MY FOLLOWERS

Saturday, March 19, 2011

Artikel - Apabila Isu Aurat Diremehkan (Bhgn 3)

Credits to: Bangku Kosong, Beautiful Nara
Gambar ihsan: Bangku Kosong, Beautiful Nara


Assalamualaikum...


Saya sebenarnya kurang bersetuju apabila dikatakan pada usia remaja ini adalah waktu untuk mencuba pelbagai perkara. Memang diakui, pada waktu inilah keinginan untuk mencuba pelbagai perkara baru membuak-buak dalam diri, ibarat air yang sedang mendidih. Kata orang, masih panas. Lebih-lebih lagi selepas tamat peperiksaan SPM kerana sudah tidak lagi terikat dengan peraturan sekolah dan pakaian sekolah. Jika masih di bangku sekolah, kebebasan untuk mencuba agak terhad. Justeru, peluang selepas tamat SPM sangat dinantikan bagi segolongan remaja.

Namun, tidaklah bermaksud saya menudingkan jari pada semua remaja, kerana dalam masa yang sama masih terdapat segolongan lagi yang begitu mengambil berat, menginsafi diri dan masih berpegang teguh pada didikan agama yang diperolehi. 




Dalam isu ini, saya menumpukan kandungan pada apa yang berlaku di kalangan artis kita hari ini, dalam aspek penjagaan aurat. Terbaru, artis Irma Hasmie telah berhijrah sesudah menunaikan umrah. Katanya, terasa seperti tidak biasa jika tidak bertudung. Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan dariNya sentiasa. 

Bagi sesetengah artis, adalah perlu menampilkan sesuatu gaya sebagai identiti untuk melonjakkan namanya di pesada seni tempatan selain meraih populariti. Saya agak bersetuju jika seseorang artis itu memiliki identitinya yang tersendiri. Lihatlah artis-artis lama seperti Dato' Sharifah Aini, Dato' Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Zul Yahya, Wardina dan sebahagian lagi yang naik melalui usaha dan kerja keras selama di bidang seni dan tidak menghadkan populariti setakat penampilan sahaja. Persoalannya, adakah keberanian mendedahkan aurat itu sebagai sebahagian daripada identiti dan kelainan yang diperjuangkan untuk naik dalam bidang seni?

Ada yang sampai melenting bila ditegur berkenaan pakaian si anak di majlis anugerah, ada pula yang merasa seakan bangga apabila menayangkan bahagian-bahagian yang sewajarnya dan sewajibnya ditutup. Lebih memalukan apabila ada pula artis tanpa segan silu membiarkan bahagian tubuhnya dilihat. "Nampak sikit jer," katanya. Terbeliak juga mata melihat gambar-gambarnya di sini.




Artis ini masih baru di pesada seni tanahair. Namanya Miera Leyana Kasmi. Dilahirkan pada 28 Ogos 1993 di Johor Bahru. 


Namun, agama tidak menerima itu sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram. Hukum tetap hukum. Segala peraturan yang Allah telah tetapkan tidak akan berubah sehingga ke hari kiamat. Tidak kiralah apa pun alasan yang seseorang berikan, 'sikit ajer', 'nanti taubat la', ia tidak akan mengubah apa yang Allah telah tetapkan. Kesimpulannya, menutup aurat itu lebih baik dan selesa untuk dipandang.



Pautan berkaitan:

Apabila Isu Aurat Diremehkan ( Bhgn 1 dan Bhgn 2)
Irma Hasmie Bertudung
"Nampak sikit jer," kata artis ini.
Gambar Ini Lebih Selesa Dipandang

Fikirkan...

15 comments:

storyfromme said...

artis baru sekarang makin melampau.papepon tahniah pada irma :)

Wuucin Kimora said...

xknal pon sape die.. but dgn kontroversi nie.. sy dah knal ;D

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

gambar miera yg atas sekali tu terkojut denn..

qasehraihan said...

mcm2 la org skrg ek??xtakut mati ke depa ni ek??hohho

Si Comot said...

saya pown lepasan spm....
hopely...
saya x cam tu..
smile..
;D

faztee said...

siape miera?xkenal pun..tau pun pasal dedah2 ni..ntahahpe2 je..glamer cara gitu xkemana la

Nora Shahaira said...

nak ter jojol mata tengok? ish..itu bukan malu tu. menikmati habis tu..heheh..guro ya..

Akak pula rasa, waktu remaja adalah waktu sebaik-baiknya mendidik diri.

Zallyna said...

yg baik amik sebagai sempadan
yg buruk jadikan teladan....

singgah sini, pagi isnin yg boring....

Naddia said...

artis itu....wow!

! Nurida Ardy said...

hope one day artis tersebut sedar dan berubah seperti Irma..:)

Piah Becok said...

nampak sikit je. tapi dosa kau dah berlori-lori banyaknye sebab dah berape juta mata bukan muhrim kau tengok ek????

nauzubillah, jauhkan aku dan saudara-saudaraku daripada kejahilan ini. aminnn..

BLADE EDGE said...

storyfromme: hrp irma blh jadi contoh pd yg lain.

wuuchin: saya pun sblm ni xtau sapa dia ni..

rina avail: ramai yg tkejut :-o

qasehraihan: mana la diorg takut..lg berani ada la..

si comot: kalo xnak terpengaruh, ikut la jalan agama. itu lebih baik :-)

BLADE EDGE said...

faztee: tgk la dia bertahan lama mana..

nora: nk tgk lama2? errkk..btul tu, waktu muda2 ni la nk muhasabah diri..

zallyna: isikan la keboringan dgn info2 berguna :-)

naddia: terkejut?? hahaha :-D

norida: hrp2nya gitu la..

piah: btul tu..amiiinn...

amna said...

sama-sama kita muhasabah diri ;'(

anakjaiman said...

salam, blogger baru menjengah blog ni. thanks info, walaupun sy islam, masih ada hukum-hukum yang sy terlepas pandang.