MY FOLLOWERS

Wednesday, February 3, 2016

Artikel - Guna Geometri Untuk Kira Kedudukan Planet

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Masyarakat Babylon purba dahulu menggunakan kaedah geometri untuk mengira kedudukan planet Musytari, 1400 tahun lebih awal daripada jangkaan pengkaji. Penemuan dalam satu jurnal Science di Amerika Syarikat adalah berdasarkan satu analisis empat kepingan tablet yang bertulisan Babylon berusia sekitar 350 hingga 50 SM. Pengkaji sejarah sebelum itu percaya bahawa geometri yang sofistikated itu bermula di Eropah abad ke-14.

"Tablet ini yang terawal diketahui menggunakan geometri untuk mengira posisi dalam ruang-masa dan mencadangkan ahli astronomi Babylon mungkin memberi pengaruh bagi sains di Barat. Tablet ini mendefinisi semula buku-buku sejarah memperlihatkan sarjana Eropah di Oxford dan Paris abad ke-14 yang mendapat kredit kerana mengembangkan kaedah pengiraan sebegitu, beberapa abad sebelum Babylon purba."  kata Mathieu Ossendrijver dari Universiti Humboldt di Berlin, Jerman.

Tablet itu menunjukkan Musytari muncul di sepanjang kaki langit antara dua jarak masa, iaitu di posisi planet itu pada 60 dan 120 hari. Ia juga mengandungi kiraan geomteri berdasarkan luas trapezoid dengan sisi panjang dan pendeknya. Kajian mencatatkan ahli astronomi Babylon pada awalnya disangkakan menggunakan konsep arithmatik, namun mereka juga sebenarnya boleh menggunakan geomteri secara abstrak untuk mengira masa bagi perjalanan dan kelajuan planet Musytari.  Kaedahnya dikatakan membayangkan perkembangan ilmu kalkulus.

Pakar sejarah, John Steele dari Universiti Brown yang tidak terlibat dalam kajian itu menggambarkan kepada majalah Science sebagai sumbangan sangat penting kepada sejarah astronomi Babylon dan juga sains umumnya.



Sumber jauh di langit:  SINI  |    




No comments: