelum ia terhempas.

Di daerah Kutub Selatan, ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di Kutub Selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tidak membeku dan binatang liar mirip lembu bison dan melihat seperti ada manusia-manusia purba.  Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan peristiwa itu, tapi tidak ada yang mempercayainya.

Pernahkah anda mendengar kisah penculikan makhluk asing yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di luar pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub bumi? Mungkin tempat itu merupakan pangkalan UFO?

Kita pun mempunyai kisah seperti Segitiga Bermuda, iaitu kisah misteri Nyai Roro Kidul, sayangnya hal itu tidak pernah dikaji secara ilmiah.  Apakah di sana juga terdapat pangkalan UFO? Laut Selatan dipercayai orang sebagai tempat tinggal jin. Sebuah buku karangan Muhammad Isa Dawud yang berjudul "Dialog dengan Jin Muslim" mengemukakan bahawa segitiga bermuda merupakan kawasan yang dihuni para jin (halaman 83-96).

Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda dipindahkan ke dimensi lain? Adakah terdapat sebarang hubungan antara segitiga bermuda dengan Atlantis? Apakah kaitannya dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)?


Saturday, February 11, 2012

Artikel - Menamakan Anak, Berilah Nama Yang Baik

Kredit kepada: Bersama Mazidul, HH 
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......

Dalam kehidupan, setiap benda termasuk manusia perlukan nama supaya mudah dikenali dan dipanggil. Semestinya disertakan dengan makna yang baik. 


Sebagai ibu bapa dan pemberi nama kepada yang baru diharikan, adalah penting untuk mempertimbangkan apakah nama yang akan diberikan dan kesannya terhadap si kecil apabila dewasa kelak, kerana sebagaimana diketahui, nama itu juga adalah doa. Nama dengan makna yang baik akan menjadi doa yang baik ke atas si penama berkenaan.

Contohnya, 'Ah Kau' bermaksud 'anjing' dalam Kantonis (rujuk ruangan komen entri DI SINI

Pasti tiada empunya nama suka dipanggil dengan namanya jika sudah mengetahui maksud namanya yang tidak elok. Justeru, mulakanlah memberikan nama dengan makna yang baik kepada si kecil sejak dari awal kelahirannya. 

Walaubagaimanapun, sekiranya nama dengan makna yang tidak elok itu sudah digunakan bertahun-tahun tanpa mengetahui akan maknanya (contohnya jika generasi terdahulu menamakan si empunya badan tanpa ilmu berkenaan pemberian nama ini), masih belum terlambat untuk menukarnya. Pilihlah nama baru, buatlah penukaran dan rujuklah pada jabatan yang berkenaan. Ikutlah prosedur yang ditetapkan. Ini adalah demi kebaikan di masa hadapan dan sehingga ke alam akhirat kelak. Ini kerana terdapat hadis yang menyentuh perkara ini:

“Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru (dipanggil) pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. - Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Abu Darda' r.a.

Nama panggilan iaitu nama yang selain daripada nama asalnya, juga mestilah yang mempunyai makna yang baik. Banyak contoh boleh diambil seperti nama panggilan Aisyah yang diberikan oleh Rasulullah, Humaira (yang kemerah-merahan). Begitu juga dengan Imam Bukhari atau nama sebenarnya, Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari. Kata 'Bukhari' adalah sempena nama tempat kelahirannya, kota Bukhara. 

Rujuk DI SINI untuk lebih lanjut mengenai Imam Bukhari.


Adakah wajib menukar nama?
Pendapat penulis, bagi orang Islam, hanya sekiranya mengetahui nama asalnya mempunyai makna yang tidak elok. Bagi yang baru bertukar agama (masuk Islam), adalah tidak wajib namun masih tidak salah jika ingin menukarnya sekalipun. Berikan penekanan kepada makna nama tersebut.

Anda juga boleh rujuk entri ini dan entri ini untuk lebih jelas. 

Artikel - Foto National Geographic Yang Diambil oleh Kanak-kanak

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine


Assalamualaikum.....

Kebanyakan foto yang diambil dan disiarkan di laman web National Geographic diambil oleh jurufoto yang profesional dan dewasa. Namun terdapat juga foto-fotonya yang diambil oleh kanak-kanak. Ini sebagaimana yang dikhabarkan menerusi Yahoo Shine. Hasilnya? Agak menarik dan profesional.







KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Friday, February 10, 2012

Artikel - Gambaran Syurga Menurut Al-Quran

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Quran.com



Assalamualaikum....

Gambar hiasan

Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Najm ayat 13-15



Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha. Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133:



Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman dalam surah Al-Insan: ayat 13



Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:

"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." - Hadis riwayat Al-Bazzar
 
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." - Hadis riwayat Muslim
 
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Thursday, February 9, 2012

Artikel - Tayar: Beri Perhatian Pada Masalah Berkaitan Dengannya

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Lagi perkara berkaitan tayar kenderaan yang perlu anda tahu.






Tayar adalah antara bahagian yang perlu diberi perhatian sewaktu meneruskan perjalanan selain enjin. Jika melakukan perjalanan dalam keadaan kempis, mungkin akan membahayakan nyawa anda. Perlu bagi anda agar sentiasa memastikan tayar dalam keadaan baik setiap kali melakukan perjalanan seperti ada angin yang mencukupi, tidak kempis atau bocor serta tidak dalam keadaan 'botak' atau tiada bunga.





Jika ada masalah lain yang berkaitan yang boleh menjejaskan keadaan tayar, ia juga perlu diberi perhatian. Contohnya, jika pelapik brek (brake pad) sudah haus dan belum ditukar dan anda masih meneruskan perjalanan, akan kedengaran bunyi besi bergesek apabila menekan brek. Ini disebabkan besi pelapik brek sudah 'makan' bahagian tepi rotor apabila brek ditekan. Keadaan ini turut menjejaskan bahagian dalam permukaan tayar seperti dalam gambar di atas. Begitu juga dengan travelling arm dan drive shaft.

Pun begitu, seperti keadaan di atas, anda belum lagi perlu menukar tayar kerana masih boleh digunakan. Secara kebiasaannya, jika tiada masalah seperti di atas, anda hanya perlu menukar tayar kereta setiap 80,000 km bergantung kepada jenis tayar dan kenderaan.

Seperkara lagi, setiap kali tayar ditukar atau dicabut, pastikan anda membuat penjajaran (alignment) dan keseimbangan (balancing) apabila tayar dipasang semula.