MY FOLLOWERS

Sunday, August 12, 2012

Berita - Kaitan Antara Pembunuhan, Stigma, Budaya dan Penyakit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.........




Kaitan pembunuhan besar-besaran dengan sakit mental - antara stigma, budaya dan penyakit. 

Persoalannya di sini ialah bagaimana untuk memahami siapakah yang berisiko bertindak ganas tanpa meningkatkan stigma yang dikaitkan dengan sakit mental, terutamanya apabila stigma berkenaan menjadi sebahagian besar daripada perkaitan antara kedua-duanya? Sebahagian data yang diperoleh mungkin boleh membantu - mereka-mereka yang menghidap skizofrenia, sejenis gangguan yang dikaji oleh para psikiatri yang merawat Holmes. Berdasarkan kajian semula terhadap satu penyelidikan yang dijalankan pada 2009, pakar psikiatri mendapati pesakit yang menghidap gangguan ini secara kasarnya mempunyai dua kali peluang untuk bertindak ganas berbanding mereka yang tidak menghidapinya. Pesakit yang menghidap skizofrenia dan gangguan akibat penggunaan bahan mempunyai risiko bertindak ganas 9 kali lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghidapi apa-apa gangguan. Perkaitan antara gangguan ini terutamanya yang dikaitkan dengan jenayah menyatakan penghidap skizofrenia adalah 20 kali lebih tinggi berisiko membunuh orang lain daripada mereka yang tidak terjejas akibat penyakit ini.

Walaubagaimanapun, majoriti penghidap skizofrenia iaitu 1% daripada populasi, tidak pernah melakukan keganasan. Kajian pada 2011 ke atas data mereka yang menderita akibat psikosis buat kali pertama yang juga sering dikaitkan dengan tanda skizofrenia mendapati 35% daripada mereka pernah melakukan beberapa jenis tindakan ganas. Ini menunjukkan bahawa 2/3 daripada populasi adalah tidak ganas. Tambahan lagi, daripada sejumlah pesakit yang pernah menjadi ganas ini, hanya kurang daripada 1% yang benar-benar bertindak ganas cukup teruk sehingga menyebabkan mangsanya dihantar ke hospital atau mengalami kecederaan kekal.


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

No comments: