MY FOLLOWERS

Wednesday, July 27, 2016

Artikel - Majlis Jamuan Hari Raya di Showroom UMW Toyota Kuala Terengganu 24.7.2016

Kredit kepada: UMW Toyota K.Trg
Gambar ihsan:
Owner


Assalamualaikum.....


Sekitar majlis jamuan hari raya diadakan di bilik pameran UMW Toyota Kuala Terengganu. Majlis diadakan dari jam 12 - 3 petang. 










 

Selamat Hari Raya Aidilfitri ... Maaf Zahir dan Batin    :-)


Artikel - Panahan Ria Raya Anjuran Kelab Memanah Geng Memanah Terengganu (GMT), Chendering 23.7.2016

Kredit kepada: TAC, GMT, semua kelab memanah yang terlibat
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Poster acara kali ini


Acara straight shooting - antaranya diadakan dengan cara duduk, berdiri dan memanah dengan berpaling ke belakang



Mendengar taklimat penganjur sebelum acara clout shooting








Juri mengira markah



Hidangan disediakan untuk tetamu


Promosi jualan untuk barangan memanah seperti busur Jati Tunggal, klasiki, jenis PVC, dan anak panah



Sebelum mengumumkan pemenang




Apahal yang sampai ternganga tu??  Hahaha....


Berehat sementara menanti pengumuman pemenang cabaran kali ini





Antara yang memenangi cabaran kali ini  .......








23.7.2016
Acara memanah dinamakan Panahan Ria Raya anjuran kelab memanah Geng Memanah Terengganu (GMT) telah diadakan di kawasan lagun Chendering, iaitu satu kawasan lapang selepas sampai ke pagar Sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu. Sekitar 30 orang peserta menyertai acara yang diadakan kali pertama ini. Antara pasukan yang menyertai ialah Geng Memanah Terengganu (GMT), Terengganu Archery Center (TAC), Dewan Tok Guru (DTG) Rusila, WT Archery, Binjai TK, As-Sakaf Archery dari Setiu, Meraga Sukma, dan HHAC. 
 
Dua kategori acara dipertandingkan kali ini iaitu Straight Shooting sejauh 25 meter dan Clout Shooting sejauh 50 meter.  Berbeza kali ini, papan sasaran untuk acara straight shooting dilukis dengan imej ketupat dan beberapa kuih raya. Setiap bahagian ketupat diberi mata. Hadiah berupa sijil, hamper dan pingat disediakan kepada para pemenang bagi kedudukan 1 hingga 10. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur seperti nasi dagang, mee goreng dan kuih-muih. Acara ini bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang.      



Artikel - Majlis Raya dan BOP di Pejabat PMB 22.7.2016

Kredit kepada: PMB
Gambar ihsan:
Owner


Assalamualaikum.....





Perkongsian oleh GAM Wan Syamzari


22.7.2016
Majlis Raya dan BOP diadakan di pejabat PMB Jalan Air Jernih selepas solat Jumaat jam 2.30 petang. Setiap ejen boleh membawa prospek atau klien untuk memeriahkan majlis. Antara hidangan disediakan untuk para tetamu ialah ketupat, nasi himpit, sate, kuih-muih, laksa, kurma, kek pisang, asam gumpal dan aiskrim. 

Sesi BOP disampaikan oleh GAM Wan Syamzari dan Asmariza Yusof. Sesi BOP adalah bagi memperkenalkan serba sedikit tentang latar belakang syarikat dan bisnes ini yang telah bermula sejak 1990an lagi. Selain itu turut diadakan ialah penyampaian hadiah kepada pemakai busana tercantik dan kutipan derma kepada salah seorang ejen berpangkat AS yang kurang bernasib baik.   




Artikel - Bengkel PMB: Bagaimana Mendapatkan Jualan Melebihi RM10 Juta Setahun 21.7.2016

Kredit kepada: PMB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....





21.7.2016
Malam ini diadakan bengkel dengan perkongsian bertajuk How To Close More Than RM10 mil. Sales Annually. Perkongsian malam ini diadakan jam 8.30 malam dan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu GAM Wan Syamzari dan Asmariza Yusof. Turut dikongsikan beberapa tips serta pengalaman bagaimana untuk tingkatkan jualan untuk semua ejen, terutama bagi mereka-mereka yang bergiat secara separuh masa. Antaranya perlu tahu: 
  1. Yang dipanggil sebagai "The biggest WHY?"  Semua orang perlukan masa bersama keluarga selain daripada kerja. Perlu juga tahu apa yang dicari dan dikejar dalam hidup. 
  2. Perlu juga uruskan masa dengan sebaiknya.
  3. Kenal diri sendiri dan jadilah berbeza daripada orang lain. Jadikan diri kita ini sebagai satu jenama untuk orang lain mudah kenali kita supaya mudah dapatkan jualan. Selain itu, untuk jimatkan masa bukan semestinya buat kerja berseorangan, boleh bekerja dengan pasangan dan dalam kumpulan.
  4. Jadilah orang yang kreatif dan banyakkan strategi.

Sesi soal jawab turut dibuka kepada para hadirin bagi mendapatkan penjelasan lanjut.   



Artikel - Bengkel dan Perjumpaan HijrahRM Group dan PMB 18-20.7.2016

Kredit kepada: PMB, HijrahRM Group
Gambar ihsan: Owner, Google Images 



Assalamualaikum.....




18.7.2016
Perjumpaan bersama salah seorang leader iaitu En WKM diadakan di bilik perjumpaan di PMB Jalan Air Jernih membincangkan mengenai keadaan pasaran saham sekarang ini. Antara yang dikongsi dan perlu juga tahu bahawa apabila kadar faedah naik, saham akan turun, begitu juga sebaliknya. Terdapat dua jenis pasaran atau market yang perlu tahu iaitu bull market dan bear market. Pasaran adalah tidak boleh dikawal, boleh berubah dengan adanya pelbagai spekulasi dan keadaan politik semasa juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada keadaan itu. 

Tugas ejen pula adalah membantu pelabur untuk mengembangkan dana yang dilabur, serta menguruskan dana. Bagi pelabur, adalah penting untuk mereka tahun tentang keadaan pasaran semasa serta tahap risiko sesuatu pelaburan yang ingin disertai bagi mendapatkan pulangan yang maksimum dan bagi masa panjang.

Juga disentuh ialah spekulasi yang juga menjadi sebab berubahnya harga saham di pasaran. Sekitar 10 orang hadir mendengar perkongsian bagaimana mendapatkan jualan tinggi dan nasihat yang diberikan. Perjumpaan diadakan jam 8 malam. 







19.7.2016
Perjumpaan diadakan jam 8 malam di bilik perjumpaan di perjabat PMB Jalan Air Jernih Kuala Terengganu. Perjumpaan ini diadakan bagi berkongsi ilmu dan beberapa lagi tips penting bagi menjalankan bisnes ini. Antara yang dikongsikan ialah beza antara perlindungan (protection), simpanan (saving), pelaburan (investment) dan faraid, yang kebanyakan orang masih keliru. Maka dalam perbincangan kali ini ditekankan tentang perlunya untuk semua orang untuk jelas mengenai keadaan pasaran, prospek, dana yang terlibat dan objektif sesuatu pelaburan.

Juga dikongsikan apa yang mungkin menjadi kesilapan sesetengah pihak dalam merancang kewangan anak-anak di masa depan. Perancangan awal adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah di masa depan seperti terpaksa membuat pinjaman dan menanggung hutang yang banyak. Perkongsian disampaikan oleh dua leader berpangkat AS dan AM yang berpengalaman. 





20.7.2016
Perjumpaan malam ini diadakan sekitar 8.30 malam bagi mengumumkan dua lagi dana baru iaitu POEF dan PIOEF yang akan dilancarkan secara rasmi bermula Ogos 2016 ini. Perkongsian malam ini disampaikan oleh staf, Miss Wee berkongsi mengenai kedua-dua dana ini menyentuh tentang skop pasaran sasaran serta potensi pasaran.



Friday, July 22, 2016

Artikel - Pakar Genetik Mengiktiraf Wanita Muslimah Paling Bersih Di Dunia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....




Seorang pakar genetik bernama Robert Guilhem telah mengisytiharkan keislamannya setelah kagum dengan ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan tentang Masa Iddah (iaitu tempoh menunggu selama tiga bulan bagi wanita, untuk boleh menikah lagi) bagi wanita Muslimah yang diceraikan oleh suaminya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam.

