MY FOLLOWERS

Wednesday, July 1, 2015

Hiburan - Grimm

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....

Grimm ialah satu siri penyiasatan polis dengan unsur fantasi yang bersiaran di NBC bermula Oktober 2011. Siri ini disifatkan sebagai lari sedikit daripada siri polis lain kerana melibatkan unsur gelap dan fantasi dalam dunia yang memaparkan watak diinspirasikan daripada Grimms' Fairy Tales" manakala sebahagian lagi datang dari sumber yang lain.

Grimm ini juga disiarkan pada 2014 di TV2 kemudian disambung untuk musim kedua. Pada April 2013, NBC memperbaharui siri ini untuk musim ketiga dan pada Mac 2014, siri ini diperbaharui lagi untuk musim keempat. Pada Februari 2015, siri ini disahkan akan kembali untuk musim ke-5.

Polis bahagian homisid Nick Burkhardt yang bekerja di Jabatan Polis Portland mengetahui bahawa dia berasal dari salasilah keturunan penjaga yang dikenali sebagai Grimm, yang menjaga keseimbangan antara dunia manusia dengan makhluk mitos jelmaan yang dipanggil Wesen. Bermula dengan penampakan jelmaan Wesen pada sebahagian individu ditemui di dunianya sehinggalah kepada mimpi buruk sebagai petanda jelas dia adalah keturunan Grimm yang berkebolehan untuk melihat penampakan bentuk sebenar Wesen tersebut. Dengan bantuan daripada ibu saudara dan ibu kandungnya serta dokumen dan kelengkapan senjata khusus, terkini dengan rakan setugasnya Hank bersama rakan lain, Monroe dan Rosalee, Nick perlu memerangi Wesen yang mengancam dunianya. 

Selain itu, beberapa klu menunjukkan terdapatnya pertelingkahan antara keturunan makhluk dipanggil Hexenbeist dengan keturunan diraja juga dibongkar dalam siri ini.

Membariskan David Giuntoli, Russell Hornsby, Bitsie Tulloch, Silas Weir Mitchell, Sasha Roiz, Reggie Lee, Bree Turner, dan Claire Coffee.



Sumber rujukan:   SINI  |  SINI  |  

Sumber komik siri ini:   SINI   |   





No comments: