MY FOLLOWERS

Sunday, June 26, 2016

Ramadhan 2016 - Rahsia Surah al-Kautsar


Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images




Assalamualaikum....






Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh diamalkan, antaranya:-
  • Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. memakbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher, insya Allah hilang dahaga
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan Allah s.w.t berikan ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


Hiburan - Obat Hati - Opick

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images, Youtube



Assalamualaikum....










Sama-sama perbaiki diri dan selamat beramal......


Sumber:  SINI   |  

Sunday, June 19, 2016

Berita - Majlis Ukhuwah dan Berbuka Puasa TAC 10 Ramadhan 1437H (15.6.2016)

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Majlis berbuka puasa di kalangan warga Terengganu Archery Center (TAC) diadakan di Sabasun 2 Gong Badak, Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan pada 15.6.2016 bersamaan 10 Ramadhan 1437H dengan tentatif bermula selepas solat Asar. Majlis ini juga diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara warga pemanah di kawasan pantai timur dan dari kelab pemanah lain. Sekitar 20 orang warga pemanah hadir pada majlis ini. Persiapan dibuat seawal selepas Zohor dengan membeli beberapa keperluan seperti ais, nasi beriani, ayam goreng, cawan, pinggan, dan mangkuk polisterin, sudu dan garfu plastik, dan plastik sampah. Menu lain yang disediakan seperti laksa penang, murtabak, kuih pelita, seri muka, buah-buahan dan kurma adalah disumbangkan oleh para ahli yang hadir.  



Perkongsian bermanfaat sementara menanti waktu berbuka. Menyebut juga hadis-hadis berkaitan memanah serta manfaat, juga pemanah-pemanah hebat di zaman Rasulullah


Hidangan berbuka. Disangka sedikit, tetapi banyak... Alhamdulillahh....






Bagi mengisi slot masa sebelum berbuka, selepas solat Asar, semua ahli berkumpul di surau bagi mendengar tazkirah dan perkongsian mengenai kisah para sahabat Rasulullah yang mahir memanah dan hadis berkaitan yang menyentuh mengenai fadhilat memanah. Tazkirah disampaikan oleh ustaz jemputan yang juga ahli kelab memanah.

Selepas berbuka dan solat Maghrib berjemaah, para ahli dijemput menyertai Cabaran Jati Tunggal di lapang sasar bersebelahan kabin TAC. Semua ahli yang hadir diberikan 1 penyertaan percuma bagi Cabaran Jati Tunggal dan ia terbuka sepanjang bulan Ramadhan ini. Majlis selesai selepas beberapa peserta menamatkan cabaran yang disertai, sekitar jam 9.30 malam.

 




Walaupun majlis ini tidaklah sebesar mana, namun ia tetap diraikan dengan meriah dan menggembirakan. 


Artikel - Busur dan Panah: Membaiki Anak Panah

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Adalah perkara biasa kalau selepas beberapa kali bermain, anak panah akan rosak atau pecah atau tercabut mana-mana bahagian. Anak panah yang biasa ada diperbuat daripada bahan jenis karbon, fiber, buluh atau kayu.


Kerosakan yang biasa berlaku:
  • Mata panah patah, kemek, pecah atau tercabut (longgar atau terlalu kerap berlatih  :-)  )
  • Batang syaf patah, terkoyak, pecah atau bocor (biasanya sebab terlanggar dalam satu grouping)
  • Sirip (fletcher) terkoyak, tercabut atau bulu tertanggal
  • Bahagian knocking belakang pecah, tercabut


Beberapa perkara yang saya perlukan untuk membaiki panah yang rosak ialah heat gun, gam, gunting, benang, gergaji kecil, alat pengepit panah (flexing jig), bahagian gantian untuk syaf, mata panah, sirip (sama ada jenis getah atau bulu plastik), dan knocking belakang (biasanya jenis plastik, tidak perlu bagi syaf jenis buluh dan kayu).


 


Alat flexing jig


Yang masih dalam proses baikpulih


Bersama koleksi sirip gantian


Heat gun dan gergaji kecil


Untuk panah jenis karbon dan fiber

Semua mata panah dibuat daripada besi, sama ada untuk panah jenis fiber, karbon, kayu dan juga buluh. Kalau untuk tukarkan mata panah yang rosak, katakanlah disebabkan hujung syaf yang dekat dengan mata panah pecah, mula-mula panaskan hujung syaf itu menggunakan alatan heat gun selama beberapa saat dan tanggalkan mata panah. Proses pemanasan dibuat bagi mencairkan gam asal yang melekatkan mata panah. Kemudian potong sedikit bahagian syaf yang pecah dan pasangkan semula mata panah yang sudah dititis dengan sedikit gam. Gantikan dengan jenis mata yang sesuai dengan saiz diameter batang panah (syaf).

Kaedah sama boleh juga digunakan untuk kes mata panah asal yang tertanggal. 


Untuk kes bahagian knocking belakang, kena lihat jenis yang dipasang sama ada jenis pasang di dalam batang syaf atau di luar. Biasanya yang saya dapati, kebanyakan knocking dibuat daripada bahan plastik. Jadi, kalau dipasang di luar batang panah, biasanya tidak dapatlah dicabut dengan memanaskannya menggunakan heat gun sebab bahan plastik akan cair. Melainkan kalau ia sudah tertanggal sendiri (mungkin sebab tidak digam dengan baik atau sudah memang longgar). Kalau dilekat dalam batang syaf, maka boleh sahaja dipanaskan sedikit di bahagian luarnya dan boleh terus dicabut. Pasang knocking baru yang sesuai dengan diameter batang panah itu.


Untuk kerosakan bahagian sirip (fletcher), mula-mula pasangkan batang panah pada jig dan tetapkan bahagian pengepitnya. Kepitkan sirip gantian pada pengepit, sapukan gam dan lekatkannya pada batang panah. Pastikan juga jarak antara sirip dan knocking belakang sama dengan jarak asalnya. (Jarak ini adalah sebagai ruang meletakkan jari ketika memanah) Begitu juga dengan sudut antara sirip-sirip yang dipasang. Biarkannya beberapa minit dan cabut pengepit.

Kalau kes batang panah rosak teruk (katakanlah bahagian sirip, knocking dan mata panah semuanya masih baik), nampaknya terpaksalah cabut kesemuanya dan pasang pada batang panah yang baru. Lagi mudah beli sahaja panah yang baru manakala sirip, knocking dan mata panah daripada batang panah yang rosak itu, simpan sahaja sebagai alat ganti :-)  (hahahaha!)




Hujung ditutup buat sementara bagi kerja baikpulih panah, sebelum dikepit pada flexing jig


Bagi panah yang rosak di bahagian ini, boleh juga gantikan dengan knocking jenis fast shooting


Selesai benang diikat, sapukan sekitar benang untuk elakkannya terputus dengan mudah


Jomm main!



Untuk panah jenis kayu dan buluh

Bagi kerosakan mata panah dan sirip, prosesnya sama sahaja dengan panah jenis karbon dan fiber. Bezanya untuk menggantikan sirip, kena tanggalkan dahulu benang yang melilit bahagian depannya dan belakangnya (tengok keadaan).

Bahagian knocking belakang dibuat sekali dengan batang panahnya, jadi tidak perlu risau sangat untuk mencabutnya. Melainkan kalau berlaku kes pecah, maka bahagian pecah perlulah dipotong, tanggalkan benang yang ada pada panah, sirip dicabut dan dipasang semula dengan dianjak sedikit jaraknya ke depan. Gergajikan sedikit hujung belakang sebagai ruang knocking baru. Kemudian ikatkan benang pada ruang antara sirip dan knocking, dan bahagian depan sirip. Sapukan gam pada seluruh benang untuk elakkannya tertanggal. Kalau mahu gunakan knocking lain, gunakan jenis yang pasang di luar.



Artikel - Beratnya Stonehenge......

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Monumen terkenal Stonehenge membingungkan para saintis dan pengunjung. Kerja mengalihkan batuan seberat 2 tan sejauh 140 batu dari bukit Preseli di Pembrokeshire, Wales, pasti sangat memenatkan.

Namun para arkeologi dari Kolej Universiti London telah membuat replika sama dan dalam eksperimen yang mereka jalankan, mereka mengalihkannya dengan menggolekkannya atas kayu. Hasilnya mereka hanya perlukan 10 orang yang membuatkan saintis percaya sekumpulan 20 orang boleh membantu mencantum setiap batu Stonehenge.

Walaubagaimanapun, keadaan sedikit berbeza dengan yang asal ketika Stonehenge dibina sebab ia dilakukan di atas permukaan jalan yang rata dan saiz batu replika adalah separuh saiz blok Stonehenge yang asal.

Menurut maklumat saluran History, batu Stonehenge dibina sekitar 5000 tahun yang lalu mungkin menjadi tempat suci penduduk di situ ketika itu untuk tujuan pengkebumian. Lingkaran luarnya dibina dengan batu pasir Sarsen dan lingkaran dalamnya dibina dengan batuan lain yang lebih kecil.

Hipotesis sebelum ini mencadangkan Stonehenge dibina menggunakan bahan seperti bekas anyaman rotan gergasi dan digerakkan dengan lembu jantan. Manakala kayu luncur yang digunakan untuk menggerakkan bahan ini telah digunakan sejak zaman China purba lagi mungkin untuk mengalihkan batu seberat 125 tan di Kota Larangan di China. Kaedah ini masih digunakan di India hari ini. 



Sumber berat tak terangkat:  SINI  |     



Artikel - Sistem Bintang dan 3 Planet Baru

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Menjejaki kehidupan di luar sistem solar bukannya mudah tetapi menemui beberapa tempat, bintang sejauh 40 tahun cahaya yang mempunyai 3 planet bersaiz bumi dan zon boleh hidup. Itu menurut Phys.org. 

Planet berkenaan masing-masing bersaiz 1.11, 1.05, dan 1.16 kali saiz bumi, bermakna sistemnya menyamai sistem kita berbanding Musytari, Marikh dan bumi, yang ada dalam zon boleh hidup kita. Bezanya bintang dalam sistem ini sangat kecil dan lebih kecil daripada bintang kita. Semua 3 eksoplanet dalam sistemnya mengorbit sangat dekat dengan bintang mereka, maka suhu di planet-planet itu masih agak selesa.


Saintis menemui planet-planet ini menggunakan teleskop bersaiz 60cm dipanggil TRAPPIST (TRAnsiting Planets and PlanetesImals Small Telescope) beroperasi di University of Li├Ęge, di Chile.

Sistem bintang itu sangat dekat dan saintis dapat melihat komposisi atmosfera planet-planet berkenaan, maka jika ia mengandungi kehidupan, tanda wujudnya organisma boleh dikesan.


Hakikat bahawa bintang dalam sistemnya sangat kecil dan bermanfaat kepada kehidupan kerana ia mampu mengekalkan kilauannya selama berbilion tahun dan ia merupakan persekitaran yang stabil kepada kehidupan untuk berkembang. Bintangnya yang malap membuatkan planetnya senang untuk dikesan oleh saintis.

Disebabkan semua planet begitu dekat antara satu sama lain, membuatkannya nampak jelas di langit jika dilihat dari permukaan planet masing-masing. Bayangkan sendiri jika setiap planet ada hidupan, ia pasti menjadi satu pengalaman menakjubkan melihat kehidupan berkembang di setiap planet. Namun ia masih satu fantasi buat masakini.

Saintis kini masih menjalankan kajian jika ia boleh ada hidupan dan jenis atmosferanya. Mereka juga akan mencari penanda biologi dan tanda kehidupan menggunakan peralatan yang ada di seluruh dunia dan di angkasa, dengan isyarat UV dan radio dalam jarak gelombang yang pelbagai bagi mengetahui segalanya tentang sistem itu.



Sumber jauh di hujung angkasa:  SINI  |     


Sekadar Luahan - Catatan Panahan 2016 Bhgn 3

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan: -




Assalamualaikum.....


TAC di Minggu PKS, Taman Syahbandar Kuala Terengganu 19.5.2016-25.5.2016



Kali ini TAC dijemput menyertai karnival dipanggil Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang diadakan di Taman Syahbandar Kuala Terengganu. Karnival ini diadakan dari 19.5.2016 hingga 25.5.2016. Karnival ini yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman telah diadakan bersama Minggu OTOP Thailand adalah anjuran kerajaan negeri Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), dengan kerjasama kerajaan Thailand. Sekitar 110 gerai jualan dibuka ditempatkan di bawah dua kanopi besar berdekatan stesen bas Astaka dan pasaraya Hock Kee Seng di situ. Karnival ini memberi peluang kepada usahawan tempatan bukan sahaja untuk mencuba produk-produk baru keluaran usahawan tempatan tetapi juga produk dari Thailand. Antara yang membuka gerai ialah gerai Ruhaini bt Mohamad, A'nad Fish Cracker, Coway, TM Point, Zam Royo, Takaful Ikhlas, AIA Public Takaful, PrudentialBSN Takaful, Perodua, Gerobox Gorgeous, dan banyak lagi.






TAC membuka gerai bersebelahan gerai servis kenderaan dan gerai Perodua dari arah Astaka. Sebagaimana karnival, TAC juga mengikut waktu operasi karnival dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain sewaan yang memberi peluang kepada orang ramai mencuba aktiviti memanah, gerai ini juga menjual peralatan dan keperluan memanah seperti busur Jati Tunggal, arm guard, anak panah, buku serta baju. Busur dijual secara pakej bersama 2 anak panah dan tali, dengan harga RM189. Manakala pakej kedua ialah busur disertakan tali, 2 anak panah, arm guard dan kertas sasaran, dengan harga RM250.




Insiden pada malam itu.... terpanah panah lain..


Antara yang menarik...

Biasanya pada sebelah pagi, suasana agak sepi dengan kunjungan orang ramai. Mungkin juga sebab di awal karnival, ia jatuh pada hari persekolahan. Keadaan akan mula rancak sedikit selepas tengahari dan malam. Keadaan sama juga pada hari minggu. Maka adalah sedikit masa untuk berkunjung sekejap ke gerai-gerai yang ada untuk melihat produk yang dipasarkan.

Pada sebelah petang, rakan seangkatan TAC mempergiatkan promosi dengan memanah pada jarak di luar kanopi bagi menarik orang ramai ke tempat sewaan memanah. Hasilnya agak memuaskan bukan sahaja dapat menarik yang dewasa malah juga kanak-kanak.

Selain itu kanopi TAC juga dikunjungi warga asing yang menjadi penuntut di IPT tempatan serta pasangan OKU (bisu). Berdasarkan ceritnya, mereka juga sudah lama berpengalaman memanah bersama kumpulan kembara memasuki hutan belantara.



Pasangan OKU mencuba cabaran yang disediakan


Berehat menunggu ketibaan nasi  :-)






Antara produk dijual ialah penapis air, serunding, keropok, sate, ikan bakar, nasi kerabu, kebab, pakaian, terapi garam bukit, produk kecantikan dan kesihatan, sabun, syampu, barangan elektrik, takoyaki, dim sum, barangan hiasan, pakaian haji dan kopiah, memanah, servis membaiki kenderaan, serta perkhidmatan gunting rambut.

Selain itu di pentas persembahan juga diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, pertunjukan fesyen muslimah dan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Kazim Elias. 




Warga asing pun mencuba   :-)



Itu dia.... bila cabaran disahut!



Menjelang dua hari terakhir karnival, TAC juga membuka peluang kepada para ahli dan orang ramai menyertai permainan Cabaran Memanah Jati Tunggal. Peserta perlu memanah tali guni dan botol plastik yang digantung bagi mengutip mata. Pemenang dikira berdasarkan rekod tertinggi dan hadiah disediakan berupa piala pusingan dan pingat.



Hiburan - Kalah Dalam Menang - Mawi feat Syamsul Yusof

Kredit kepada: Youtube
Gambar/Video ihsan: Youtube



Assalamualaikum.....







Sumber rujukan:  SINI  |   



Friday, June 10, 2016

Sekadar Luahan - Catatan Panahan 2016 Bhgn 2

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan:   -



Assalamualaikum.....


TAC di Berkat 1.0, Chabang Tiga 13-14.5.2016


Pada 13.5.2016, persediaan dibuat di tapak karnival iaitu pada sebelah petang selepas solat Jumaat berdekatan Pasar Chabang Tiga yang baru. Acara ini anjuran PAS Dun Bandar, Kuala Terengganu. Di bahagian kanopi memanah, tirai belakang dinaikkan. Berbanding ketika di karnival di Sabasun Gong Badak sebelum ini yang menggunakan tiang stand untuk meletakkan sasaran ini, kali ini muka sasaran atau target face digantung sahaja. Senang sedikit sebab acara berlangsung sehari sahaja pada keesokannya. 



Antara program yang disediakan untuk para hadirin



Antara tentatif program acara kali ini






Para muslimah juga tidak ketinggalan mencuba memanah tradisional









Keesokannya 14.5.2016, acara bermula sekitar jam 10 pagi. Selain memanah, antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan, bacaan ayat suci al-Quran oleh para pelajar sekolah rendah, pertandingan memancing, persembahan silat, dan sukaneka PASTI.  

Makan minum untuk sebelah tengahari disediakan oleh pihak penganjur di kanopi karnival. Sebelah tengahari selepas Zohor, diadakan pertandingan memancing di sungai berdekatan. Acara lain masih berjalan hingga selepas Asar. 


Sekadar Luahan - Catatan Panahan 2016 Bhgn 1

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan:  -



Assalamualaikum.....


TAC di Karnival Usahawan Anak Terengganu 26.4.2016-1.5.2016


Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) diadakan di perkarangan Sabasun Hyperuncit Gong Badak pada 26.4.2016 hingga 1.5.2016. Sekitar 50 usahawan kecil dan sederhana menyertai karnival kali ini yang memperkenalkan produk hasil anak tempatan seperti makanan, pakaian, set komputer serta produk insurans dan takaful. Majlis pecah tanah diadakan pada 29.4.2016 dan dirasmikan oleh YAB Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu. Dalam ucapannya juga beliau turut menyatakan beberapa rancangan untuk membangunkan kompleks Sabasun Hyperuncit yang baru setinggi 4 tingkat yang akan membolehkan lebih banyak lagi produk tempatan diperkenalkan.

Di samping itu, juga diadakan persembahan pentas disertai para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Terengganu ini dengan persembahan nyanyian dan nasyid.

Persediaan setiap pagi bila waktu karnival bermula...


Antara barangan jualan



Hhmmmm...



Setiap panah yang perlu dibaiki dibawa ke sini....


Persembahan pentas si cilik


Warga kerja Terengganu Archery Center (TAC) juga menyertai karnival ini. Memandangkan kabin untuk sewaan dan jualan alatan memanah dalam kawasan pasaraya ini, maka lebih memudahkan lagi urusan orang ramai yang berminat bukan sahaja untuk sewaan bahkan juga membeli peralatan memanah yang dijual. Antaranya busur pvc dan fiber, anak panah kayu dan buluh, quiver, pelindung jari dan tangan, set panah untuk kanak-kanak serta buku berkaitan memanah.

Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Sepanjang karnival ini, TAC juga menawarkan kepada orang ramai mencuba memanah dengan hanya RM5 untuk 8 panahan untuk panahan biasa. Selain itu dibuka juga peluang untuk meyertai permainan panahan iaitu memanah botol dan bola, busur silang (jenis kayu, yang untuk demo), Rush Hour dan tic-tac. Hadiah disediakan kepada para pemenang ialah hamper untuk Rush Hour, set cawan untuk tic-tac serta beberapa saguhati.  



YAB Menteri Besar Terengganu sewaktu ucapan semasa Majlis Pecah Tanah, diadakan di kawasan parkir Sabasun 2 Gong Badak



Antara hadiah dan saguhati yang disediakan untuk permainan tic-tac panah


Combat archery juga diperkenalkan


Dari sudut cabaran, suasana biasanya lengang dari pagi hingga selepas Asar walaupun ketika itu ada cuti umum. Tidak ramai yang datang pada waktu itu. Suasana akan menjadi sibuk apabila menjelang malam sehingga ditutup sekitar jam 10 malam. Biasanya akan berhenti sekejap bila tiba waktu solat atau tiada orang datang. Adakalanya menjadi ramai sehingga terpaksa beratur. Yang datang bermain bukan semestinya yang seorang, ada yang datang berkumpulan, ada yang berkeluarga, ada pula yang bermain hingga beberapa pusingan. Memanglah duit dikata 'masyukk' tetapi sesuailah dengan tahap kesibukannya.

Kalau di sebelah malam, ada beberapa kali kami terpaksa berdepan dengan masalah sambungan elektrik yang menyebabkan lampu terpadam beberapa minit.