MY FOLLOWERS

Monday, November 29, 2010

Artikel - Bunga Bakawali

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum........


Sebenarnya saya menerima kiriman ini melalui email pada tahun lepas. Barangkali ada yang belum mengenali spesis bunga ini, jadi ada baiknya jika saya kongsikan bersama pembaca dan followers sekalian.

Bunga ini dikenali sebagai bunga bakawali. Sebagaimana dimaklumkan, bunga ini hanya berkembang sekitar 12 malam selama 3 jam sahaja. Selepas itu ia akan menguncup dan layu.


Ketika ia mula mengembang


Kembang mekar



Mula menguncup sedikit






Keadaan bunga bakawali sesudah menguncup


Adakah mana-mana pembaca/follower tahu di mana bunga ini biasa ditemui? Harap boleh kongsikan maklumat anda untuk pengetahuan semua.

Thursday, November 25, 2010

Sekadar Luahan - Antara Kasut Sekolah dan Kasut Raya

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum...




Sebagaimana anak-anak jiran yang lain, saya juga ingin merasa memiliki apa yang mereka ada. Sepanjang berada di alam persekolahan, bilangan perkara yang dihajati yang ditunaikan oleh ibu bapa barangkali boleh dikira dengan jari lebih-lebih lagi jika ia membabitkan perkara yang kerap dibanding-bandingkan dengan kawan-kawan.

Ingin saya kongsikan pengalaman ketika meminta dibeli kasut raya tetapi dibelinya kasut sekolah. Pada waktu itu saya masih di Darjah 1 dan 2. Saya terbayang, kalaulah dibeli kasut raya yang berwarna-warni, alangkah indahnya (baca: fulamak! bestnya!!), tetapi malangnya hanya angan-angan yang tinggal. Ini semua gara-gara ibu saudara yang juga babysitter saya sewaktu di zaman sekolah rendah. Saya meluahkan hajat ini kerana ingin merasa 'masuk' bersama kawan-kawan. Maksud saya, jika berjalan ketika pergi beraya sekumpulan bersama kawan-kawan, kita tidaklah kelihatan seperti tersisih daripada kumpulan. Kesudahannya, ia tidak seperti yang diharapkan dan lagi teruk, langsung 'tak masuk' dengan gaya kawan-kawan! Dalam hati, marahnya Allah sahaja yang tahu.


Mengapa?! 

Masakan tidak, kasut kawan-kawan lain semuanya berbelang-belang dan pelbagai warna, ada jenama, begitu juga baju raya, tetapi kasut kita sendiri cuma warna putih yang langsung tidak sesuai dengan warna baju raya yang dipakai. Kononnya (baca: katanya) kalau dibeli kasut yang sama seperti kawan-kawan, mungkin saya hanya memakai pada waktu tertentu. Lagipun, ketika itu fizikal sedang membesar, jadi kasut akan cepat 'mengecil' dalam beberapa bulan. Khuatir akan menjadi satu pembaziran. Jadi saya dibelikan kasut sekolah sebagai kasut raya supaya boleh dipakai lagi setiap hari selepas hari raya. Lagipun, boleh dibasuh. Apabila menanggalkan kasut bila beraya ke rumah jiran bersama kawan-kawan, kelihatan janggal apabila melihat susunan kasut di depan pintu rumah, seperti ada satu kasut yang 'ganjil bin pelik'.  :-D




Kalau diikutkan, banyak lagi yang saya mahu sebagaimana kawan-kawan lain. Mainan berharga yang mahal seperti robot Transformers, basikal sendiri, beg sekolah berjenama dan pelbagai lagi yang dimiliki oleh kawan-kawan, yang dibeli dengan harga yang bukan murah.





Apabila ada kawan-kawan yang memakai jam tangan digital, saya juga inginkannya. Malangnya yang dibeli oleh keluarga hanyalah yang berharga sekitar RM10! Tidak sampai seminggu dipakai, ia sudah rosak akibat terjatuh.'Muka'nya tersembam ke lantai.

Begitulah juga halnya dengan beg sekolah. Buku yang dibawa ke sekolah setiap hari agak banyak. Beg dibeli pula tidak mampu bertahan lama, hayatnya sekitar hanya 4 bulan sebelum rosak dan terkoyak. Habis buku-buku terjatuh keluar sebelum masuk ke kelas! Bayangkanlah, saya terpaksa meminta beg plastik untuk isi buku-buku yang jatuh untuk dibawa pulang. Apabila semakin ramai kawan-kawan mula menggunakan beg seperti beg askar atau traveler, saya menjadi cemburu kerana mahukannya juga tetapi tidak dibeli. Kata kawan-kawan, tali begnya tebal dan boleh isi banyak buku di dalamnya.


Sesekali terasa juga seperti ibu dan ayah tidak memahami kehendak saya yang mahu sama seperti kawan-kawan lain. Saya memang mahukannya cuma tidak meluahkannya kepada keluarga. Apabila beg kerap rosak, saya juga turut berasa bosan. Hanya apabila masuk Darjah 3, ibu saudara saya membelikan beg sekolah seperti beg traveler. Saya masih ingat, warnanya hijau seperti baju askar dan banyak ruangan (compartment). Harga pun jauh lebih mahal berbanding beg-beg terdahulu. Alhamdulillah, ia bertahan sehinggalah saya tamat sekolah rendah. Hanya tiga atau empat buku sahaja dipegang di tangan.

Sayangnya bukan semuanya tercapai. Kerana cemburu dan kerap tidak mendapat seperti yang diinginkan, kerap saya memberontak. Ada sahaja yang saya buat di luar. ....

Tuesday, November 23, 2010

Artikel - Sihat Cara Rasulullah


Credits to: - 
Gambar ehsan Yahoo Image 





Salam...

Rasulullah bersabda: "Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah." (HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resep
i berikut:


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
 
Rasulullah selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, menunaikan solat sunat dan solat fardhu, malah solat subuh berjemaah. Hal ini memberikan hikmah yang mendalam, antara lain:

  • Dilimpahkan pahala dari Allah
  • Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan/terapi penyakit TB 
  • Menguatkan fikiran dan menenangkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa rapi dan bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
 
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang dewasa.  Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (HR Muslim) 







TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah: "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaqun Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.  Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.



GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.  
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar.  Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.


TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah: "Jangan marah" diulangi sampai 3 kali.  Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah semata-mata, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
  • Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring 
  • Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan 
  • Segeralah berwudhuk 
  • Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati 


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.


TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati, kesihatan jiwa dan mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan pencegahan yang tepat.

Wassalam.

Saturday, November 20, 2010

Artikel - Musim Haji

Credits to: Yahoo News

Sumber berita dan foto adalah dari Yahoo News. Klik pada pautan yang disediakan untuk lebih lanjut.
The news and photos are from Yahoo News. Click on the link provided to see more.


Assalamualaikum....

Musim haji kini tiba lagi. Dianggarkan seramai dua juta umat Islam berwukuf di Arafat bagi menunaikan rukun Islam kelima bermula semalam.


Maaf, saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini ketika cuti Aidiladha ini. Jadi, artikel ini disiarkan sedikit lewat daripada yang dirancangkan.



 

 

 

Seorang jemaah haji berdoa di bukit di Padang Arafat berdekatan kota Makkah pada 15.11.2010.




Jemaah haji bersolat di perkarangan Masjid Namira di Arafat berdekatan Makkah, Arab Saudi pada 15.11.2010. Seramai 2.5 juta jemaah haji datang ke Tanah Suci Makkah setiap tahun menjadikannya sebagai perhimpunan manusia paling besar di dunia.









Jemaah haji bertolak ke Muzdalifah dari Arafat, luar dari Makkah pada 15.1.2010.



Menara Masjid Namira dilihat sewaktu solat ketika matahari terbenam di Arafat.






Melihat kota Makkah: Seorang jemaah haji melihat Makkah dari atas Bukit Nur, lokasi terletaknya Gua Hira'.









Sumber : Hajj Pilgrimage to Makkah


Kepada semua jemaah, semoga mendapat Haji yang mabrur. Amin..


Sunday, November 14, 2010

Artikel - Tepat Pada Masanya!

Credits to: Nuffy


Salam..

Kemudahan kamera canggih pada hari ini memungkinkan saat-saat yang menakjubkan dirakam dan diabadikan sebagai kenangan yang sukar dilupakan. Ada yang lucu, perit, mengujakan, mungkin juga mengejutkan. Terpulang kepada penilaian individu.


Picture expressed a thousand words












Seni & Kreativiti - Binaan Daripada Pasir

Credits to: Blog


Salam...

Sekali-sekala perlu tukar juga topik untuk ditulis di blog supaya pembaca tidak berasa bosan. Sebagaimana waktu bekerja, minda juga perlukan rehat sebelum kembali bekerja. Melihat karya-karya seni barangkali membantu. Peminat-peminat seni akan menggunakan apa sahaja medium untuk menghasilkan seni yang diinginkan. Tidak kiralah berapa belanja atau sebesar mana hasilnya. Di sini saya paparkan karya seni daripada pasir buat pembaca sekalian. Tidak seperti membina istana pasir kanak-kanak, karya ini dihasilkan pada skala yang lebih besar.





Naik bukit

Fewwiiitt  :-D


Nggaappp... (uurrrkkhh!!)

Aduuuhhh...






Seni dan kreativiti adalah suatu yang tidak terhad. Apa sahaja bahan boleh digunakan untuk mempersembahkan idea dari minda. Wang ringgit bukan halangan, asalkan puas.