MY FOLLOWERS

Thursday, May 24, 2018

Artikel - Papan Kadbod Yang Menakutkan :-D Hahahahaha....

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....






Ada perkara menakutkan berlaku di tingkap bilik tidur rumah Kellie Burkhart!  

Pelajar sekolah tinggi dari Tennessee ini memberitahu HuffPost yang ayahnya mendapat mesej yang mengejutkan daripada jirannya menerusi Facebook. 

"Saya bosan dengan segala yang ada di tingkap bilik anak awak." tulis seorang jiran.

Dari perspektif jiran, tingkap bilik Kellie kelihatan seperti ini setiap malam sejak setahun sebelum itu lagi.....





Dari sebelah dalam bilik ia sebenarnya kelihatan seperti di atas .....






Kellie sebenarnya salah seorang peminat siri tv “Supernatural.” Dia meminati watak Dean Winchester, lakonan Jensen Ackles.

Apabila ayahnya mendapat mesej itu di Facebook, mereka berdua ketawa mengenainya.

Walaupun ia menjadi lawak yang menakutkan, ia telah menjadi viral dengan menerima lebih 53,000 like dan 33,000 retweets.

"Potongan gambar itu masih di situ dan untuk jiran itu, saya tutup bidainya!" katanya kepada HuffPost. 


Keliru antara rasa seram ke nak tergelak:  SINI   



Artikel - Paparan Iklan Yang Sungguh Seksi.. Aauuww! :-)

Kredit kepada: Yahoo Lifestyle
Gambar ihsan: Yahoo Lifestyle


Assalamualaikum.....


Biasanya kalau buat paparan iklan, antara aspek yang dipertimbangkan adalah adakah bersifat terlalu terbuka, seksual atau bagaimana?

Sebuah agensi di London bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam di bandar itu, sering dikritik berikutan pendekatan yang digunakan dalam paparan iklannya. 

Syarikat pakaian Heist Studios telah mengkritik agensi Transport for London (TfL) kerana peraturan pengiklanannya selepas ia diarahkan menutup bahagian belakang model wanita itu dalam kempennya. Dalam poster asal, ia dengan pos yang tidak seksual. Paparan wanita dengan tiada baju adalah terlalu kontroversi untuk paparan di tempat awam. 


Heist Studios mendedahkan ia telah diberi notis oleh Exterion Media, yang memegang kontrak pengiklanan untuk Tube, menyatakan jenama itu 'tidak boleh tanpa berpakaian di London Underground' walaupun bahagian depan dada wanita tidak dipaparkan. 







Panduan pengiklanan mengharamkan iklan yang menunjukkan lelaki, wanita atau kanak-kanak dalam pos seksual atau bogel atau separuh bogel dalam kandungan iklannya. 






Heist Studios bukanlah satu-satunya pihak yang berdepan kritikan Exterion Media, dengan sebahagian tulisan di Twitter menyatakan bahagian belakang masih dikira kegilaan ofensif.


Iklan tanpa kecaman:  SINI     



Hiburan - Marvel's The Defenders

Kredit kepada: Wikipedia, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Siri yang menghimpunkan watak keluaran Marvel dalam satu universe: Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage, dan Iron Fist di bandaraya New York.

Siri ini (miniseries) mempunyai 8 episod dan ditayangkan pada 2017.


Marvel's The Defenders, ialah miniseries laman web ciptaan Douglas Petrie dan Marco Ramirez untuk Netflix, berdasarkan watak komik Marvel iaitu Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage dan Iron Fist yang dihimpun bersama sebagai satu pasukan. Ia berkesinambungan dengan francais filemnya dan saling berkait dengan dalam siri terbitan kerjasama antara Marvel dan Netflix. Diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios, Nine and a Half Fingers, Inc., dan Goddard Textiles.

Siri ini mengambil tempat 6 bulan selepas kejadian dalam siri Daredevil musim kedua dan sebulan selepas kejadian di musim pertama Iron Fist. Mereka saling berdepan musuh yang sama dipanggil The Hand. 



Kerja sepasukan:   SINI  |  SINI   (watchseries)


Animasi - CWSeed Vixen

Kredit kepada: Wikipedia, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Vixen ialah satu siri animasi web daripada penerbit eksekutif Greg Berlanti, Marc Guggenheim dan Andrew Kreisberg, yang mula bersiaran pada 25 Ogos 2015, di saluran stream dalam talian, CWSeed. 

Ia berdasarkan watak keluaran DC Comics iaitu Mari McCabe / Vixen, adiwira wanita dengan kuasa meniru kebolehan pelbagai haiwan yang hidup di bumi. Siri ini ditetapkan dalam alam Arrowverse, sama dengan siri Arrow, The Flash, dan Legends of Tomorrow. Siri ini telah bersiaran hingga musim kedua yang disiarkan pada 13 Oktober 2016. 

Ringkasnya, apabila ibu bapanya terbunuh di Afrika, Mari McCabe mendapat batu kuasa dipanggil Tantu Totem yang memberikannya kuasa meniru haiwan, bagi menghentikan ancaman yang mengamcam keluarganya.    


Kuasa haiwan pemusnah:   SINI  |   SINI   (watchseries)