MY FOLLOWERS

Tuesday, July 25, 2017

Artikel - Baju Melayu Orang Dulu-dulu.....

Kredit kepada: FB Jack Musa
Gambar ihsan: FB Jack Musa


Assalamualaikum.....






Baju Melayu dulu dulu pesak nya besar. Supaya selesa dipakai ke masjid atau semasa berpencak.

Juga sebagai penutup badan supaya tidak terbonjol segala otot dada dan lengan.

Orang dulu-dulu bukan tak sado. Cumanya mereka tak cukup bodo.




Artikel - 74 Lontaran Judo Dalam 2 Minit

Kredit kepada: Youtube
Gambar / video ihsan: Youtube


Assalamualaikum.....

Banyaknya teknik....







Sumber rujukan:  SINI  | 



Artikel - Perbanyakkan Khatam al-Quran

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....


Bolehkah kita yang biasa-biasa ini khatamkan sebanyak ini???






Seorang Ulama Turki, Sayyidi Maula Hussein Sisemi sedang membaca al-Quran di liang lahat yang beliau persiapkan untuknya kelak.

Apa yang dilakukan oleh Sayyidi Maula Hussein Sisemi mengingatkan kita pada sebuah kisah tentang Habib Musthofa al-Muhdhor 'alaihi rohmatulloh...

Tatkala Habib Musthofa mendengar kisah Robiatul 'Adawiyah, seorang wali dan wanita solehah yang menggali lubang kuburnya sendiri, lalu mengaji tiap hari di dalamnya hingga khatam al-Quran sehingga 7000 kali. 

Maka sejak mengetahui hikayat tersebut, Habib Musthofa tidak mahu kalah, beliau pun membaca al-Quran sehingga khatam 8000 kali dalam lubang kuburnya sebelum beliau wafat,

Ketika ditanya, "Mengapa kau sampai 8000 ya habib?".

Beliau menjawab, "Bagaimana aku mahu kalah dengan wanita, kalau wanita saja bisa khatam sehingga 7000 kali, aku mesti lebih, maka ku khatamkan 8000 kali."

Subhanallah!

Pesan al-Maghfurlah Habibana Munzir bin Fuad al-Musawa:

"Jangan lewatkan seharipun tanpa membaca Quran, jadikan ia bacaan yang paling disenangi. Berkata Imam Ahmad bin Hanbal; cinta Allah begitu besar pada pencinta al-Quran, dengan memahami atau tidak memahaminya."

Allohummaj'alnaa min ahlil Quran
(Ya Allah, jadikanlah kami orang yang senantiasa membaca dan mengamalkan al-quran).



Artikel - Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-kanak Dengan Permainan Video Micro Genius!!

Kredit kepada: Rojakdaily
Gambar ihsan:Rojakdaily



Assalamualaikum.....


Siapa antara kalian yang lahir dan membesar di era 80an dan 90an, anda mesti ingat dan pernah bermain permainan video ini. Semua yang ada dalam senarai di bawah ini, saya pernah main.. hahahaha

Zaman 80an dahulu, permainan ini didatangkan dalam katrij. Setiap katrij ada permainan yang berbeza, tidak semestinya sama. Oleh sebab ramai yang ada sistem permainan ini ketika itu, ada yang bertukar-tukar katrij dengan kawan-kawan. 

Ada katrij jenis 999-in-1. Bukannya 999 permainan pun, cuma permainan sama tetapi masuk pada tahap atau stage yang lain.


Di bawah ialah antara yang popular ketika itu.....

Skrin Stage 1 - lepas turun dari helikopter

Skrin Stage 2. Stage 4 pun lebih kurang sama


Pada kulit luar katrij nampak macam Arnold Schwarzenegger dalam filem Predator dan boleh dimainkan dengan 2 pemain. Tiada siapa pun yang peduli ia keluaran Konami atau tidak, yang pemain tahu ialah kod tipu atau cheat code "Up, Up, Down, Down, Left, Right, Left, Right, B, A, Start." pada skrin permulaan. Tujuannya untuk dapatkan jumlah life sebanyak 30 dan tidak kehabisan. Kiranya boleh 'mati' banyak kali dan boleh tamatkan permainan sehingga tembak jantung makhluk asing di Stage 8!






Satu lagi yang digemari ialah Double Dragon yang menampilakn dua beradik iaitu Jimmy Lee dan Billy Lee. Yang terbaiknya boleh buat spinning kick bersama-sama dengan tekan butang A dan B serentak. Siap ada filem lagi! Hahaha!





Satu permainan yang boleh tembak ke skrin TV walaupun ketika itu tiada touch screen.. Ada dua mode iaitu tembak seekor atau dua ekor itik. Cara bermain, anda kena tembak itik yang terbang keluar dari semak. Kalau dapat, anjing akan kutipkan untuk anda. Kalau terlepas, maka dia akan gelakkan anda macam yang dalam gambar di atas!





Yang seronok dengan permainan ini ada dua, iaitu bila tengok motorsikal tergolek-golek sampai ke luar gelanggang, dan akan naik atas podium bila menang. Selain daripada stage yang sedia ada, anda boleh juga bermain dengan stage yang anda buat sendiri. Maknanya boleh bina sendiri halangan-halangan dalam litar secara custom made.





Hogan's Alley sebenarnya permainan latihan menembak Special Police School di Camp Perry, sebuah kemudahan latihan untuk National Guard of the United States. Tidak hairanlah bila bermain, anda jua kena tembak kadbod seperti di tempat latihan. Cuma jangan tersalah tembak kadbod yang paparkan orang 'baik-baik'. 

Permainan seperti Virtua Cop, Time Crisis, dan House of the Dead adalah permainan yang saya main di komputer.





Ini memang terbaik! Hahaha!

Permainan ini boleh dimainkan dengan satu atau dua pemain. Ia tentang anak anjing laut yang makan sayuran anda dan anda perlu sampai di atas. Dengan berbekalkan tukul, anda kena ketuk halangan batu, anjing laut dan burung untuk melepasinya. Untuk memenangi setiap peringkat atau stage, bila sampai di atas, anda perlu sambar kaki seekor burung yang terbang di situ. Ada 32 peringkat kesemuanya. Skrin markah akan dipaparkan selepas kaki burung disambar dan anda akan lihat ikon pendaki eskimo melompat keriangan sambil pegang bendera. Kalau kalah, pendaki eskimo akan menangis. Huhuhu...

Biasanya tak pernah habis pun main, sebab semakin tinggi peringkat, semakin susah halangannya.





Permainan Mario ini merupakan edisi keduanya. Kali pertama watak ini muncul dalam permainan Donkey Kong. Yang  menariknya banyak daripada elemen yang ada dalam permainan Super Mario dikekalkan. Antaranya kura-kura, paip dan kawannya Luigi.






Ini permainan Mario yang akan sentiasa diingati, yang berjaya di Jepun dan begitu terkenal ketika zaman platform Micro Genius. Pergilah tanya pada kawan yang hidup pada era permainan ini. Mereka pasti tidak akan melupakannya....








Walaupun terdapat 3 siri yang diterbitkan oleh NES, yang ini versi permainan TMNT yang digemari. Pengembaraan terbaik hingga ke peringkat melawan Shredder, Krang dan Super Shredder.   







FIRE!! Satu lagi permainan menembak menggunakan Light Gun. Kali ini berlatar belakang suasana koboi. Dalam permainan ini anda boleh pilih untuk berlawan menembak dengan seorang atau dua orang sekaligus. Kalau tertembak sebelum arahan dikeluarkan, anda dikira kalah. Menembak di salon adalah satu lagi pilihan mod dalam permainan ini. 






Nama permainan ini ialah Yie Ar Kung Fu. Permainan ini sebenarnya agak susah sebab pihak lawan bergerak lebih laju daripada pemain sendiri. Memanglah bunyinya tidak adil. Apa lagi sebab pemain serang dengan tangan kosong manakala lawan pula siap dengan senjata masing-masing.  

Sebenarnya ada beberapa lagi permainan yang mencabar seperti Karateka, Heroes Story, Spartan X, Adventure Island 1 dan 2. Kalau disenaraikan mungkin agak banyak, namun itulah permainan yang sehingga tamat era permainan ini pun, ia tidak habis dimainkan. Huhuhuuu...    



Best giler main game ni:  SINI  |    



Saturday, July 8, 2017

Artikel - Betul Ke Air Alkali Menyembuhkan Kanser?

Kredit kepada: FB Root of Science
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Asid dalam badan menyebabkan kanser. Manakala, air alkali menyembuhkan kanser. Adakah perkara ini betul?

Ramai daripada penjual air alkali mengatakan bahawa meminum air yang beralkali adalah baik untuk penyembuhan kanser.

Bahkan mereka mengatakan sifat asid di dalam badan merupakan punca kepada kanser.

Di samping itu, penjual air alkali selalu mengambil kata-kata daripada seorang ahli biologi bernama Otto Heinrich Warburg iaitu seorang penerima anugerah Nobel pada tahun 1931

Ini merupakan kata-kata yang kononnya di ambil daripada Doktor Otto Warburg:

"All forms of cancer have two basic conditions: Acidosis and hypoxia(lack of oxygen). Cancerous tissues are acidic whereas healthy tissues are alkaline"

Saya tidak pasti adakah ini betul atau tidak kata-kata daripada Warburg. Tetapi ia tidak menjelaskan adakah benar air alkali membantu untuk membunuh ataupun mengelakkan badan kita daripada terkena kanser.

Kami telah membaca balik berkenaan kajian-kajian yang ditulis oleh Dr Otto sendiri berkenaan perkara ini. Di dalam kajiannya pada tahun 1956, dia ada menyatakan bahawa penyebab kanser adalah MITOCHONDRIAL DYSFUNCTION.


Apa itu Mitochondria?

Mitochondria merupakan salah satu ‘organ’ di dalam sel yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga. Di dalam sel manusia, mitochondria akan menggunakan oksigen dan juga glukosa (gula) untuk menghasilkan tenaga.

Selain daripada itu, penghasilan tenaga daripada glukosa juga akan menghasilkan air dan karbon dioksida.

Dalam keadaan kekurangan oksigen, mitochondria masih boleh menghasilkan tenaga tetapi ia menggunakan proses lain yang dikenali sebagai ‘anaerobic metabolism’.

Dalam proses tersebut ia menghasilkan jumlah tenaga yang sedikit dan juga ASID LAKTIK.


Apa yang berlaku dalam sel kanser?

Di dalam sel kanser, fungsi mitochondria menjadi kacau bilau. Mitochondria yang selalunya menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga tidak menggunakan oksigen lagi.

Sebaliknya mitochondria itu akan terus menggunakan ‘anaerobic metabolism’ untuk menghasilkan tenaga sama seperti sel yang kekurangan oksigen.

Hasilnya sel-sel kanser ini akan menghasilkan jumlah asid laktik yang sangat banyak dan menyebabkan ruang di dalam sel kanser iaitu cytoplasm bersifat asid.

Apabila cytoplasm bersifat asid, sel tersebut akan mati dan mengeluarkan asid laktik dan menyebabkan kawasan sekeliling sel kanser pun menjadi sedikit berasid.

Untuk kefahaman di sini bahawa, keasidan itu terjadi sebab sel tersebut yang menghasilkan asid. Bukan asid yang menyebabkan kanser berlaku.


Kajian sekarang berkenaan punca kanser

Pada waktu dahulu, Dr Otto Warburg mengatakan punca kanser adalah disebabkan masalah metabolisma yang berlaku pada sel dan dikenali sebagai ‘Mitochondrial Dysfunction’.

Kini dengan adanya teknologi sains yang terbaru, perkara tersebut telah diperbetulkan balik iaitu punca kanser adalah kerosakkan pada genetik sesuatu sel.

Ini menyebabkan fungsi organelles di dalam sel seperti fungsi mitochondria terjejas. Ia bukan disebabkan ‘mitochondrial dysfunction’.


Adakah minum air alkali membantu dalam sel kanser?

Tidak. Air alkali tidak membantu. Ini disebabkan air alkali itu sendiri akan dineutralkan apabila masuk ke dalam perut yang bersifat asid. Dan masalah sebenar kanser bukan disebabkan sifat asid itu, tetapi genetik di dalam sel itu yang membuatkan sel tidak berfungsi dengan betul.


Apa yang menjadi mitos di sini adalah:
1) Dr Otto Warburg tidak pernah menyatakan bahawa penyebab kanser adalah keadaan asid di dalam badan. Bahkan kanser itu sendiri menyebabkan keadaan dalam sel menjadi asid

2) Air alkali tidak membantu dalam penyembuhan kanser sebab ia tidak menyelesaikan masalah sebenar kanser itu sendiri. Lagipun, kealkalian air tersebut akan dineutralkan oleh asid di dalam perut yang bersifat asid

Harap maklumat ini bermanfaat

Jalan-jalan Cari Makan - Ayam Kukus Chinese

Kredit kepada: FB Resipi Sedap
Gambar ihsan: FB Resipi Sedap



Assalamualaikum.....





Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam)
2" halia dihiris nipis
5 batang daun bawang dipotong panjang
Garam secukup rasa

 

Bahan untuk perap:

3 sdt kicap cair
2 sdt minyak bijan
1 sdt lada serbuk hitam
Garam secukup rasa.
Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam

 


CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan kukusan pada api besar 
  2. Susun ayam atas pinggan kukusan 
  3. Taburkan halia dan daun bawang 
  4. Kukus sehingga empuk.