MY FOLLOWERS

Sunday, February 7, 2016

Artikel - Periksa Door Switch, Pasti Pintu Ditutup Rapat

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
, Google Images



Assalamualaikum.....

Antara yang dilengkapkan dalam sistem kenderaan ialah suis yang tunjukkan isyarat pintu tidak rapat atau open door warning. Lampu indikator bagi suis ini ada pada papan pemuka (dashboard) pemandu dan akan menyala dengan warna merah bila ada mana-mana pintu yang dibuka atau ditutup tidak rapat. Suis pintu ini pula ada pada setiap pintu pada kenderaan itu, anda boleh tengok sendiri pada bahagian sisi pintu. Keadaannya seakan sama dengan sistem pintu pada peti sejuk di rumah. Bila pintu ditutup rapat, baru lampu indikatornya akan terpadam.








Kalau berlaku keadaan lampu itu masih menyala walaupun semua pintu sudah ditutup rapat, periksa pada setiap suis di setiap pintu. Suis di pintu pemandu adalah yang utama, yang lain hanya ada spring sahaja. Komponennya kecil sahaja, tidak perlulah ke bengkel untuk baikinya. Hanya perlu ke kedai aksesori, beli dan boleh pasang sendiri. Dalam kes kali ini, saya telah periksa beberapa kali keadaannya. Memang sudah sampai masa untuk diganti baru.


Lampu merah menyala...


Suis baru


 Cabut yang lama...


 Selesai dengan pasang yang baru...


Caranya, buka suis dengan pemutar skru (jenis mata bunga atau Phillip) dan tanggalkannya. Kemudian gantikan suis dengan yang baru. Pada wayarnya ada soket sambungan, masukkan sahaja dengan soket sama yang ada pada suis dan skrukan semula pada badan kenderaan anda. Uji semula dengan buka tutup pintu beberapa kali. Kalau lampu indikator padam bila pintu ditutup dan menyala bila dibuka, maknanya semula sudah pulih seperti biasa.

Siap!


1 comment:

Unknown said...

kereta myvi suiz pintu sama jugak ke? sy suiz mcm tak berfungsi. pintu terbuka atu tutup dia macam tak ada indicator.