MY FOLLOWERS

Wednesday, November 10, 2010

Artikel - Doa Sewaktu Bersujud dan Keistimewaannya

Credits to: -




Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


 

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"




KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

40 comments:

Anitadahahs said...

Subhanallah..
Kuasa Allah yang maha Besar, kadang2 kita hamba Allah ni terlupa untuk bersujud padaNya hanya kerna mengejar duniawi. Muhasabah untuk diri Anita juga.. :(

My Little Diary said...

salam
kunjungan balas ke blog anda!
i follow u... hehehe

wANieYZ said...

nice blog..bnyak info..huhu

azieda razak said...

thanks sebab sudi jenguk blog saya...
saya suka blog kamu...
penuh dengan pengisian...

salam

YOUsoF said...

InsyaAllah...

*Pesanan yang sangat berguna untuk insan lemah macam kita..

Ayuraza said...

perghh..tertusuk..

kak ina mail said...

Terima kasih kerana memberi info yang berguna buat semua umat islam.Memang betul, masa bersujudlah, yang paling sesuai untuk berdoa pada Allah SWT.

aque said...

salam.. hye.. saya baru (^_^) nice sharing.... banyak rupenye info yang fara tatawu... terima kasih...

fara mintak simpan yew... masok note pad ;)

Asrol said...

Bagus artikel ni, sebenarnya tak tau pon dalam solat leh berdoa waktu sujud.. sblm ni selalu sujud syukur lepas solat. maknanya, dalam solat fardu, kite boleh berdoa erk waktu sujud?

Ezzu Raza said...

tq for sharing..tul tuh..kene sujud selalu..baru rasa ni kecik n hamaba kepada yang maha Esa..

PP HYUN JAE said...

menarik entry dlm ni... satu pendedahan baru.. keep in touch ya...

G.R.E.E.N.Y.G.O.R.G.E.O.U.S said...

subhanallah :)

ayaa alyy said...

agree. dlu masa skolah ustaz ada btaw. :)

cik puan akish said...

share ilmu pengetahuna....thumbs up:)

MissGabaN said...

:)
teruskan berkarya spt ini...penuh ngan info yg bagus...:)

Miza Yusof said...

salam. miza datang sini. kalau awak nak tau lebih lanjut pasal charlie, buka web ini:



http://www.mpsp.gov.my/image/roveBM.pdf

Diana Yahya said...

Artikel yang sgt bermanfaat. Thanks sudi singgah ke blog saya :)

Kakzakie said...

Assalamualaikum,

Kalau di Raudhah (Masjidin Nabawi) doa menadah tangan lama akan dihalau oleh polis. Tapi kalau kita berdoa secara sujud walau lama mana pun dia tidak dikacau.

Kelebihan doa dalam sujud.

Black_roses92 said...

subhanallah.. besarnya nikmat tu.. hurmm.. anyway, thnks 4 diz info.. ;)

aliesha kirana said...

setiap suruhan Allah pasti ada hikmah yg tersembunyi... heheeh... Allah hu Akbar!

psstt..AK dtg follow..heehehe

azzey said...

BLADE EDGE: Dlm bersujudlah kita digalakkan berdoa.....:)

slm ziarah. tq sudi dtg ke blog saya.....

aSmiDar said...

Allahhuakbar..betapa kita rugi selama ni kan..
senang jer nak dapat pahala..
tp kita selalu leka...

airazulaikha said...

terima kasih atas perkongsian.. :)

Qistina said...

penuh informasi....
thanks 4 sharing...

beautiful_rose said...

ingat lagi kata2 ustaz dulu...
doa ketika sujud lebih ikhlas dan mudah di terima ALLAH...

S..U..D..@..I..S said...

SUBHANALLAH hebatnya sujud, tk kongsi2 info

hamzah ian said...

nice post..

E.d.Y said...

tq for sharing..boleh diamalkan

nabilah_2908 said...

terima kasih di atas perkongsian ini... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DREAMER FRUIT

saYuri said...

salam blade...yuri smpai cni..f0l0 kamu jua..s0ri 4 dr0pping this c0mment here..x jmpe shoutb0x..hee~
salam knl..

Noor Faezah Mazli said...

betul tuh. saya selalu berdoa ketika sujud. apatah lagi ketika solat hajat. banyak ilmu sy perolehi di sini. saya follow kamu....

Fitrihadi said...

semasa sujudlah syaitan tak mampu nak tunduk sama dan tak mampu nak kacau kita...jadi itulah masa terbaik untuk berdoa kepada Allah.. nice entry!

adrinaqamarina said...

selalu amalkan doa pada sujud terakhir neh :)

Emilia Emira said...

betul2...kalau dari segi sains plak..ade neuron yang hanya akan berhubung cume pada masa kite sujud..
just sharing..

kiwi said...

salam alaik..syukran singgah ke blog sy...

nazirafarahinomar said...

salam..
thanks for sharing! baanyak yg saya belajar. before ni tau sujud adalah saat yang paling dekat dengan Allah n kita boleh berdoa time tuh. Tapi sekarang saya dah tau kebaikan sujud saat akhirat! alhamdulillah,thanks :)

~ceRRy beRRy~ said...

thanks for the info..
suka bc blog mcm nih..

tersedar darpd leka :)

ainz said...

insyaAllah..ain akan amalkan.. :) nice info..

BLADE EDGE said...

salam..

wow, terkejut saya..ramai pulak yg view artikel ni..

tq semua. kalau rasa artikel ni beri kebaikan, ambik la sbg pengajaran dlm kehidupan..nak salin n paste kat blog masing2 pun boleh..

insyaallah kalau ada lg yg menarik, akan saya share di blog ni..

FaDzLiNa said...

thanks for ur visit to my blog...
hehe..
just visiting yours!
nice blog too :)