MY FOLLOWERS

Sunday, July 26, 2015

Hiburan - Flash Forward

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


 
Flash Forward ialah satu siri tv yang diadaptasi daripada novel tahun 1999 dengan tajuk yang sama tulisan seorang penulis sains fiksyen dari Kanada, Robert J. Sawyer. Ia dikembangkan ke siri tv oleh Brannon Braga dan David S. Goyer untuk siaran satu musim di saluran ABC pada September 2009. Pada bulan Mei 2010 siri ini ditamatkan.

Siri berkisar mengenai kehidupan hampir semua manusia apabila satu kejadian global yang misteri mengakibatkan mereka tidak sedarkan diri selama 137 saat secara tiba-tiba pada Oktober 2009. Ketika kejadian itu yang dipanggil 'blackout' atau 'flash forward' mereka dapat melihat seimbas apa yang bakal berlaku pada 6 bulan akan datang. Episod akhir siri ini musim pertama masih dalam penggambaran sebelum mengetahui ia ditamatkan oleh ABC, yang mengisahkan akan berlakunya satu lagi kejadian 'blackout' ini memberi petunjuk kejadian lebih 20 tahun akan datang. Episod ini lebih dekat dengan isi buku yang asal yang memberi petunjuk pada 21.5 tahun akan datang.

Flash Forward dibangunkan dengan konsep naratif yang tinggi mengisahkan tentang kejadian hampir semua manusia tidak sedarkan diri selama 137 saat dan melihat petunjuk pada 6 bulan akan datang. Setiap orang mendapat petunjuk masing-masing. Siri ini dimulakan dengan satu siasatan jenayah oleh ejen FBI Los Angeles diketuai Stanford Wedeck (Vance) dan dikendalikan oleh Mark Benford (Fiennes) dan rakan setugasnya Demetri Noh (Cho) apabila mereka secara tiba-tiba tidak sedarkan diri bagi tempoh itu ketika sedang mengejar penjenayah terbabit dan apabila sedar, mereka dapati segalanya sudah kucar-kacir. Kemalangan jalan raya yang teruk, letupan di beberapa bahagian bangunan dan banyak lagi ekoran kejadian ini. 
Dalam 'flash forward'nya, Mark melihat dirinya sedang menyusun hasil siasatan selama 6 bulan di papan siasatan jenayah di pejabatnya dengan banyak petunjuk yang ketika itu belum ada. Dia menggunakan kelebihan unik ini untuk membantu pasukannya dalm tugas siasatan. Mark dan pasukannya mula mengumpulkan maklumat daripada semua yang ada dan melalui laman Mosaic yang dibuka kepada orang awam bagi berkongsi pengalaman 'flash forward' mereka. Maklumat daripada laman ini turut digunakan bagi mengesan siapakah dalang di sebalik kejadian global ini. siasatan juga menjejaki "Suspect Zero" menerusi satu paparan CCTV di stadium, yang masih terjaga ketika semua yang lain mengalami 'blackout' ini kerana menggunakan sejenis alat dipanggil quantum entanglement device (QED), juga dicari ialah siapa "D. Gibbons/Dyson Frost" dan kaitannya dengan kejadian 'blackout' di Somalia seawal 1991. Dalam kehidupan peribadi, Mark melihat dirinya kembali minum serta amaran akan berlaku sekali lagi kejadian 'blackout' ini, rakan setugasnya Janice hamil, Demetri Noh tidak melihat apa-apa kerana mungkin mati atau belum ditentukan, dan beberapa lagi kejutan pada watak-watak lain.


Menampilkan Joseph Fiennes, John Cho, Jack Davenport, Zachary Knighton, Peyton List, Dominic Monaghan, Brían F. O'Byrne, Courtney B. Vance, Sonya Walger, dan Christine Woods



Sumber flash ke depan:  SINI  |  SINI  |  





No comments: