MY FOLLOWERS

Tuesday, May 2, 2017

Artikel - Ulangtahun ke-40 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong 27-29.4.2017

Kredit kepada: Owner, RST, SMKSA
Gambar ihsan: Owner, RST



Assalamualaikum.....


Pada 27-29.4.2017 yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong, Terengganu, telah mengadakan sambutan Ulangtahun ke-40nya.

Pelbagai acara diadakan termasuk gerai jualan melibatkan murid dan guru serta beberapa penjual dan pihak luar. 

Antara yang menyertai ialah CIMB Bank, PrudentialBSN, RHB Bank, JPJ, JPAM, dan JKNT. Murid dan guru juga terlibat membuka gerai menjual produk seperti laksa, aiskrim, mee goreng, kerepek, air batu campur, pakaian, serta pewangi.

Pada sebelah malam hari pertama, satu ceramah diadakan di dewan sekolah selepas solat Isyak jam 9 malam yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Kazim Elias.



Mendaftar di kaunter untuk mencuba memanah



Barisan penonton













Bagi memeriahkan acara, persembahan demonstrasi silat dan taekwondo diadakan di perkarangan dewan sekolah itu pada hari kedua. Pelbagai perlawanan diadakan seperti bola sepak dan ping pong. 

Selain itu pihak sekolah juga telah menjemput kelab memanah Rimayah Sunnah Terengganu (RST) bagi memperkenalkan sukan ini kepada para murid dan para guru sekolah ini.  Selama 3 hari dibuka, gerai memanah ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan mencuba memanah, malah membuka peluang untuk mereka menyertai pertandingan mini. Untuk itu, hadiah berupa hamper dan pingat disediakan. Ia disampaikan kepada pemenang pada hari ketiga sambutan acara sekolah ini.












Hari pertama dan kedua, gerai memanah dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala pada hari ketiga dibuka hingga jam 12 tengahari sahaja sebagaimana mengikut jadual aturcara sambutan.  



No comments: