Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner, Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Owner, Google Images
Assalamualaikum.....
Lampu isyarat untuk bertukar lorong, kecemasan atau masuk simpang atau dipanggil turn signal indicator ada pada papan pemuka pemandu berwarna hijau berbentuk arah kiri dan kanan. Pemandu sangat bergantung pada kemudahan lampu ini setiap kali bertukar lorong, kes kecemasan atau masuk ke mana-mana simpang.
Apa akan jadi bila kemudahan ini rosak?
Bila
rosak, ia tidak akan menyala seperti sepatutnya, begitu juga dengan
lampu isyarat kenderaan yang berwarna kuning yang ada di luar badan
kenderaan. Kalau mahu tukar lorong atau masuk simpang dalam keadaan ini, mesti akan kena hon dengan pemandu lain yang mungkin naik angin! :-)
Ada hari isyarat hijau baik, hari lain terpadam....
Pada bahagian bawah tempat duduk pemandu, ada kotak kecil berwarna hitam.
Lihat anak panah.
Untuk itu, bagi pengguna Proton Wira, anda perlu tengok sendiri di bawah ruang stereng dekat dengan kaki dan pintu sebelah pemandu. Di situ ada komponen segiempat berwarna hitam yang dipanggil relay, yang mengawal sistem isyarat ini. Boleh ditanggalkan sendiri seperti suis dan gantikan sahaja dengan yang baru. Komponen ini boleh sahaja dibeli di kedai aksesori kenderaan.
Perlu diingat juga, anda perlu juga periksa
penyambungan wayar atau wiring kerana ia melibatkan sambungan ke sistem
elektronik dan elektrik kenderaan. Boleh jadi juga kalau ada wayar yang
terputus.
No comments:
Post a Comment