Guilhem, membuktikan dalam penelitiannya, bahawa jejak rekam seorang lelaki di tubuh wanita akan hilang setelah tiga bulan. Guilhem yakin dengan bukti-bukti ilmiahnya. Bukti-bukti itu menyimpulkan bahawa hubungan persetubuhan suami isteri akan menyebabkan lelaki meninggalkan sidik (rekam jejak) khususnya pada perempuan.

Jika pasangan ini setiap bulannya tidak melakukan persetubuhan maka sidik itu akan perlahan-lahan hilang antara 25-30 peratus. Dan, setelah tiga bulan berlalu, maka sidik itu akan hilang secara keseluruhan.

Sehingga perempuan yang diceraikan itu bersedia untuk menerima benih lelaki lain. Bukti empiris ini mendorong pakar genetik Yahudi ini melakukan penelitian dan pembuktian di sebuah perkampungan Afrika Muslim di Amerika.

Dalam penelitiannya, ia menemukan bahawa setiap wanita Muslim di sana hanya mengandung benih pasangan mereka saja. Sementara penelitian ilmiah di sebuah perkampungan lain di Amerika (perkampungan bukan Muslim) membuktikan bahawa wanitanya yang hamil memiliki kesan tinggalan benih beberapa orang lelaki, dua hingga tiga.

Maknanya, wanita-wanita bukan Muslim di sana juga melakukan hubungan intim dengan lelaki selain pernikahan yang sah. Yang mengejutkan pakar ini adalah ketika dia melakukan penelitian ilmiah terhadap isterinya sendiri.

Ternyata ia menemui bukti isterinya memiliki tiga kesan benih lelaki lain sekaligus sebagai bukti isterinya curang. Daripada penelitiannya, hanya satu sahaja daripada tiga orang anaknya yang berasal daripada dirinya setelah dia melakukan ujian DNA kepada anak-anaknya. 

Setelah penelitian-penelitian yang dilakukannya, ia meyakini bahawa hanya Islamlah yang menjaga martabat perempuan, dan menjaga keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin, bahawa wanita muslimah adalah wanita paling bersih di muka bumi ini.  

Guru besar anatomi perubatan di Pusat Nasional Mesir, dan perunding perubatan, Dr. Abdul Basith As-Sayyid menegaskan bahawa Robert Guilhem, pemimpin Yahudi di Albert Einstein College, dan pakar genetik ini mengumumkan dirinya masuk Islam, ketika ia mengetahui hakikat empiris ilmiah, dan kemukjizatan Al-Quran tentang penyebab penentuan iddah (masa tunggu) perempuan yang dicerai suaminya dengan masa 3 bulan. (Dian Bango Alamanda)



Sumber jauh dari kekotoran:  SINI   |    


Nota:
Sidik mungkin merujuk kepada benih atau sperma lelaki
Jejak rekam mungkin merujuk kepada kesan tinggalan benih




Hidupan Liar - Haiwan Juga Boleh Senyum.. Apa Kata Pakar?

Kredit kepada: Mother Nature Network
Gambar ihsan: Mother Nature Network



Assalamualaikum.....

Bukan manusia sahaja ada emosi, haiwan juga ada emosi. Kalau bagi manusia, ia menggambarkan perasaan gembira, apa pula kata pakar mengenai emosi ini pada haiwan?

Ada satu kajian terbaru mendedahkan ada kemungkinan sesetengah haiwan memang menyatakan emosi gembiranya apabila ia senyum. Pada 1872, Charles Darwin ada menulis tentang anjing yang 'tersengih' dan monyet yang 'tertawa' apabila digeletek. Namun sains moden masih tidak jelas tentang sejauh mana perasaan haiwan dan apa emosi yang dialami ketika itu.     

Kajian dari Universiti Emory mendapati anjing mampu beremosi dan Nicholas Dodman, ketua di bahagian sifat haiwan di Cummings School of Veterinary Medicine di Universiti Tufts berkata anjing juga ada sifat lucu dan boleh ketawa. Bunyi ketawanya kedengaran bernafas keluar dengan laju.  

Beliau juga percaya saintis memandang rendah perihal emosi haiwan terutamanya bagi spesis domestik seperti kucing dan anjing. Sedekad lalu, banyak teori muncul yang mengaitkan emosi seperti takut, sedih, marah, cemburu, malu dan gembira pada haiwan.Ini berdasarkan info dari Ecology Global Network.   

Dalam dunia haiwan, tunjuk gigi boleh bermaksud ancaman atau tanda ketakutan.  














Sumber penuh dengan senyuman:  SINI  |