MY FOLLOWERS

Friday, August 3, 2012

Artikel - Bedil: Keunikan Buka Puasa di Kuala Terengganu

Kredit kepada: Laman Lokman Ramli, TRG 5353, Sisi Kizz Kazz, My Adha
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Tahukah anda bahawa terdapat satu keunikan berbuka puasa dan bersahur di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya?

Satu-satunya yang ada di sini dan tidak terdapat di negeri dan kawasan lain ialah anda tidak perlu tunggu saat azan atau menatap jam sebagai tanda berbuka atau imsak, sebaliknya anda akan mendengar bunyi bedil di langit sebagai tandanya. Selepas bunyi bedil, mungkin dalam beberapa minit barulah anda akan mendengar laungan azan. 

Tradisi membunyikan bedil ini sudah lama diamalkan di sini sejak 5 dekad yang lalu. Bunyi bedil ini 'dilepaskan' dari Bukit Pak Apil sebagai menandakan kemeriahan sambutan dan masuknya waktu berbuka puasa dan imsak di sepanjang Ramadhan setiap tahun. Anda boleh lihat peta lokasinya DI SINI.

Difahamkan tradisi bedilan ini menyusul selepas penggunaan genta atau loceng besar di Bukit Puteri ketika zaman Sultan Zainal Abidin Ketiga dari 1881 hingga 1918.

Bunyi bedil akan kedengaran sehingga sejauh 10 km. Bunyi bedil jelas kedengaran sehingga ke kawasan seperti Kuala Ibai, Chendering, sehinggalah ke Seberang Takir. Seperti kebiasaannya, bunyi bedil mula dapat didengar pada sebelah petang selepas waktu Asar sebanyak 7 kali pada hari sebelum puasa (solat tarawih pertama pada malam tersebut). Di kalangan masyarakat di sini, bunyi bedil ini dikenali sebagai 'bedil puasa'. Manakala pada malam raya dan pada pagi 1 Syawal, akan kedengaran lagi 7 kali pada malamnya dan 7 kali lagi pada pagi 1 Syawal. Bedilan pada malam raya dan pagi Syawal ini juga dikenali sebagai 'bedil raya'.

Seterusnya bunyi berkenaan akan kedengaran lagi sebanyak sekali pada waktu berbuka dan dua kali pada waktu imsak. Bedilan pertama adalah sebagai peringatan waktu sahur hampir berakhir. Pada ketika ini, masih boleh menghabiskan makanan dan minuman yang terakhir. Bila terdengar bunyi bedilan kedua selang beberapa minit kemudian yang turut menandakan telah masuk waktu imsak, maka anda perlu berhenti makan dan minum serta-merta.

Pun begitu, bunyi bedil masih boleh didengari pada enam hari berikutnya pada bulan Syawal bagi memudahkan mereka-mereka yang melakukan puasa sunat.



Sumber dentuman bedilan:  SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  |   



Selamat menunaikan ibadah puasa :-)

No comments: