MY FOLLOWERS

Saturday, April 2, 2011

Sekadar Luahan - Bukan Bulan Yang Bodoh.....

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family, Yahoo Images


Assalamualaikum....


Setiap kali tiba tarikh 1 April, sesetengah orang begitu teruja dengan budaya 'pandang ke barat' walaupun buat seketika. Dalam kepala mereka, sibuk mengatur pelbagai rancangan serta penuh dengan senarai mangsa yang akan dipermainkan. Setiap masa, ada sahaja idea mereka untuk mengenakan mangsa. Yang penting, mereka berasa puas melihat wajah mangsa-mangsa mereka sesudah terkena. Pasti ada yang akan ketawa, kecewa malah ada yang sampai menangis. Mungkin ada yang terasa permainan diatur pemangsa agak melampau. Tanpa mereka sedari, adakalanya gurauan atau practical joke atau mungkin pranks yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Menerusi pengalaman penulis sewaktu di zaman persekolahan dahulu, sewaktu di Tingkatan 1 dan 2 adalah paling teruk apabila para pelajar senior membuat 'serangan' apabila tiba detik 12 malam 1 April. Pada waktu itu, semua pelajar lain telah masuk tidur mulai 11.30 malam. Kasut dan selipar disepahkan di luar koridor asrama, ada yang sampai dalam bilik. Ada tong sampah yang tiba-tiba ada dalam bilik, penutup tong sampah dalam almari baju, pakaian bersepah, lagi teruk muka kami diconteng sewaktu tidur! Semuanya disedari sewaktu semua orang bangun dari tidur keesokan harinya. Apalagi, hampir semua pelajar mengamuk! Manakan tidak, selipar dan kasut terpaksa dicari semula, sampah-sampah terpaksa dibersihkan. (Bodoh punyer senior! Tak guna betul!)

Suatu masa dahulu, penulis pernah terbaca mengenai satu tragedi yang menimpa sepasang suami isteri menjelang 1 April. Si suami yang jahil tentang agama telah mengucapkan cerai talak 3 terhadap isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba berkata 'April Fool!'. Selepas itu, si suami pula meraung apabila diberitahu bahawa talak telah jatuh!!


Berkenaan sambutan April Fool ini, dipercayai ia mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah berkurun lamanya bertapak di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh setelah diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam ketika itu di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian yang masih belum berpuas hati terus berusaha untuk menghapuskan penduduk Islam dari Sepanyol. Penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh belayar dari Sepanyol dengan selamat beserta barang-barang mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut adalah suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat sendiri kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun bersiap untuk bertolak. Keesokan harinya iaitu 1 April, mereka semua mengambil barangan yang telah dipersiapkan lalu menuju ke pelabuhan.



Pada masa inilah tentera Kristian telah mengambil kesempatan untuk menggeledah kemudiannya membakar kediaman penduduk-penduduk Islam. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal di pelabuhan kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya terus menyerang kaum muslimin dan membunuh semua lelaki, perempuan termasuk anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian. Tarikh 1 April akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah di seluruh dunia. Yang menyedihkan dan terkilan, orang-orang Islam hari ini masih ada yang jahil mengenai latar sejarah berkaitan tarikh ini dan turut meraikannya tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita semua...

Hadis no. 279
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum yang lain maka ia adalah daripada kaum itu." 
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Penerangan hadis:
Al-'Alqomi berkata: "Sesiapa yang meniru golongan yang soleh maka ia akan dimuliakan sebagaimana mereka dimuliakan, sesiapa yang meniru golongan fasik ia tidak akan dimuliakan. Sesiapa yang meletakkan pada dirinya tanda-tanda kemuliaan ia akan dimuliakan sekalipun ia tidak mempunyai ciri-ciri yang mulia.
('Aun al-Ma'bud)

Sumber asal: Risalah Fikrah

Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Cetakan Kedua 2006, Terbitan: Yayasan Restu 2006
  2. 300 Hadis Bimbingan: Ke Arah Mencari Reda Allah, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohamad Nazam, Cetakan Pertama Januari 2007, Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd.

7 comments:

airazulaikha said...

1 april rasa mcm hari biasa jer pun..
...

Izyan Masri said...

SOKONG ! :D

hamizah afifah said...

alar..dlu time sek ade juga sorang member ni mmg suke kne'n orang...smpi kne penampar dgn budk yg dye kne'n tu..mmg padan juga dye kne tampar sbb dye wat perkara yg memalukan bdk tu..

april fool blh wat org gado..

THE GREEN said...

aira: mmg pun. xde apa sgt..

izyan: yeeee!!! teruskan menyokong!!

cik rama2: ha, tu la pasal..yg jahat akan dibalas jahat jugak...

Admin said...

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana datang dan komen di blog saya berkenaan dengan tarikh 1 April. Sememangnya kita patut menyedarkan bahawa kebanyakkan tarikh2 yang diangung-agungkan oleh orang barat @ kristian sebenarnya mempunyai muslihat dan maksud yang tersembunyi dalam menyerang minda umat Islam hari ini.

Samalah juga halnya dengan meniup lilin di kek hari lahir. Ia juga membawa simbolik kepada padamnya "nur Islam" di zaman kejatuhan Islam,juga sebagai doa mereka yang inginkan Islam lenyap dari dunia serta menyembunyikan maksud yang sebenar dengan cerita yang lain...


http://smskey.blogspot.com/2011/03/maksud-tersirat-pada-tarikh-1-april.html

Shah said...

saya ada terbaca satu artikel yang berkaitan dengan artikel saudara ini.. mungkin boleh saya sertakan link di sini...

http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/peristiwa-aprils-fool-adakah-ia-benar-terjadi/#axzz1LUW5QeKy

THE GREEN said...

tq shah..good info tp bila disebut fakta, sebaik2nya dinyatakan skali sumber rujukannya supaya artikel yg ditulis lebih meyakinkan..