MY FOLLOWERS

Friday, August 31, 2012

Artikel - Pocket Bike, Kereta Mini dan Pony Ride Untuk Kanak-kanak

Kredit kepada: -
Gambar/Video ihsan: Owned


Assalamualaikum.....

Video ini dirakamkan pada 20.8.2012 (2 Syawal 1433H) yang lalu di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Perniagaan menyewa kenderaan mini untuk kanak-kanak ini beroperasi pada setiap hari sebagai salah satu aktiviti riadah di sini. Selain di pantai Batu Buruk, aktiviti menunggang kuda pony atau pony ride serta menaiki kenderaan ATV juga boleh didapati di pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.




Anda juga boleh LIHAT DI SINI untuk ulasan lanjut serta lebih banyak foto :-)

Kesihatan - Tempat Rekreasi

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum...


Sekadar merehatkan minda sebelum tiba waktu sibuk selepas ini.. Banyak tempat rekreasi menarik ada di Kuala Terengganu. Bukit Besar bersebelahan Kompleks Seri Iman dan kawasan joging sekitar kompleks mahkamah dan Bank Negara, pantai Batu Buruk, kawasan sekitar Masjid Terapung dan TER, kawasan sekitar Stadium Gong Badak.

Kawasan sekitar Stadium Gong Badak dan pantai Batu Buruk adalah dua lokasi yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti acara drift dan sprinting, menunggang kuda, padang lawn bowl, serta kawasan taman permainan untuk kanak-kanak dan tempat makan selain KFC dan A&W. Kawasan sepanjang pantai Kelulut di Marang tidak kurang menariknya dengan turut mempunyai villa dan resort untuk bermalam.






Jika anda singgah ke sini, mana satu pilihan anda?

Monday, August 27, 2012

Artikel - Riadah Sekeluarga: Pocket Bike, Kereta Kuda dan Pony Ride (16 Gambar)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.......

Bercuti bersama keluarga di waktu petang sambil beriadah pasti amat menyeronokkan. Suasana hujung minggu di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pasti tidak lengkap jika anda tidak turut serta dalam salah satu aktiviti ini yang disediakan setiap hari kepada pengunjung.

Jika anak anda sukakan aktivit lasak, di sini disediakan khidmat menunggang kenderaan versi pocket bike iaitu minicross, motor, kereta, dan vespa. Menggunakan enjin kecil yang dikuasakan dengan penggunaan minyak dan bateri 6V, pastinya satu peluang kepada anak anda untuk merasai keseronokan menunggang motorsikal dan memandu kenderaan seperti orang dewasa. Yang penting lagi, kawasan untuk menunggang adalah selamat daripada kenderaan besar. Bayaran untuk durasi selama 5 minit adalah berpatutan bergantung kepada apakah jenis kenderaan yang dinaiki.



Bayaran yang dikenakan untuk satu tempoh tunggangan

 

Pelbagai pilihan motor untuk tunggangan si kecil anda

 
Enjin motor ini dikuasakan dengan penggunaan minyak dalam kuantiti kecil. Apabila tamat durasi menunggangnya, motor akan berhenti sendiri.
 





Bayaran untuk menaiki kenderaan ATV

 
ATV sedia untuk dinaiki


Litar yang disediakan di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

 
Suasana sekitar litar ATV







Selain itu, turut disediakan adalah khidmat menunggang kenderaan ATV, pony ride dan kereta kuda yang boleh dinaiki sekeluarga.





Artikel - Sains Juga Membuktikan Adanya Tuhan (Bhgn 2)

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Sambungan artikel ini dari artikelnya Bahagian 1

Tetapi, siapakah yang telah mewujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan Maha Pencipta yang mamasukkan naluri ke dalam haiwan. Ikan salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya. Ia akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia – dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan – semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak-anak belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal – menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: Manusia mempunyai lebih lagi daripada naluri kehaiwanan – keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin – keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil? 

Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung – hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Bersambung...

Pautan asal artikel ini.

Hidupan Liar - Labah-labah Kaki Bercangkuk Ditemui di Oregon

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....


Sekumpulan penjelajah gua dan para saintis membuat penemuan yang jarang didapati  - satu keluarga labah-labah taksonomi dalam sebuah gua di Oregon. Hanya dua spesis labah-labah telah ditemui sejak 1990 dan yang ini adalah yang terbaru. Sebelum ini ditemui di Amerika Utara pada 1890, kata Charles Griswold, pengkaji di California Academy of Sciences yang juga bertindak sebagai ketua penulis kajian spesis ini. 

Sehingga kini, keluarga labah-labah ini hanya terdiri daripada satu spesis yang dinamakan oleh pengkaji sebagai Trogloraptor marchingtoni. Spesis ini dinamakan sempena Neil Marchington, ahli Western Cave Conservancy, yang juga orang pertama menemui spesis ini. Nama genusnya, Trogloraptor, bermaksud "perompak gua."

Ia adalah nama yang sesuai bagi spesis labah-labah ini yang mempunyai cangkuk yang unik pada kakinya, yang dipercayai pengkaji bahawa ia boleh digunakan untuk menangkap serangga yang sedang terbang di udara. Dengan kakinya yang mampu meregang menjadikan ukuran labah-labah ini mampu mencapai sehingga 3 inci atau 8 cm panjang.

"Ia agak besar," kata Griswold. "Tetapi apabila anda berada dalam gua yang gelap dan hanya ditemani lampu suluh, ia akan kelihatan lebih besar lagi. Sungguh menghairankan bila melihat mereka dapat bergantung hanya pada beberapa helai bebenang. "


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Friday, August 24, 2012

Artikel - Kisah Menyayat Hati Seorang Tunang .. hik hik hik :-D

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


 
"Abang, tolong datang ke rumah segera! Urgent!"

Hakim membaca sms yang diterima sepantas kilat, kemudian terus menelefon Ina. Tidak berjawab. Hakim cemas. Tidak pernah Ina hantar sms seperti itu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya pada waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecil mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata mahu  jadi bapa kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok ejeknya, mengatakan dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina sewaktu Farok dan Saleh mengajak main askar-askar. Dia ajak juga Ina bermain askar-askar tapi Ina cakap budak perempuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam itu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolah pun, dia dan Ina akan berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu mengutuk bila dia tidak mahu berlumba basikal BMX dengan mereka sekali pun, dia tidak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina mengayuh basikal seorang diri.

Dia pernah kena belasah sampai lebam biji mata oleh Husindan kawan-kawannya yang mengganggu Ina sewaktu darjah tiga. Ketika di darjah 4, bila dia mula lancar menulis, membaca dan tahu berpantun sedikit-sedikit, dia pun mula menulis surat kepada Ina, "Pen merah pen biru, U baca I love U" bersama sebiji gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina. Gara-gara surat itulah dia selalu dijeling tajam oleh Mak Ropiah, ibunya Ina yang terjumpa surat itu sewaktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran ibunya pula. Nasib baik sebab bapanya tidak tahu. Kalau tidak, naya!

Hakim gelak sendiri waktu teringatkan peristiwa itu tetapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina yang baru dihantar tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba menghubungi telefon Ina tetapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja pada waktu itu. Dia tahu, Ina kerja syif pagi tadi, manakala Baizura pula kerja syif malam. Dia semakin risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ini, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambillah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa bersungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina sudah macam Gunung Everest, tidak bergoyang walau apa jua keadaan. Jika tiada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina, Hakim menerpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil menjerit, "Ina, Ina!" Dia pulas tombol pintu, pintu tidak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pula pintu bilik Ina. Dia terdengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tidak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tidak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak di atas katil dengan rambut Ina yang kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang?" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu, "Hu..hu..."

"Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi?"

"Hu..hu... " Ina masih dalam esak tangisnya.

Hakim sudah tidak mampu bersabar, dia sudah tidak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk mana pun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina, "Ina, what the hell is going on?! "Tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berhenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi..."

"Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar balik ekk? Tak pun bila Ina dapat bonus baru bayar."... 

Terduduk si Hakim!!!


Pautan asal artikel ini.

Hehehehehe.... 

Artikel - Penampilan Pertama McLaren X-1 Custom Supercar

Kredit kepada: Yahoo Auto
Gambar ihsan: Yahoo Auto


Assalamualaikum......



Kereta yang ditunjukkan di atas ialah McLaren X-1, yang dipamerkan sebagai kejutan di pameran kereta klasik The Quail di California baru-baru ini. Ini adalah kali pertama kereta X-1, kenderaan yang dibina khas oleh McLaren lebih dua tahun setengah mengikut spesifikasi pelanggan kaya, dipamerkan kepada umum. Kemungkinan juga ini adalah kali terakhir kereta yang bernilai jutaan dolar dengan kuasa pecutan sehingga 230 batu sejam ini dipamerkan buat suatu jangka masa.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Pakaian Mencerminkan Keperibadian

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

 
Seringkali kita mendengar orang berkata bahawa pakaian mencerminkan keperibadian kita tetapi kita seringkali alpa, kita terlalu lalai dan kita tidak pernah ambil peduli tentang pakaian yang dipakai untuk 'mengadap'. Kita lupa akan hakikat siapa diri kita. Seringkali kita mengadap Allah Subhana Wa Taala dengan pakaian yang kita pakai hampir seharian. Pakaian tersebut kadang-kala tidak diketahui sejauh mana kebersihan dan kesuciannya. Bayangkan seharian kita memakainya ke hulu, ke hilir dan kadangkala pakaian tersebut menyapu jalan raya kerana terlalu labuh mencecah lantai. Jadilah kita Majlis Perbandaran yang tidak bertauliah. Jauh bezanya dengan keadaan kita ketika menghadiri majlis-majlis keramaian atau kenduri. Dengan keharumannya dan pakaiannya yang tanpa sekelumit pun ada kesan kotoran degil.

Berbeza keadaannya untuk kita mengadap Allah Subhana Wa Taala. Bahkan kita juga rela memakai telekung yang dipenuhi bintik-bintik hitam umpama jeragat di muka dengan 'keharuman' yang tersendiri. Hilang keperihatinan tentang kebersihan sebagaimana yang kita laung-laungkan. Sedangkan Islam amat menitik beratkan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian.

Manakala ada juga di kalangan kita yang berhias sakan apabila ber'dating', tetapi bila masa mengadap Allah Subhana Wa Taala hanya berkain pelikat tanpa berbaju pula. Tidak timbul pun sedikit rasa malu di hati kita bila berpakaian demikian ketika sembahyang. Sembahyang seolah-olah menjadi perkara ringan dalam hidup kita. Sedangkan di zaman Rasulullah Salawatu Alai Wasalam ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan ada di kalangan sahabat yang gementar tubuh mereka apabila ingin menunaikan tanggungjawab ini. Jauh berbeza dengan kita hari ini yang hanya bersembahyang mi maggie, dua minit dah siap.

Oleh itu, renungilah diri kita, ibadat kita demi kebahagiaan di sana. ..."Dunia ini adalah umpama tanam-tanaman untuk akhirat"...

Wednesday, August 22, 2012

Artikel - Nasihat Wanita Cantik Sedarkan Hasan Basri

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



HASAN BASRI pada zaman mudanya, kelihatan bagus dan tampan, lebih-lebih apabila memakai pakaian mahal. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sangat senang berdasarkan keindahan dan ramainya penduduk tinggal di kota itu.

Pada suatu hari, ketika Hasan berjalan, secara tiba-tiba beliau melihat seorang wanita cantik.

Melihat wanita cantik itu. Hasan berjalan mengikutinya. Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau tidak malu?”

Jawab Hasan: ”Malu pada siapa?” Wanita itu berkata, “Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati.”

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya, akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu.

Wanita itu berkata lagi kepadanya: “Mengapa engkau mengikuti aku?” Jawab Hasan, “Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu.” Wanita itu berkata, “Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki.”

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.



Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita cantik itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan.

Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. Melihat hal sedemikian, maka pelayan terbabit berkata, “Sungguh tuan puteri berkata: “Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang.”

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya, ”Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu.”

Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman. Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf segala kesalahannya.

Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisan wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku.

Dikatakan bahawa pemilik rumah itu telah meninggal dunia. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari.

Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga.

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya, “Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku.”

Jawab wanita itu, “Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau.” Hasan berkata, “Berikanlah kepadaku akan nasihatmu.”

“Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.” kata wanita berkenaan.

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan hingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhud dan taatnya kepada Allah.

Akhirnya, dia pun memperoleh darjat tinggi dan mulia serta menjadi seorang  wali dan kekasih Allah.

Sekadar Luahan - Balasan Akibat Poyo Sebelum Raya.. LOL :-D

Kredit kepada: Nurfadzilah Mohd Amin
Gambar ihsan: Nurfadzilah Mohd Amin


Assalamualaikum....


Balasan akibat bersikap 'poyo' sewaktu membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri. Bukan setakat tersalah menaiki tren yang hendak dihebohkan, habis semua baju seluar tudung warna apa yang dibeli pun boleh jadi bahan cerita.

Kesudahannya? Nahh! Ambik kau! Hahahaha... 

Main yoyo sambil minum koko,
Sape suruh poyo, padan la muko!


Selamat hari raya.. Maaf zahir dan batin..

Wordless Wednesday - Lambuk

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....


Monday, August 20, 2012

Artikel - Sains Juga Membuktikan Adanya Tuhan (Bhgn 1)

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....
 

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden ‘New York Academy Of Sciences’ yang pertama kali diterbitkan dalam Reader’s Digest Januari 1948, kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ia telah diterbit semula di dalam Reader’s Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran kuasa Yang Maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan Maha Pencipta. Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama: Dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling-syiling tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling-syiling tersebut dan gaulkan mereka kembali. Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 secara berterusan adalah 1 dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari-hari dan malam-malam bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua-benua akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta-juta kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar-benar mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu-lagu cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar-agar mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.


Bersambung ..........

Pautan asal artikel ini.

Sekadar Luahan - Sahur Dengan Makanan Segera Jerr.... Huhuhu........

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum...

Bagaimana rasanya menjadi seorang ayah atau bapa atau papa atau apa sahajalah yang membawa maksud seumpamanya? Soalan begitulah yang sering ditanya bila ada yang mendapat cahaya mata pertama. Di sebaliknya juga, janganlah fikirkan ia semudah apa yang dikata kerana di sebalik keceriaan, keseronokan dan keterujaan itu terselit cabaran yang bakal digalas untuk jangka masa panjang, jika tidak sekerat jalan, semestinya untuk seumur hidup. Seronok tatkala mendapat berita isteri hamil, kandungan membesar, sehinggalah saat melahirkan di dewan bersalin, menyambut kepulangannya ke rumah sehinggalah melalui masa-masa bersama dalam kehidupan sehinggalah salah seorang tiada lagi.. Ahh, begitulah rencahnya bagi semua orang....

Bagaimana pula keadaannya jika menyambut kelahiran ketika di bulan Ramadhan? Saat yang lain baru buka mata untuk bersahur di rumah, kita di hospital bersengkang mata menyambut insan baru dalam hidup. Salah satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Bila diceritakan kepada kawan-kawan, ada yang turut berkongsi kemanisan kisahnya, tetapi adalah juga yang ketawa kerana katanya 'wrong timing'... atau 'main bedal jerr'... hahaha

Begitulah juga yang saya lalui sejak menimang cahaya mata pertama. Saya sendiri tidak menjangkakan akan berlakunya perkara sebegini. Apa boleh buat, yang berlaku sudah berlaku ....

Pengalaman kali pertama dahulu, saya berpeluang bersamanya menyambut anak kami di dewan bersalin. Ketika itu jam menunjukkan 2.30 pagi. Selepas isteri dan anak ditolak masuk ke wad dan selesai urusan beberapa dokumen, saya mula mencari tempat untuk mengisi perut. Namun faham-faham sahajalah, mana ada tempat makan atau restoran dibuka pada waktu ini kecuali restoran makanan segera itu pun yang beroperasi 24 jam yang berhampiran hospital. Dengan mata yang masih mengantuk dan perut bergendang dengan macam-macam bunyi, saya jejakkan juga kaki ke situ untuk makan.. atau di bulan puasa ini dipanggil sahur.  :-D

Sesudah itu saya pulang ke rumah untuk solat Subuh dan tidur. Satu-satunya waktu tidur siang yang boleh diterima oleh keluarga ketika itu. Lagipun, waktu itu saya mengajar sebagai guru ganti sesi petang. 


Inilah sahaja yang tinggal sesudah Snack Plate selesai dikerjakan


Kali kedua, pengalaman lebih kurang sama cuma persediaan sempat dibuat lebih awal kerana tanda-tanda melahirkan sudah ada sejak dari jam 6.00 petang, sebelum bersalin. Tidak mahu membuang masa, maka saya terus bawa isteri ke hospital dan daftar masuk. Sempat jugalah isteri berbuka dan lalui puasa penuh untuk hari itu. Sesudah selesai menghantarnya, saya pulang sebentar ke rumah untuk solat dan berehat sebentar sebelum datang semula ke hospital. Tidak tahu sama ada waktu itu isteri sudah bersalin atau belum, saya menjangkakan dia masih dalam wad dan saya menanti untuk dipanggil. Dengan badan yang masih keletihan, saya tidur sebentar di kerusi depan dewan bersalin. Sekitar jam 2.40 pagi, barulah menerima panggilan daripada jururawat menyatakan isteri berada dalam dewan bersalin. Pun begitu, saya tidak pula dipanggil masuk sebagaimana yang kali pertama dahulu. Jadi saya tunggu sahaja, manalah tahu akan dipanggil semula.

Sejam.. dua jam..menunggu. Perut mula buat hal minta diisi. Dengan rasa berat hati, saya keluar sebentar untuk bersahur.. di restoran makanan segera yang berhampiran :-|

Oleh kerana tidak juga menerima apa-apa panggilan, saya segera pergi semula ke dewan bersalin selepas selesai bersahur. Pun tunggu hampir sejam, barulah dipanggil. Itu pun ketika jururawat keluar sambil bawa katil isteri yang ketika itu sudah selamat bersalin... Ehhh?? Dah keluar?? Keduanya kemudian dibawa ke wad untuk berehat sebelum boleh discharge keesokan petangnya. 




Perasaan ketika itu? Hmmm... sedikit hampa sebab tidak dapat bersamanya di dewan bersalin tetapi tetap gembira selepas keduanya selamat. Dengan kelahiran ini, maka lengkaplah sepasang cahaya mata kami :-)


Saturday, August 18, 2012

Artikel - Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia Menggunakan Wang Kertas (Bhgn 3)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Sambungan daripada Bahagian terdahulu - Bahagian I dan Bahagian II



Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanyalah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semestinya menunaikan ‘janji’ itu. Atas alasan inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI ....
 
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkannya. Pengertian sebenar di sebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Sebagai contoh wang kertas negara Iraq, Saddam Husin. Terus tidak laku apabila Iraq jatuh di tangan US.

Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukanlah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh spekulator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlakunya susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam  tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929. 


Bersambung.........


Artikel - Kelebihan Surah Al-Insyirah

Kredit kepada: Quran.com
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....



(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad) serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihan Surah Al-Insyirah

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Sumber: Perkim (dr Facebook)

Thursday, August 16, 2012

Artikel - Harga Segelas Susu

Kredit kepada: Majalah Solusi, FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...


Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”


Pengajaran:

Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Petua - Merangsang Penghasilan Susu Ibu

Kredit kepada: Blog Pandang-pandang
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

 
Petua ini ditujukan kepada para ibu yang baru bersalin yang menghadapi masalah kurang susu, khusus untuk menyusukan bayi. Petua ini ada dicadangkan di satu laman blog. Anda boleh KLIK SINI untuk ke laman berkenaan.

Caranya ialah dengan menggunakan daun durian belanda. Ambil beberapa helai daunnya, rebus dan minum air rebusannya. Kaedah ini juga baik untuk merangsang pengeluaran peluh selain sebagai kaedah merawat selsema, demam panas dan batuk.

Petua-petua lain berkaitan merangsang penyusuan bayi:

Sunday, August 12, 2012

Berita - Kaitan Antara Pembunuhan, Stigma, Budaya dan Penyakit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.........




Kaitan pembunuhan besar-besaran dengan sakit mental - antara stigma, budaya dan penyakit. 

Persoalannya di sini ialah bagaimana untuk memahami siapakah yang berisiko bertindak ganas tanpa meningkatkan stigma yang dikaitkan dengan sakit mental, terutamanya apabila stigma berkenaan menjadi sebahagian besar daripada perkaitan antara kedua-duanya? Sebahagian data yang diperoleh mungkin boleh membantu - mereka-mereka yang menghidap skizofrenia, sejenis gangguan yang dikaji oleh para psikiatri yang merawat Holmes. Berdasarkan kajian semula terhadap satu penyelidikan yang dijalankan pada 2009, pakar psikiatri mendapati pesakit yang menghidap gangguan ini secara kasarnya mempunyai dua kali peluang untuk bertindak ganas berbanding mereka yang tidak menghidapinya. Pesakit yang menghidap skizofrenia dan gangguan akibat penggunaan bahan mempunyai risiko bertindak ganas 9 kali lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghidapi apa-apa gangguan. Perkaitan antara gangguan ini terutamanya yang dikaitkan dengan jenayah menyatakan penghidap skizofrenia adalah 20 kali lebih tinggi berisiko membunuh orang lain daripada mereka yang tidak terjejas akibat penyakit ini.

Walaubagaimanapun, majoriti penghidap skizofrenia iaitu 1% daripada populasi, tidak pernah melakukan keganasan. Kajian pada 2011 ke atas data mereka yang menderita akibat psikosis buat kali pertama yang juga sering dikaitkan dengan tanda skizofrenia mendapati 35% daripada mereka pernah melakukan beberapa jenis tindakan ganas. Ini menunjukkan bahawa 2/3 daripada populasi adalah tidak ganas. Tambahan lagi, daripada sejumlah pesakit yang pernah menjadi ganas ini, hanya kurang daripada 1% yang benar-benar bertindak ganas cukup teruk sehingga menyebabkan mangsanya dihantar ke hospital atau mengalami kecederaan kekal.


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Friday, August 10, 2012

Artikel - Bila Masuk Rumah Baru ...

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..

Sedikit panduan buat mereka-mereka yang baru berpindah ke kediaman baru...



1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.


Paranormal - Wanita Suka Bersolek: Sasaran Jin Untuk Dipikat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat adalah sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya," tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al-Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.


Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
  1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
  2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah
  3. Meninggikan suara dalam bilik air
  4. Menangis dan merintih sebelum tidur
  5. Membuang air panas ke dalam bilik air
  6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
  7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
  8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
  9. Selalu bertengkar suami isteri
  10. Terlampau marah
  11. Mengikut hawa nafsu
  12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
  13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
  14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
  15. Perempuan suka bersolek
  16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
  17. Jin jatuh cinta pada manusia
  18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


- Sumber: FB

Thursday, August 9, 2012

Sekadar Luahan - Gara-gara Bising, Kena Nyanyi Tengah Panas

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Membaca satu post seorang rakan di laman Facebook miliknya, mengingatkan saya mengenai kenangan lama sewaktu kami sama-sama di zaman sekolah rendah dahulu.

Kisah ini berlaku ketika di darjah 6 sewaktu bersekolah di Negeri Sembilan dahulu. Sekitar tengahari, tiada guru dalam kelas. Apa lagi, semua kawan-kawan mula bising dengan macam-macam perangai. Ketua pelajar pun sama naik juga. Sudahnya ada seorang cikgu dari kelas lain yang tidak mengajar tiba-tiba datang menyergah. Habis semua duduk diam sekejap tetapi memandangkan dari tadi sudah kantoi sebab bising, maka cikgu ini pun mendenda kami semua untuk turun ke tapak perhimpunan dan menyanyikan lagu Negaraku sebanyak 17 kali. Ketua pelajarlah yang teruk kena jadi ketua koir di depan semua kawan-kawan. Tengahari itu, habis semua kawan dari kelas lain termasuk pelajar sesi petang yang baru sampai tengok sambil gelakkan kami ramai-ramai. Habis sahaja menyanyi, dengan panasnya lagi, kami disuruh duduk mencangkung macam pendatang tanpa izin lagaknya. Kami semua dileteri sebelum disuruh masuk semula ke kelas.





P/S: Menulis sambil melayan lagu The Sweet Escape oleh Gwen Stefani dan Akon

Wednesday, August 8, 2012

Berita - Program KKKT Bersama Yang Berbahagia Ustaz Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz 7.8.2012

Kredit kepada: KKKT
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Sempena memeriahkan bulan Ramadhan yang mulia ini, satu majlis ilmu iaitu Program Bersama Yang Berbahagia Ustaz Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz telah diadakan pada 7.8.2012 dan 8.8.2012 bertempat di Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu.

Program anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu dan Masjid Sultan Ismail yang diadakan selama dua hari ini membincangkan tajuk Falsafah dan Hikmat Asbabun Nuzul yang diadakan pada 7.8.2012 jam 9.00 malam, dan tajuk Terapi Hati Dengan Al-Quran pada 8.8.2012 jam 9.00 pagi.

Antara tetamu yang hadir adalah jemputan dari sekolah-sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Sekolah Menengah Teknik Terengganu, para penuntut Institut Latihan Perindustrian, sebahagian pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu serta penduduk sekitar Kuala Terengganu.

Antara yang turut dibincangkan dalam majlis ini ialah perkara berkaitan zina hati, gangguan syaitan ketika solat, dan bagaimana menyucikan hati selain turut menyentuh serba sedikit mengenai pengaruh sihir. Turut dikongsikan ayat-ayat yang boleh diamalkan bagi dijadikan pendinding kepada sihir, melembutkan hati dan bagi memudahkan menerima pelajaran. 




Antara tetamu yang hadir


Sesi soal jawab


Penyampaian cenderahati


 Kurma sebagai cenderahati buat tetamu yang hadir


Sesi soal jawab dibuka bagi menjawab kemusykilan hadirin.

Sebagai menutup majlis, sedikit cenderahati diberikan kepada Yang Berbahagia Ustaz Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz serta kepada tetamu yang hadir sebagai tanda penghargaan di atas perkongsian bermanfaat ini.

Artikel - Kesalahan Ejaang Iklan Perkhidmatan Edisi Teganu :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.......

Hahaha LOL!



Iklan perkhidmatan gunting rambut yang ditulis dalam loghat Terengganu berserta kesalahannya sekali. Dijumpai terselit pada pengelap cermin kenderaan penulis satu masa dahulu :-D

Wordless Wednesday - Waiting ........

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum......


Monday, August 6, 2012

Artikel - Lagi Foto 'Your Shot' Dari NATGEO

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Ini adalah sebahagian foto terbaik daripada pembaca untuk segmen 'Your Shot' NATGEO.

























KLIK SINI untuk lebih banyak foto.