MY FOLLOWERS

Friday, December 24, 2010

Sekadar Luahan - Tersilap??

Kredit kepada: Kak Ieda Al-Habsyi, Nadia Rahimi   
 Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum...



Sebelum ini saya pernah menyiarkan satu post dengan tajuk yang sama, tetapi dalam isu berlainan. Kali ini, berkaitan jantina.

Saya pernah membuat tinjauan secara rawak (random) berkenaan jumlah pengikut blog mengikut jantina. Disertakan juga jadual serta carta berkaitan maklumat yang diperoleh. Ingin saya maklumkan, berkaitan jantina pengikut sesebuah blog, saya hanya mengagak sahaja berdasarkan gambar kecil (thumbnail) profailnya dan juga gaya bahasa penulisan di blognya. Dengan jumlah penulis blog yang ramai, mana mungkin saya dapatkan maklumat secara terperinci setiap penulis blog melainkan blog saya mempunyai himpunan data seperti di Jabatan Pendaftaran Negara!

Walaubagaimanapun, ada juga blogger yang sempat berfikir adakah blog yang dilayari itu ditulis oleh lelaki atau perempuan? :-D 

Anda boleh lihat post berkaitan di blog Kak Ieda untuk membaca luahannya. Saya telah membacanya, malah sengaja saya berikan sedikit cabaran kepadanya meneka jantina saya di ruangan komen bagi post yang sama.




Tanpa disangka-sangka, menerusi ruangan komen di post ini di blog saya, ini maklumbalas yang saya terima.



Untuk menjawab soalan Kak Ieda dan para pembaca yang masih tertanya-tanya akan jantina saya, barangkali maklumbalas di post blog lain mampu memuaskan hati anda.




Saya akui, dunia maya mampu menjadi medan menyampaikan pengetahuan dan maklumat secara meluas, tanpa sempadan. Pun begitu, tidak bermakna ia tidak mempunyai kelemahan kerana dunia maya ini juga ciptaan manusia. Dalam hal ini, persoalan berkaitan jantina si penulis blog berkenaan.


HAPPY BLOGGING!!  :-D

13 comments:

rammyd said...

ohhh... so org kompius ni awk lelaki ke perempuan ek?

+qAsiH naDiRa+ said...

o0o..laki...hahaha!terjah anda!!!

adrinaqamarina said...

kte rasa lelaki. bukan ari tu ade cakap ke. haha. entah laaa.

:)

NADIA RAHIMI said...

hihi. boleh agak sebenarnya lelaki sebab 'blade edge' tu sendiri. :)

syira aka sepatu hijau said...

salam

kadang-kadang dari penulisan kita dapat membezakan beliau lelaki or perempuan.

dan saya anda sebaliknya ...ngeee

Cikbelog said...

ha ah la kan. awak laki ke pompuan? jangan risau, kalau lelaki, saya tak ngorat awak.haha

mardhiah ismail (: said...

i think u are man :)

si suraya said...

lelaki kot, macam banyak robot robot ni. haha :D

Amirrah Zawani said...

rasanya lelaki kot.. blog ni tak nampak macam blog pompuan pun.. ekeke!! :D

Nurulbadiah Lai said...

saya TAHU AWK LELAKI!HEHEHE

BLADE EDGE said...

salam...

rammyd: konpius ke? :-)

qasih, adrina: mmg saya laki pun :-)

nadia: kalo saya letak nama yg 'auuww' pulak mcmana??

syira: drp tulisan mmg susah nk tau..

cikbelog: tak ngorat? kan ke awak pmpuan?? :-)

mardhiah: btul la tu..

suraya: cuma saya bukan robot jer :-)

amirrah: btul..

nurul: tahu takpe :-DDDD

shzyswl said...

jgn biarkan hidup follower anda diselubungi misteri wawawa

NADIA RAHIMI said...

haha. nama okay lagi. cuba buat warna blog yang aww pasti tak dapat dikenalpasti :p