MY FOLLOWERS

Friday, June 10, 2016

Sekadar Luahan - Catatan Panahan 2016 Bhgn 1

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan:  -



Assalamualaikum.....


TAC di Karnival Usahawan Anak Terengganu 26.4.2016-1.5.2016


Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) diadakan di perkarangan Sabasun Hyperuncit Gong Badak pada 26.4.2016 hingga 1.5.2016. Sekitar 50 usahawan kecil dan sederhana menyertai karnival kali ini yang memperkenalkan produk hasil anak tempatan seperti makanan, pakaian, set komputer serta produk insurans dan takaful. Majlis pecah tanah diadakan pada 29.4.2016 dan dirasmikan oleh YAB Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu. Dalam ucapannya juga beliau turut menyatakan beberapa rancangan untuk membangunkan kompleks Sabasun Hyperuncit yang baru setinggi 4 tingkat yang akan membolehkan lebih banyak lagi produk tempatan diperkenalkan.

Di samping itu, juga diadakan persembahan pentas disertai para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Terengganu ini dengan persembahan nyanyian dan nasyid.

Persediaan setiap pagi bila waktu karnival bermula...


Antara barangan jualan



Hhmmmm...



Setiap panah yang perlu dibaiki dibawa ke sini....


Persembahan pentas si cilik


Warga kerja Terengganu Archery Center (TAC) juga menyertai karnival ini. Memandangkan kabin untuk sewaan dan jualan alatan memanah dalam kawasan pasaraya ini, maka lebih memudahkan lagi urusan orang ramai yang berminat bukan sahaja untuk sewaan bahkan juga membeli peralatan memanah yang dijual. Antaranya busur pvc dan fiber, anak panah kayu dan buluh, quiver, pelindung jari dan tangan, set panah untuk kanak-kanak serta buku berkaitan memanah.

Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Sepanjang karnival ini, TAC juga menawarkan kepada orang ramai mencuba memanah dengan hanya RM5 untuk 8 panahan untuk panahan biasa. Selain itu dibuka juga peluang untuk meyertai permainan panahan iaitu memanah botol dan bola, busur silang (jenis kayu, yang untuk demo), Rush Hour dan tic-tac. Hadiah disediakan kepada para pemenang ialah hamper untuk Rush Hour, set cawan untuk tic-tac serta beberapa saguhati.  



YAB Menteri Besar Terengganu sewaktu ucapan semasa Majlis Pecah Tanah, diadakan di kawasan parkir Sabasun 2 Gong Badak



Antara hadiah dan saguhati yang disediakan untuk permainan tic-tac panah


Combat archery juga diperkenalkan


Dari sudut cabaran, suasana biasanya lengang dari pagi hingga selepas Asar walaupun ketika itu ada cuti umum. Tidak ramai yang datang pada waktu itu. Suasana akan menjadi sibuk apabila menjelang malam sehingga ditutup sekitar jam 10 malam. Biasanya akan berhenti sekejap bila tiba waktu solat atau tiada orang datang. Adakalanya menjadi ramai sehingga terpaksa beratur. Yang datang bermain bukan semestinya yang seorang, ada yang datang berkumpulan, ada yang berkeluarga, ada pula yang bermain hingga beberapa pusingan. Memanglah duit dikata 'masyukk' tetapi sesuailah dengan tahap kesibukannya.

Kalau di sebelah malam, ada beberapa kali kami terpaksa berdepan dengan masalah sambungan elektrik yang menyebabkan lampu terpadam beberapa minit.



No comments: