MY FOLLOWERS

Friday, May 19, 2017

Artikel - NASA Terbitkan Foto-foto Hebat Planet Musytari

Kredit kepada: Galaxy Monitor
Gambar ihsan: Galaxy Monitor



Assalamualaikum.....


Laman JunoCam mempunyai simpanan foto tidak diproses yang sangat banyak yang didapati daripada misi terbarunya ke Musytari. Disebabkan keaslian foto-foto ini, pihak NASA menasihati orang ramai di seluruh dunia membantu memprosesnya mengikut kesesuaian. Berikut adalah beberapa yang dihantar.   











Sumber rujukan:  SINI  |


Tuesday, May 2, 2017

Artikel - Ulangtahun ke-40 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong 27-29.4.2017

Kredit kepada: Owner, RST, SMKSA
Gambar ihsan: Owner, RST



Assalamualaikum.....


Pada 27-29.4.2017 yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong, Terengganu, telah mengadakan sambutan Ulangtahun ke-40nya.

Pelbagai acara diadakan termasuk gerai jualan melibatkan murid dan guru serta beberapa penjual dan pihak luar. 

Antara yang menyertai ialah CIMB Bank, PrudentialBSN, RHB Bank, JPJ, JPAM, dan JKNT. Murid dan guru juga terlibat membuka gerai menjual produk seperti laksa, aiskrim, mee goreng, kerepek, air batu campur, pakaian, serta pewangi.

Pada sebelah malam hari pertama, satu ceramah diadakan di dewan sekolah selepas solat Isyak jam 9 malam yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Kazim Elias.



Mendaftar di kaunter untuk mencuba memanah



Barisan penonton













Bagi memeriahkan acara, persembahan demonstrasi silat dan taekwondo diadakan di perkarangan dewan sekolah itu pada hari kedua. Pelbagai perlawanan diadakan seperti bola sepak dan ping pong. 

Selain itu pihak sekolah juga telah menjemput kelab memanah Rimayah Sunnah Terengganu (RST) bagi memperkenalkan sukan ini kepada para murid dan para guru sekolah ini.  Selama 3 hari dibuka, gerai memanah ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan mencuba memanah, malah membuka peluang untuk mereka menyertai pertandingan mini. Untuk itu, hadiah berupa hamper dan pingat disediakan. Ia disampaikan kepada pemenang pada hari ketiga sambutan acara sekolah ini.












Hari pertama dan kedua, gerai memanah dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala pada hari ketiga dibuka hingga jam 12 tengahari sahaja sebagaimana mengikut jadual aturcara sambutan.  



Artikel - Pertandingan Memanah Compund dan Barebow anjuran RST 24.4.2016

Kredit kepada: Owner, RST
Gambar ihsan: Owner, RST



Assalamualaikum.....


Pada 24.4.2017 yang lalu telah diadakan Pertandingan Memanah Compund dan Barebow anjuran kelab memanah Rimayah Sunnah Terengganu (RST). Acara ini diadakan di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Terengganu dan diadakan buat kali pertama. 

Acara ini disertai oleh hampir 30 orang dari kelab-kelab seperti Meraga Sukma, Geng Memanah Terengganu, Dewan Tok Guru. RST dan HHAC.



Muka juri pemarkahan yang serius sebelum pertandingan bermula



Sedikit taklimat format pertandingan daripada Pengerusi


Antara barisan juri yang komited sepanjang pertandingan walaupun kepanasan












Acara barebow








Bagi acara kategori compound, acara ini diadakan sebanyak 5 pusingan dan 6 panahan (6 arrow 5 end) manakala bagi acara barebow diadakan sebanyak 10 pusingan dan 6 panahan (6 arrow 10 end). 

Makanan dan minuman disediakan oleh pihak urusetia untuk peserta dan hadirin adalah sarapan dan makan tengahari. 


Setiap peserta akan menerima pingat dan hadiah berupa hamper disediakan untuk para pemenang. 

Bagi memeriahkan acara ini, sesi cabutan bertuah disediakan. 

Acara bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 5 petang. 


Artikel - Sekitar Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak 30.4.2017

Kredit kepada: Owner
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Pada 30.4.2017 yang lalu Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak telah mengadakan Hari Sukan untuk semua muridnya dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Antara acara yang diadakan ialah lari bawa bola dengan gelung, susun tin dan banyak lagi. Acara jalan kaki untuk ibu bapa juga diadakan. 








Makan dan minum murid-murid disediakan oleh pihak sekolah. Acara Hari Sukan ini diadakan di Stadium UMT bermula jam 8 pagi hingga 12.45 tengahari bagi Tahap 1 manakala bagi Tahap 2, acara berakhir jam 6 petang.