MY FOLLOWERS

Friday, July 22, 2016

Hiburan - The Tomorrow People

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




The Tomorrow People ialah satu siri drama bercorak sains fiksyen yang dikembangkan oleh Greg Berlanti, Phil Klemmer, dan Julie Plec untuk siaran di saluran CW bagi tahun 2013. Ia adalah satu siri yang dibikin semula berdasarkan drama British dengan tajuk yang sama yang dicipta oleh Roger Price pada tahun 1973. Siri ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang mempunyai kuasa psionik selepas melalui satu proses evolusi. Siri ini disiarkan pada 9.10.2013 selama satu musim.




Asalnya mereka hanyalah manusia biasa seperti yang lain, dan kebolehan mereka muncul sesudah melalui satu proses evolusi. Walaupun mereka seperti contoh terawal dalam perkembangan subspesis manusia baru, tetapi mereka bukanlah generasi terawal memiliki kebolehan kuasa mereka kerana golongan seperti mereka yang dikenali sebagai homo superior yang terawal telah muncul sekitar 40 tahun yang lalu dan ada di seluruh dunia. Kesan daripada kemunculan mereka yang melangkaui batasan fasa perkembangan pra-telepati di usia muda, mereka muncul dengan kebolehan telepati, teleport, telekinesis dan manipulasi temporal atau masa. 

Stephen Jameson ialah ahli baru dalam kelompok Tomorrow People ini dan bapanya adalah generasi yang terawal, telah menghilangkan diri sebelum peristiwa ini berlaku, berusaha mencari tempat baru untuk membolehkan kelompok mereka hidup dengan selamat. Satu organisasi digelar Ultra, yang merupakan pembersih genetik dan anti-telepati yang akan memburu dan meneutralkan kebolehan mereka, atau membunuh mereka jika perlu. Ibu pejabat Ultra direka khas bagi meneutralkan kebolehan golongan ini namun ia tidak berkesan terhadap Stephen. Di dunia luar, kewujudan golongan Tomorrow People ini tidak diketahui umum bagi mengelakkan mereka ditindas. Kebanyakan masa mereka dihabiskan di Lair, satu kawasan bawah tanah di Manhattan.


Dibintangi Robbie Amell, Luke Mitchell, Peyton List, Aaron Yoo, Madeleine Mantock, dan Mark Pellegrino



Sumber penuh kebangkitan:  SINI  |  SINI  |    



No comments: