MY FOLLOWERS

Sunday, July 26, 2015

Kesihatan - Suntikan Epidural dan Kesannya

Kredit kepada: NHS UK, Babycentre, WebMD, MedlinePlus
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Suntikan epidural atau 'Epidural anaesthesia' ialah sejenis suntikan pada bahagian belakang yang menghentikan seketika rasa sakit dan membuatkan saraf yang berkenaan berasa kebas untuk satu tempoh.

Bahagian yang biasanya disuntik ialah dada, abdomen, kawasan pelvik dan kaki.


Bagaimana ia digunakan?

Ubat anestetik disuntik di kawasan tulang belakang dikenali sebagai epidural space. Kepanjangan tempoh rasa kebas itu bergantung pada jenis ubat digunakan dan berapa banyak ia disuntik pada satu-satu masa. Apabila kesan ubat ini hilang, rasa sakit pada bahagian berkenaan yang disuntik akan dirasa kembali oleh si pesakit. (1)

Sewaktu disuntik, ubat ini akan masuk ke bahagian kecil di antara tulang belakang disuntik di sekitar saraf yang membawa isyarat daripada bahagian badan yang berasa sakit bersalin. Ia akan menghilangkan buat sementara rasa sakit.  (2)


Bila ia digunakan?

Ia biasa digunakan bagi melegakan kesakitan bagi satu tempoh, dalam situasi seperti waktu melahirkan, ketika pembedahan iaitu berbanding suntikan anestetik biasa selepas pembedahan dijalankan dengan anestetik biasa.

Dari segi keselamatan, suntikan epidural telah digunakan secara rutin selama bertahun-tahun dan secara meluas sebagai satu kaedah yang berkesan bagi melegakan dan mengurangkan kesakitan selepas pembedahan dan ketika saat melahirkan. Walaubagaimanapun, seperti mana juga prosedur perubatan yang lain, pastinya terdapat kesan sampingan yang perlu diberi perhatian, walaupun ia kecil, sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya. Antaranya kecederaan pada dura iaitu lapisan luar yang ada pada tulang belakang dan otak dengan risiko 1/100 peluang kerosakan saraf, walaupun ia jarang berlaku. (1)


Adakah suntikan ini akan memberi kesan pada bayi?

Jika tekanan darah menurun, ia akan menjejaskan aliran oksigen yang akan dihantar kepada bayi. Penyelesaian epidural ini mengandungi opioid fentanyl, atau ubat yang setara dengannya yang akan melepasi plasenta. Dalam dos yang banyak contohnya lebih daripada 100 mikrogram, pengambilan ubat epidural ini akan mengganggu pernafasan si bayi dalam kandungan atau mungkin membuatkannya berasa pening.  (2)


Apa kelebihan mengambil suntikan ini?
  • Ubat melegakan kesakitan paling efektif ketika bersalin.
  • Ibu masih boleh berasa akan bersalin (contraction) tanpa rasa sakit.
  • Membantu mengurangkan tekanan darah jika mempunyai masalah darah tinggi.
  • Jika memerlukan pembedahan caesarean, ia boleh ditambah bersama anestetik biasa bila diperlukan. (2)

Apa pula kekurangannya?
  • 1/8 wanita mengatakan ia tidak begitu berkesan dan ia hanya memberi rasa kebas pada bahagian sekitar perut. Ubat tahan sakit tambahan diperlukan untuk atasinya. Jika masih tidak hilang rasa sakit dalam masa setengah jam selepas epidural bermula, maka bantuan pakar anestetik diperlukan.
  • Mengambil masa 20 minit untuk dimasukkan dan 20 minit lagi untuk ia berkesan apabila anesteik disuntik.
  • Mungkin memberikan rasa ketar seperti kesejukan (shivery), kegatalan namun tidak teruk, mungkin akan demam.
  • Mungkin perlu berada di katil sebab kaki akan rasa kebas atau berat.
  • Ibu perlukan pemantauan lebih kerap. Degup jantung bayi akan terus dipantau berterusan setiap 30 minit dan darah akan diambil kerana tekanan darah akan turun.
  • Akan menjejaskan rasa ingin kencing.
  • Ada risiko ibu mungkin akan alami sakit kepala yang teruk. Ini mungkin berlaku kalau jarum terkena pada bahagian cecair pada tulang belakang yang menyebabkan cecair terkeluar. Peluang ini hanya 1/100 sahaja.
  • 1/1000 peluang akan alami jejas saraf buat sementara manakala 1/13000 peluang jejas saraf secara kekal. (2)


Risiko perlu tahu...

Anestesia epidural dan tulang belakang secara umumnya selamat. Rujuk pada doktor di hospital untuk lebih lanjut dan sebelum ambil suntikan ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi atau masalah lebih teruk. Antara lain:
  • Tindak balas alahan pada jenis anestetik yang digunakan.
  • Pendarahan sekitar kawasan tulang belakang (spinal column/hematoma)
  • Kesukaran kencing
  • Penurunan tekanan darah
  • Jangkitan pada tulang belakang (meningitis atau abscess)
  • Kerosakan saraf sama ada sementara atau kekal
  • Serangan tiba-tiba (jarang berlaku)
  • Sakit kepala yang teruk
(3)


Epidural anestetik dan tulang belakang 

Ia diberikan menerusi suntikan pada atau sekitar tulang belakang.

Pada kebanyakan waktunya, suntikan ini diberikan pada bahagian bawah (lower back). Bahagian tersebut juga boleh jadi kebas dengan anestetik biasa. Pesakit boleh menerima cecair dimasukkan menerusi sambungan intravenous line (IV) pada saluran vena atau boleh juga menerima ubat untuk membuatkan mereka relaks.


Kenapa prosedur dijalankan?

anestetik epidural dan tulang belakang mempunyai beberapa kesan sampingan dan risiko daripada anestetik biasa (tidur dan tidak sakit). Deria pesakit biasanya akan pulih semula dengan lebih cepat. Adakalanya mereka perlu tunggu sehingga kesan bius itu hilang untuk membolehkan mereka berjalan semula.


Anestetik tulang belakang biasa digunakan untuk genital, saluran kencing, atau prosedur bawah badan.
Anestetik epidural biasanya digunakan ketika proses melahirkan, pembedahan pada pelvis dan kaki.

Kedua-dua jenis anestetik ini biasa digunakan ketika:
  • Prosedur kelahiran itu terlalu menyakitkan jika tidak menggunakan sebarang ubat.
  • Prosedur pada perut atau kaki.
  • Badan pesakit boleh berada dalam posisi selesa ketika prosedur.
  • Pesakit mahukan kesan yang kurang dan penyembuhan cepat berbanding anestetik biasa.
(3)


Sakit kepala adalah kesan yang paling biasa bagi anestetik tulang belakang. Ia boleh dirawat dengan mudah. Namun sakit kepala ini jarang bagi anestetik epidural.

Kedua-dua jenis anestetik  ini biasanya digabungkan bersama ubat-ubatan lain yang merehatkan atau bersifat sedatif atau melegakan kesakitan. Ia biasa dimasukkan menerusi sambungan IV atau disuntik menerusi ruangan epidural bersama anestetik biasa.

Pesakit akan dipantau selepas menerima suntikan mana-mana anestetik ini. Ia bagi melihat jika anestetik ini memberi kesan pada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, tekanan darah, pernafasan, degupan jantung dan juga fungsi asas yang lain.
(4)



Sebelum prosedur:
Jika pesakit hamil - apa ubat yang diambil, makanan tambahan atau herba tanpa preskripsi yang dibeli.


Pada hari sebelum prosedur:
  • Beritahu doktor kalau ada sebarang alahan atau masalah kesihatan lain, apa ubat yang diambil atau anestetik yang pernah diterima.
  • Kalau prosedur sudah berjalan, kena berhenti ambil aspirin, atau apa sahaja ubat yang boleh menghalang pembekuan darah.
  • Tanya doktor apa ubat yang boleh terus diambil pada hari prosedur.
  • Kena ada orang yang boleh temankan pesakit untuk urusan ulang-alik ke/dari hospital.
  • Berhenti merokok! Kalau perlukan bantuan, sila tanya doktor. Bukan perokok, lagi bagus. 


Pada hari prosedur:
  • Tidak boleh makan atau minum selepas tengah malam, pada malam sebelum prosedur.
  • Jangan minum alkohol pada sehari sebelum dan hari prosedur. Tidak pernah ambil alkohol langsung, lagi bagus.
  • Ambil ubat yang diberi oleh doktor dengan minum sedikit air.
  • Berada di hospital pada waktu ditetapkan. Tepati masa.


Selesai prosedur:

Selepas epidural, kateter akan ditanggalkan. Baring sahaja di katil sehingga rasa pada kaki ada semula (hilang rasa kebas) dan boleh berjalan semula. Boleh jadi pesakit akan rasa pening, letih dan rasa sakit pada perut.

Kalau bagi anestetik tulang belakang, baring rata di katil beberapa jam untuk elakkan rasa sakit kepala. Boleh jadi juga sakit perut, pening dan letih seperti epidural.




Prognosis - Biasanya pesakit tidak akan rasa sakit ketika dibius dan pulih sepenuhnya selepas itu.

Nama lain - Intraspinal anesthesia; Subarachnoid anesthesia; Epidural; Peridural anesthesia



Rujukan:
  • Miller RD, Eriksson LI, Fleisher LA, et al.Miller's Anesthesia
  • Sherwood ER, Williams CG, Prough DS. Anesthesiology principles, pain management, and conscious sedation. In: Townsend CM, Beauchamp RD, Evers BM, Mattox KL, eds.Sabiston Textbook of Surgery
(3)



Sumber rujukan:  (1)  SINI  |  (2)  SINI  |  (3)  SINI  |  (4)  SINI  |   (5)  SINI  |  

Kisah keperitan akibat mengambil suntikan epidural menyebabkan seorang ibu menyesal seumur hidup kerana anaknya kini menghidap serebral palsy. 

Boleh baca kisahnya di  SINI  |  

Kesihatan - Steroid dan Kesan Sampingan

Kredit kepada: Wiki, laman Drug Abuse, Medline Plus, Steroid.com, Science Direct, E-Medicine Health
Gambar ihsan: Google Images

 


Assalamualaikum.....





Steroid anabolik ialah sejenis dadah sintetik varian kepada hormon testosteron lelaki. Istilah lebih tepat ialah anabolic-androgenic steroids (singkatan AAS). Perkataan 'anabolik' merujuk kepada pembentukan otot dan “androgenic” merujuk kepada peningkatan sifat seksual lelaki.

Steroid anabolik secara sahnya ditetapkan untuk merawat kekurangan hormon steroid seperti puberti yang lewat, kanser dan AIDS. Bagi sesetengah atlet, steroid digunakan di kalangan ahli bina badan untuk membesarkan otot dan sebahagian lagi menyalahgunakannya untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki penampilan fizikal.


Bagaimana steroid disalahgunakan?

Steroid biasanya diambil sama ada secara dimakan dalam bentuk pil atau disuntik pada otot, bergantung pada jenisnya (7), manakala ada sesetengahnya digunakan dalam produk kulit dan disapu pada kulit seperti krim dan gel. Dos yang diambil pula mungkin 10 atau 100 kali lebih banyak daripada yang dibenarkan untuk merawat keadaan sakit secara perubatan. Ia bukan diambil secara kerap tetapi sekejap-sekejap mungkin ketika ia benar-benar perlu sahaja. Ini bagi menghindarkan daripada menghadapi kesan sampingan yang tidak diingini dan memberikan peluang kepada sistem badan untuk kembali pulih secara berkala. Penggunaannya secara berterusan akan menyebabkan tindak balas badan kepada dadah ini merosot serta menyebabkan badan berhenti menghasilkan testosteronnya sendiri. Berhenti daripada mengambilnya akan mengurangkan masalah ini. 'Kitaran' merujuk kepada corak penggunaannya bila ia diambil bagi sesuatu tempoh seperti seminggu atau sebulan selepas ia dihentikan untuk satu tempoh sebelum ia bermula semula.  

Pengguna biasanya menggabungkannya dengan turut mengambil beberapa jenis lagi steroid jenis lain atau tambahan lain yang bukan steroid bagi memaksimumkan keberkesanannya yang dipanggil 'stacking'.


Bagaimana ia memberi kesan pada otak?

Steroid anabolik memberi kesan berbeza dengan dadah lain yang disalahguna dan ia tiada kesan yang tajam pada otak. Steroid tidak mencetus peningkatan yang cepat pada dopamin neurotransmitter yang biasa memberikan kesan khayal atau 'high' seperti dadah lain. Walaubagaimanapun, penggunaannya bagi jangka panjang akan memberikan kesan pada beberapa bahagian kimia dalam otak termasuk dopamin, serotonin dan sistem opioid yang terkesan disebabkan dadah lain dan memberikan kesan signifikan pada sikap dan mood seseorang pengguna.

Penyalahgunaannya boleh membawa kepada sikap agresif dan masalah psikiatri lain. Meskipun ada pengguna yang mengaku mereka berasa baik ketika menggunakannya, keadaan mood yang berubah boleh berlaku seperti kemarahan yang boleh membawa kepada masalah keganasan. Pengkaji juga menyatakan pengguna mungkin juga menderita kecemburuan paranoid, ragam yang ekstrim, delusi dan pertimbangan yang tidak waras ekoran perasaan sendiri dan rasa seperti tidak boleh kalah.


Adakah ia membawa ketagihan?

Walaupun ia tidak mendatangkan kesan khayal seperti dadah lain, steroid kini yang sudah dipertingkatkan boleh menyebabkan ketagihan. Kajian mendapati haiwan yang diberi steroid berdepan kesan sama seperti bila diberikan dadah lain. Mereka yang menyalahgunakan steroid, selain berdepan kesan negatifnya akan menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, yang menampakkan potensi ketagihan dadah ini. Antara lain yang dapat dilihat ialah pengguna menghabiskan banyak masa dan wang untuk mendapatkan kesan yang diingini daripada penggunaan steroid. Individu yang berhenti mengambilnya akan berdepan simptom seperti mood yang berubah, keletihan, keresahan, hilang selera makan, insomnia, lemah tenaga batin, keinginan pada steroid, yang membawa kepada salahguna yang berterusan. Ada yang menggunakan dadah opioid untuk mengatasi kesan negatif daripada steroid ini.


Kesan lain penggunaan steroid anabolik...

Ia boleh menyebabkan masalah serius dan masalah kesihatan yang tidak boleh diundur balik. Antara kesan lain ialah kegagalan buah pinggang, kerosakan limpa, masalah kardiovaskular seperti jantung yang membesar, tekanan darah tinggi, perubahan kolesterol dalam darah yang menjurus kepada risiko sakit jantung dan strok.

Selain itu, ia juga membawa kepada masalah akne dan penahanan cecair dalam badan. Bagi lelaki, mereka akan berdepan banyak lagi masalah seperti kurangnya sperma untuk persenyawaan, kebotakan rambut, pembentukan payudara, risiko kanser prostat. Bagi wanita pula, kebotakan rambut seperti lelaki, tumbuh rerambut pada muka, gangguan kitaran haid, pembesaran klitoris, perubahan suara.

Bagi mereka yang menyuntik steroid akan berdepan risiko lain seperti hepatitis dan pemindahan HIV/AIDS.  (2)







Nama lain bagi steroid - juga dipanggil Corticosteroids, Glucocorticoids

Kesannya amat berbahaya. Steroid jenis lain iaitu corticosteroid digunakan untuk merawat pelbagai masalah lain. Ia serupa kepada hormon dalam kelenjar adrenal yang dihasilkan bagi melawan stres disebabkan sakit atau kecederaan. Ia mengurangkan inflamasi danmemberi kesan pada sistem imun badan. corticosteroid boleh digunakan untuk turut merawat atritis, asma, penyakit seperti lupus dan beberapa jenis sklerosis, ekzema, ruam dan beberapa jenis kanser.

Steroid adalah dadah jenis kuat dan mempunyai kesan sampingan seperti lemah tulang dan katarak. Ia sebaiknya digunakan untuk jangka pendek sahaja.   (3)   



Steroid secara umum....

Penggunaannya steroid telah tersebar luas di berita dan bidang sukan di kalangan atlet yang menyalahgunakannya untuk mendapat kelebihan dalam prestasi sukan yang diceburi. Steroid anabolik mempengaruhi sistem hormon tubuh untuk menghasilkan testosteron tambahan. Steroid anabolik banyak digunakan bagi meningkatkan jisim otot. Steroid anabolik berbeza dengan corticosteroids yang digunakan secara rutin sebagai ubat anti-inflamasi bagi merawat sakit yang melibatkan inflamasi sebagai sebahagian daripada penyakit itu. Dalam masyarakat hari ini, penyalahgunaannya dikesan bagi meningkatkan prestasi sukan seawal dari peringkat sekolah.
  (6)



Jenis steroid yang berbeza

Ada dua jenis yang ada dalam badan iaitu Corticosteroids yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal pada bahagian atas buah pinggang. Hormon termasuk aldosteron yang mengawal kepekatan sodium dalam tubuh dan kortisol yang ada banyak peranannya dalam tubuh termasuk menjadi sebahagian sistem tindak balas tubuh untuk mengurangkan inflamasi. Ubatan Corticosteroids seperti prednisone, prednisolone, dan dexamethasone biasa diambil secara menelannya, secara intravena atau suntikan bagi merawat asma, rheumatoid arthritis, masalah keradangan buang air besar dan penyakit erythematosus lupus sistemik yang ada inflamasi. Penggunaan salap dan krim steroid pada kulit seperti triamcinolone dan betamethasone digunakan bagi merawat dermatitis.

Jenis kedua ialah steroid anabolik/androgenik ialah hormon dibuat dalam tubuh bagi mengawal penghasilan testosteron dalam testikel lelaki dan ovari bagi perempuan. Bahagian androgenik testosteron terlibat dalam proses mengembangkan sifat seksual lelaki manakala bahagian anabolik pula terlibat dalam proses meningkatkan jumlah tisu badan dengan meningkatkan penghasilan protein. Kelenjar pitituari membantu mengawal penghasilan testosteron dan perembesan hormon. Hormon pembearan dan hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone atau FSH) adalah antara hormon yang merangsang testis dan fungsi ovari dan merupakan antara banyak hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini.

Steroid anabolik dan androgenik boleh didapati sebagai ubatan preskripsi dan boleh digunakan apabila badan tidak menghasilkan hormon yang cukup dan penambahannya adalah diperlukan. Sesetengah hormon tambahan dalam hal ini termasuk juga hormon pembesaran dan testosteron. Ubatan ini dipreskripsikan secara sah oleh penyedia perkhidmatan kesihatan tetapi ubatan ini sering disalahgunakan bagi meningkatkan prestasi sukan dan memperbaiki penampilan tubuh. Bila digunakan oleh tubuh yang sihat, steroid anabolik menyebabkan pertambahan berat selari dengan bertambahnya jisim otot. Walaupun steroid jenis anabolik ini memberikan kesan yang bermanfaat jika diambil dengan pengawasan, ia juga ada kesan sampingan yang serius dan adakalanya tidak boleh diundur balik. Kesan ini akibat daripada ketinggian tahap testosteron yang tidak normal dalam tubuh dan mungkin juga termasuk tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang meningkat, kerosakan limpa, kegagalan jantung, akne, kebotakan, sikap agresif dan keganasan.


Terdapat banyak jenis steroid anabolik. Ada yang boleh menyerupai tindakan testosteron secara terus, manakala jenis lain akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak testosteron dengan cara mengganggu sistem kawalan hormon dalam tubuh. Kesannya sama sahaja. Testosteron yang berlebihan akan memberi kesan pada sel dan fungsi organ dalam tubuh.

Steroid juga ada banyak nama dan setiap negara ada variasinya. Steroid mungkin sama dengan testosteron secara kimia contonya methyl testosterone atau oxymetholone. Contoh lain bagi steroid anabolik ialah Anabol, Android, Androstenedione, Winstrol, Deca-Durabol, THG, Genabol, dan HGH.   
(7)   


Sumber rujukan: (1) SINI  |  (2) SINI  |  (3) SINI  |  (4) SINI  |   (5) SINI  |  (6) SINI  |  (7) SINI  |     

  

Artikel - Siapa Kaya, Siapa Miskin?

Kredit kepada: Kutukan Dewata
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Seorang hartawan membawa anaknya menginap dirumah kawannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah genap tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya, "Apa pandangan kamu tentang kembara kita?"

" Seronok !" Jawab si anak.

"Sekarang tentu kamu dapat banding tentang hidup sebagai orang kaya dan orang miskin bukan?"

"Ya" Jawab anaknya penuh ceria.

" Cuba ceritakan apa yang kamu dapat belajar dari pengembaraan kita ni?"

Si anak menjawab dengan penuh yakin, "kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai jernih yang mengalir untuk mereka mandi, kita ada lampu inport yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang yang bergemerlapan di langit untuk mereka pandang saat mereka bersantai-santai di halaman rumah pada malam hari...."

Si ayah ingin menyampuk namun si anak meneruskan, " Kita ada jalan berturap, tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria memberi khidmat dan pertolongan kepada orang lain.

Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan. Kita ada penjaga yang menjaga harta kekayaan kita....tetapi mereka ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka."

Si ayah semakin terdiam apabila anaknya menambah, "terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!"

PENGAJARAN DARI KISAH INI:-
Kekayaan sebenar terletak di hati yang sentiasa bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yang kita miliki, tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima.




Miskinnya kita....  :   SINI  |    


Hiburan - White Collar

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
White Collar ialah satu siri tv ciptaan Jeff Eastin, mengisahkan ejen FBI Peter Burke dan Neal Caffrey, yang merupakan seorang penjenayah berkebolehan bekerja sebagai pemberi maklumat bagi pihak FBI. Dia ditangkap oleh FBI selepas 3 tahun berjaya melarikan diri. Dalam masa sebulan lagi sebelum dibebaskan, dia melarikan diri untuk menemui temannya, Kate. Ejen Burke berjaya menangkapnya sekali lagi. Kali ini Caffrey menawarkan perjanjian dengan FBI sebagai sebahagian program bagi pembebasannya. Selepas rundingan, akhirnya Burke setuju. Caffrey mula membantunya menjejaki penjenayah kolar putih untuk ditangani pihak FBI.


Menampilkan Matt Bomer, Tim DeKay, Willie Garson, Marsha Thomason, Tiffani Thiessen, Natalie Morales, Hilarie Burton, dan Sharif Atkins


Sumber kolar putih:  SINI  |  SINI  |  





Hiburan - Flash Forward

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


 
Flash Forward ialah satu siri tv yang diadaptasi daripada novel tahun 1999 dengan tajuk yang sama tulisan seorang penulis sains fiksyen dari Kanada, Robert J. Sawyer. Ia dikembangkan ke siri tv oleh Brannon Braga dan David S. Goyer untuk siaran satu musim di saluran ABC pada September 2009. Pada bulan Mei 2010 siri ini ditamatkan.

Siri berkisar mengenai kehidupan hampir semua manusia apabila satu kejadian global yang misteri mengakibatkan mereka tidak sedarkan diri selama 137 saat secara tiba-tiba pada Oktober 2009. Ketika kejadian itu yang dipanggil 'blackout' atau 'flash forward' mereka dapat melihat seimbas apa yang bakal berlaku pada 6 bulan akan datang. Episod akhir siri ini musim pertama masih dalam penggambaran sebelum mengetahui ia ditamatkan oleh ABC, yang mengisahkan akan berlakunya satu lagi kejadian 'blackout' ini memberi petunjuk kejadian lebih 20 tahun akan datang. Episod ini lebih dekat dengan isi buku yang asal yang memberi petunjuk pada 21.5 tahun akan datang.

Flash Forward dibangunkan dengan konsep naratif yang tinggi mengisahkan tentang kejadian hampir semua manusia tidak sedarkan diri selama 137 saat dan melihat petunjuk pada 6 bulan akan datang. Setiap orang mendapat petunjuk masing-masing. Siri ini dimulakan dengan satu siasatan jenayah oleh ejen FBI Los Angeles diketuai Stanford Wedeck (Vance) dan dikendalikan oleh Mark Benford (Fiennes) dan rakan setugasnya Demetri Noh (Cho) apabila mereka secara tiba-tiba tidak sedarkan diri bagi tempoh itu ketika sedang mengejar penjenayah terbabit dan apabila sedar, mereka dapati segalanya sudah kucar-kacir. Kemalangan jalan raya yang teruk, letupan di beberapa bahagian bangunan dan banyak lagi ekoran kejadian ini. 
Dalam 'flash forward'nya, Mark melihat dirinya sedang menyusun hasil siasatan selama 6 bulan di papan siasatan jenayah di pejabatnya dengan banyak petunjuk yang ketika itu belum ada. Dia menggunakan kelebihan unik ini untuk membantu pasukannya dalm tugas siasatan. Mark dan pasukannya mula mengumpulkan maklumat daripada semua yang ada dan melalui laman Mosaic yang dibuka kepada orang awam bagi berkongsi pengalaman 'flash forward' mereka. Maklumat daripada laman ini turut digunakan bagi mengesan siapakah dalang di sebalik kejadian global ini. siasatan juga menjejaki "Suspect Zero" menerusi satu paparan CCTV di stadium, yang masih terjaga ketika semua yang lain mengalami 'blackout' ini kerana menggunakan sejenis alat dipanggil quantum entanglement device (QED), juga dicari ialah siapa "D. Gibbons/Dyson Frost" dan kaitannya dengan kejadian 'blackout' di Somalia seawal 1991. Dalam kehidupan peribadi, Mark melihat dirinya kembali minum serta amaran akan berlaku sekali lagi kejadian 'blackout' ini, rakan setugasnya Janice hamil, Demetri Noh tidak melihat apa-apa kerana mungkin mati atau belum ditentukan, dan beberapa lagi kejutan pada watak-watak lain.


Menampilkan Joseph Fiennes, John Cho, Jack Davenport, Zachary Knighton, Peyton List, Dominic Monaghan, BrĂ­an F. O'Byrne, Courtney B. Vance, Sonya Walger, dan Christine Woods



Sumber flash ke depan:  SINI  |  SINI  |  





Berita - Bojeng Raya di UKOM 15.7.2015

Kredit kepada: UKOM
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....



Satu acara kecil selama sehari dipanggil Mari Singgoh Bojeng Raye telah diadakan di perkarangan pejabat Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Jalan Pejabat, Kuala Terengganu. Ia terbuka kepada orang awam yang ingin memperelokkan atau gunting rambut sempena sambutan Aidilfitri pada 17.7.2015. Acara kecil ini adalah dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dan disambung semula jam 10 malam hingga 12 malam. Guntingan adalah percuma dan terbuka kepada kanak-kanak hingga dewasa. Tukang gunting adalah dijemput oleh pihak UKOM sendiri. Turut hadir ialah pemberita untuk liputan dari Astro Awani.








Bojeng - memperelokkan rambut / gunting rambut lelaki  

Artikel - Betul Ke Ada Manusia Vampire?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Mana ada?? Cer citerr cer citerr...


Kalau isu dahulu, Nicholas Cage kata dia bukan vampire. Kali ini ada pula golongan yang mengaku mereka ini adalah vampire. Pulakk dahhh!


Bukan senang sebenarnya untuk jadi puntianak atau drakula (ini dalam versi 'orang putih', bukan macam dalam masyarakat di Malaysia ini) lebih-lebih lagi untuk keluar berjumpa pakar terapi kerana takut timbul salah faham berkenaan tabiat suka minum darah daripada penderma lain atau terus-menerus tunduk pada tanggapan stereotaip orang lain.  





Satu kajian diketuai oleh D.J. Williams, pengarah kerja sosial di Universiti Negeri Idaho, menunjukkan golongan yang mengatakan diri mereka adalah puntianak sebenar yang perlukan darah orang lain untuk hidup, tidak akan dedahkan amalan mereka dalam profession perkhidmatan dan berdepan risiko dicemuh, rasa jijik dan mungkin dikatakan sakit mental.

Laporan yang diterbitkan dalam Critical Social Work, satu jurnal yang terperinci yang berpengkalan di Kanada, mendapati puntianak yang autentik bertentangan daripada puntianak 'lifestyle' yang memakai kelubung hitam dengan ada gigi taring. Williams yang telah mengkaji puntianak ini selama hampir sedekad mendapati mereka adalah orang biasa yang berjaya dalam hidup dan datang dari pelbagai cara hidup dan bidang pekerjaan seperti doktor, peguam atau pembuat lilin.

Bezanya, mereka kelihatan keletihan. Inilah sebab utama mereka mencari mana-mana puntianak dewasa yang bersetuju dengan sukarela membenarkan mereka menggunakan skalpel bagi membuat insisi kecil pada bahagian dada supaya mereka boleh menginges sejumlah kecil darah untuk mendapatkan tenaga. Laporan ini daripada Williams dan pengkaji lain adalah berdasarkan respon daripada 11 orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai puntianak selama bertahun-tahun dan diharap boleh bersikap terbuka dan jujur, dan mendapat keizinan daripada golongan dewasa yang mempraktikkan amalan tersebut sebelum menginges darah mereka.

"Komuniti mereka begitu hemat dan beretika. Kebanyakannya percaya mereka dilahirkan begitu, mereka tidak memilihnya," katanya.

Menurut Williams lagi, cabarannya ialah mencari doktor klinik yang ada simpan maklumat yang didedahkan oleh puntianak ini mengenai cara hidup alternatif mereka. Populasi mereka secara umumnya dalam lingkungan ribuan orang.



Sumber penuh gigitan:   SINI  |  






Hidupan Liar - Membaham Mangsa Atas Jalan!

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan:
Yahoo Travel

Assalamualaikum.....




Pada 10 Julai yang lalu, ketika Carolyn Dunford yang sedang memandu di pintu masuk Orpen, laluannya dihalang oleh dua ekor singa yang sedang menanti untuk menyerang seekor lembu kudu yang keluar dari semak berhampiran.

Hasilnya........




Lauk untuk hari ini........


Sumber pemangsa:   SINI  |  

Wednesday, July 15, 2015

Artikel - Keindahan Muka Bumi Dari Angkasa

Kredit kepada: Yahoo Travel InspirationGambar ihsan: Yahoo Travel Inspiration


Assalamualaikum.....

Tengoklah indahnya bumi....


Tiga orang angkasawan iaitu Terry Virts dari Amerika, Samantha Cristoforetti dari Itali, dan Anton Shkaplerov dari Rusia. Mereka meluangkan masa selama 200 hari di ISS yang sebulan lebih lama berbanding tempoh asal atas aspek keselamatan selepas kegagalan pada kapal membawa bekalan. Namun mereka pulang ke bumi dari ISS dengan koleksi foto yang mengkagumkan memaparkan keindahan beberapa kawasan di bumi yang belum pernah dipaparkan sebelum ini. Mereka telah kongsikan foto-foto ini di laman sosial masing-masing. 






(Photo: Terry W. Virts/Twitter)
Virts menanti sehingga hari terakhirnya di ISS untuk mendapatkan foto terbaik memaparkan kawasan piramid di Mesir yang terletak 250 batu dari ISS. Kawasan itu seperti juga Tembok Besar China merupakan antara yang paling sukar atau mustahil untuk dirakamkan disebabkan bagaimana ia dibina atas tanah. Piramid kelihatan agak cantik atas permukaan tanah.




(Photo: Sam Cristoforetti/Twitter)
Cristoforetti, seorang angkasawan yang bertindak seperti jurufoto yang aktif di ISS dan menyiarkannya di akaun Twitter miliknya.




(Photo: Anton Shkaplerov/Twitter)
Cristoforetti merupakan jurufoto yang agak sibuk tetapi berpeluang merakamkan satu foto kawasan luar Itali yang dipancarkan cahaya yang kelihatan seperti di Caribbean dan satu video aurora. ( Vine video of an aurora. )




(Photo: Scott Kelly/Twitter)
Shkaplerov merakamkan foto kawasan Maui, Lisbon, dan Molokai. Scott Kelly, angkasawan Amerika yang telah berada di ISS selama dua bulan setengah telah merakamkan sendiri beberapa foto yang menakjubkan termasuk satu kawasan tasik biru Himalaya.



Sumber foto dari atas:   SINI   |  


Artikel - Apa Itu Titian Sirat??

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Surah Maryam: ayat 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

Fudhal bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa selama 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menaik, ada makhluk yang melitasinya seperti kilat, seperti angin,  menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada juga yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka yang sentiasa menarik kaki mereka, maka mereka pun jatuh ke dalamnya.

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai.


Di antara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)


Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang. Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan Allah, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah banyakkan sedekah dan melazimkan diri hadir ke masjid. 


Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat ialah membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis setiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar Allah membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.


Sumber rujukan: SINI  |

Artikel - Antara Bos dan Pemimpin

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....


Tidak kira dalam bidang pekerjaan apa pun, memang biasa sangat berjumpa dengan dua spesis pemerintah ini. Kalau yang bekerja dalam sektor makan gaji tidak kira swasta atau kerajaan, jenis sebelah kiri yang paling ramai. Manakala jenis sebelah kanan paling banyak mungkin dalam sektor kerja sendiri. Contohnya perniagaan MLM atau yang banyak ejen.













Sebab kita pun jenis yang duduk bersama jenis sebelah kanan, memang dapatlah merasa bezanya yang agak jauh dengan bila duduk bersama jenis sebelah kiri. Lebih banyak kelebihan bersama pemimpin jenis sebelah kanan ini, segala yang kurang akan diberi tunjuk ajar. Kalau salah dia tolong beritahu macam mana mahu buat dan betulkan. Hasil kerja adalah secara berkumpulan. Dari semasa ke semasa akan tunjuk perkembangan naik atau turun sesuatu prestasi, dan sejauh mana tercapai sesuatu matlamat yang disasarkan. Mereka pun bukannya sempurna tetapi cara pembawaan itu yang penting untuk membolehkan yang mengikut itu dapat terima tunjuk ajar dengan baik tanpa berasa sakit hati atau seumpamanya. Kalau pun ada yang terasa hati, ia tidak seteruk bila berdepan spesis sebelah kiri. 

Betul ke? Fikirkan...


Hiburan - Sut Besi Batman 2016


Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies



Assalamualaikum.....



Sut terbaru Batman dalam bentuk baju besi. Tiada logo Batman pada bahagian dada. Sistem pertahanan baru bagi menghadapi Superman.


Boomerang dan grenad pun ada...



Pelancar roket yang ummpphh!






Ketika di acara San Diego Comic Con, rangkaian sut perisai terbaru Batman ini telah dipamerkan kepada umum. Sut terbaru ini ditampilkan dalam bentuk canggih dan disertakan dengan senjata berteknologi tinggi dan akan dipakai oleh Batman dalam filem terbaru keluaran DC iaitu Batman vs Superman: Dawn of Justice.

Ini adalah kali pertama juga sut canggih Batman diperkenalkan dalam bentuk baju besi dan ia kelihatan lebih hebat berbanding rekaannya dalam beberapa versi filem terdahulu.

Sut perisai exoskeleton yang terbaru dengan gogel bersinar menampakkan watak Bruce Wayne menggunakan belanja besar dalam membangunkan sut ini dan bagi mengatasi lawannya. Bersama beberapa gajet terbaru bagi menghadapi Superman. Turut dipamerkan beberapa senapang, bom, pelancar roket dan beberapa lagi.

Antara senjata Batman yang dipertingkatkan untuk versi filem kali ini ialah Batarang (boomerang Batman), pelancar roket, kain kelubung berteknologi tinggi, dan beberapa senjata lain. 




Sumber Batman: SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |  




Paranormal - Belalang Jelma Sebagai Belalang Pelesit


Kredit kepada: Ooo Media Network
Gambar ihsan: Ooo Media Network, Um Fabolous



Assalamualaikum.....




Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya sendiri.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk ke rumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Hantu pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang. Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu pelesit akan membuat tuannya susah untuk mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi). Menurut pandangan pengamal perubatan tradisional, rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berambut putih panjang. Cara ia berjalan mirip seekor penguin. Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah dan tirus. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.


Cara mengatasinya :
  1. Cabut kepalanya dari badan secara perlahan-lahan.
  2. Perhatikan teliti, pasti terdapat rambut si bomoh tersebut. Cara lain, simpan belalang pelesit tu di dalam botol. Pasti terseksa si bomoh tu…



Sumber rujukan: SINI  |  SINI  | 




Sunday, July 12, 2015

Berita - Bengkel Memanah Tradisional Siri Ramadhan TAC di Gong Badak 11.7.2015

Kredit kepada: TAC, Sabasun
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Satu Bengkel Memanah Tradisional Siri Ramadhan Anjuran Terengganu Archery Center (TAC) dengan kerjasama pihak Sabasun Hyperuncit Gong Badak telah diadakan di Terengganu Archery Center (TAC) berhampiran parkir kenderaan Sabasun Hyperuncit pada 11.7.2015. Bengkel bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri peserta seramai 15 orang. Bengkel ini dipengerusikan oleh Ustaz Muhamad Rizuwan bersama dua lagi tenaga pengajar lain.

Untuk peserta, yuran penyertaan adalah sebanyak RM60.00 seorang dan tajaan diberikan kepada penyertaan terawal.


Back quiver



Peserta ditunjukkan cara memasang tali (string)



Cara tarik panah


Sebelum memulakan acara memanah, peserta diberikan taklimat mengenai jenis-jenis busur dan panah, jenis-jenis quiver/tarkas (bekas simpan panah) serta diterangkan juga tentang sejarah berkaitan dengan jenis yang digunakan. Antaranya yang digunakan ketika kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bagi busur jenis tradisional, panah diletakkan atas ibu jari (tangan yang pegang busur atau bow hand) sebelum dilepaskan dan tidak mempunyai bahagian yang dipanggil arrow rest atau launcher seperti versi moden. Manakala kaedah tangan pada string (string hand) juga berbeza antara versi umat Islam dan kaedah Inggeris. Turut diterangkan ialah perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika memegang panah. Terdapat juga hadis berkaitan yang menjelaskan mengenai memanah ini.

Di kesempatan ini juga diadakan promosi sempena Ramadhan untuk busur dan panah untuk dijual kepada sesiapa yang berminat. (Harga lain selepas Ramadhan, perlu rujuk pihak TAC untuk info lanjut)

Busur Jati tunggal (25-28 pound drawlength) = RM159.00 (+3 panah RM199.00)
Busur anak Awan (45-55 pound) = RM399.00
Set busur dan panah untuk kanak-kanak = RM60.00



Peserta mencuba sendiri memasang tali sebelum memanah


Sedia!


Peserta ditunjukkan cara meletakkan panah, memegang dan tarik sebelum melepaskan panah


Memanah cara berdiri


Memanah cara duduk 


Memanah cara pusing ke belakang



Sepatah dua kata bagi mengakhiri bengkel kali ini


Ustaz Rizuwan menyampaikan hadiah kepada pemenang


Selain itu, peserta diterangkan tentang bahagian-bahagian pada busur dan panah, antaranya limb, string dan handle. Peserta kemudian dibawa ke lapang sasaran untuk belajar cara memasang string pada busur, meletakkan panah pada string dan cara-cara memanah. Dalam bengkel ini, peserta didedahkan 5 cara memanah iaitu berdiri tegak (depan), secara duduk, berdiri (pusing ke belakang), sambil berjalan/berkuda).

Bagi memeriahkan bengkel ini, pertandingan memanah belon diadakan dan hadiah disediakan oleh pihak Sabasun Hyperuncit.


Sijil penyertaan dan baju disediakan oleh TAC kepada semua peserta yang terlibat dalam bengkel pada kali ini. Bengkel ini selesai jam 12.30 tengahari.


Pada hari-hari biasa, pengunjung yang berminat boleh datang dan mencuba panahan dengan bayaran RM5 untuk 10 panah.