MY FOLLOWERS

Sunday, July 12, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Resepi Pavlova

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....




Bahan-bahan resepi pavlova:
  • 4 biji putih telur 
  • Secawan gula kastor (Kurangkan untuk elak manis sangat)
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu besar esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
  • 1 sudu besar cuka masakan

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar dahulu (150 darjah celcius) dan biarkan
  2. Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’
  3. Kemudian, masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Putar lagi dengan kelajuan tinggi sampai adunan jadi putih berkilat dan bertanduk. Kalau terbalikkan bekas adunan ia tidak akan tergolek jatuh.
  4. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  5. Pastu masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dan ratakan menggunakan spatula atau senduk.
  6. Tuang atau pipingkan adunan atas baking paper.
  7. Ratakan biar jadi bulat atau apa sahaja bentuk yang berkenan di hati. Ramai yang buat bahagian tepi lebih tinggi daripada bahagian dalam, ala-ala tebing. Ikut suka hati mahu bentuk yang macam mana.
  8. Masukkan adunan ke dalam ketuhar, letak rak tengah. Masak selama 1 jam 15 minit dengan suhu 140 darjah celcius. (ekceli, masa masak ni bergantung kepada oven kita jugak. Kalau dah lebih 1 jam, korang tengok warna adunan dah kuning2 and rasa dah garing or crispy, dah masak la tu. Kalau tak, lebihkan masa bakar tu.)
  9. Bila sudah masak, matikan ketuhar dan biar dahulu ia dalam ketuhar lebih kurang 10 minit, regangkan sikit pintu ketuhar. Bila sejuk, boleh keluarkan.


Cara hias pavlova:
  1. Pukul whipping cream (boleh beli dekat kedai kek) sampai kental.
  2. Kemudian, masukkan gula aising secukup rasa dan sedikit esen vanilla.
  3. Kemudian potong buah strawberi, anggur, kiwi, blueberry, blackberry, dll.
  4. Boleh letakkan krim di atas pavlova yang sudah masak tadi dan susun potongan buah-buah tersebut. 

Tips resepi pavlova :
  1. Sewaktu mengasingkan putih telur, pastikan betul-betul tiada kuning telur yang termasuk, terloncat, tergatal untuk masuk ke dalamnya.
  2. Pastikan dalam bekas untuk putarkan adunan itu tiada sebarang air, minyak atau bahan asing. 
  3. Sesetengah resepi, ada yang gantikan tepung jagung dan cuka dengan krim atau tartar. 

No comments: