Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Sekumpulan penjelajah gua dan para saintis membuat penemuan yang jarang didapati - satu keluarga labah-labah taksonomi dalam sebuah gua di Oregon. Hanya dua spesis labah-labah telah ditemui sejak 1990 dan yang ini adalah yang terbaru. Sebelum ini ditemui di Amerika Utara pada 1890, kata Charles Griswold, pengkaji di California Academy of Sciences yang juga bertindak sebagai ketua penulis kajian spesis ini.
Sehingga kini, keluarga labah-labah ini hanya terdiri daripada satu spesis yang dinamakan oleh pengkaji sebagai Trogloraptor marchingtoni. Spesis ini dinamakan sempena Neil Marchington, ahli Western Cave Conservancy, yang juga orang pertama menemui spesis ini. Nama genusnya, Trogloraptor, bermaksud "perompak gua."
Ia adalah nama yang sesuai bagi spesis labah-labah ini yang mempunyai cangkuk yang unik pada kakinya, yang dipercayai pengkaji bahawa ia boleh digunakan untuk menangkap serangga yang sedang terbang di udara. Dengan kakinya yang mampu meregang menjadikan ukuran labah-labah ini mampu mencapai sehingga 3 inci atau 8 cm panjang.
"Ia agak besar," kata Griswold. "Tetapi apabila anda berada dalam gua yang gelap dan hanya ditemani lampu suluh, ia akan kelihatan lebih besar lagi. Sungguh menghairankan bila melihat mereka dapat bergantung hanya pada beberapa helai bebenang. "
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment