MY FOLLOWERS

Tuesday, March 8, 2011

Artikel - Penggunaan Perisian Untuk Tulisan Jawi

Credits to: ejawi
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Ini kali pertama saya siarkan entri berkenaan perisian dan muat turun. Apa yang saya paparkan di sini berkaitan juga dengan bidang kerja yang saya lakukan kini sebagai Pembantu Penyelidik (RA). Perisian yang saya gunakan untuk multimedia courseware ini ialah Flash 8 dan menggunakannya bersama perisian untuk tulisan Jawi, kerana bahan multimedia saya adalah bagi projek KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

Di enjin carian Yahoo, anda boleh taipkan muat turun perisian jawi. Jika taip dalam Bahasa Inggeris, umpamanya Jawi Writer atau seumpamanya, anda akan dibawa ke pautan berkaitan tulisan Arabic. Tiada huruf-huruf nga, ga, pa, va, ca, dan nya seperti yang terdapat dalam perbendaharaan Bahasa Melayu yang kita biasa gunakan.




Memandangkan saya tidak menemui perisian Jawi Writer seperti yang dikehendaki, terpaksalah memuat turun perisian lain untuk membolehkan saya menggunakan huruf-huruf jawi.


Gambar di atas saya print screen daripada kerja saya, di mana saya perlu menambahbaikkan prototaip yang sedia ada. Tulisan jawi dengan susunan perkataan dan ayat yang betul dapat ditulis dan dipaparkan dalam Microsoft Word selepas font Arabic diinstall ke dalam komputer. Lihat rajah di atas, tulisan jawi berkenaan boleh dibaca dengan sempurna dari kanan ke kiri.


 
Selain Jawi Writer, anda juga boleh menggunakan perisian papan kekunci jawi di laman web ejawi. Anda boleh klik di sini untuk mencuba.

Berbalik kepada topik, apabila anda menulis ayat dalam tulisan jawi seperti dalam rajah di atas, anda boleh terus salin dan tampal (copy-paste) ke dalam fail notepad atau Microsoft Word dengan syarat font Arabic diinstall ke dalam komputer. Jika tidak, anda akan hadapi keadaan seperti dalam rajah di bawah:



Dalam fail Microsoft Word, sesetengahnya ada yang sudah disediakan font Arabic Typesetting (lihat bulatan atas). Sekali pun begitu, jika tiada tetapan Arabic (lihat pada bahagian taskbar bawah sebelah kanan, lihat bulatan bawah. Jika ada, akan dipaparkan huruf AR di situ), ayat yang anda taip dan lekatkan di fail Microsoft Word anda akan dipaparkan seperti dalam rajah di atas (lihat anak panah). Perhatikan betul-betul, ayatnya 'dirombak semula' dan bukan dalam bentuk boleh dibaca dari kanan ke kiri. Anda boleh membandingkan tulisannya dengan yang ditunjukkan dalam gambar pertama di atas.


Selamat belajar dan selamat mencuba :-)

2 comments:

sitihalisajai said...

wow ! nak try lahhh :)

btw, thanks for visiting my site :)

BLADE EDGE said...

apa lg, try laa... :-DDDD