MY FOLLOWERS

Sunday, February 24, 2019

Artikel - Pertandingan Memanah Besut/Setiu di Dewan Terbuka Sungai Tarom pada 26.1.2019

Kredit kepada: SSV
Gambar ihsan: owner


Pertandingan Memanah anjuran gabungan kelab Besut dan Setiu diadakan pada 26.1.2019 bertempat di Dewan Terbuka Sungai Tarom, Setiu.

Acara ini diadakan bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.










Memastikan tiada sebarang gangguan sebelum memulakan sebarang aktiviti panahan. 
Kalau tidak, ...





Adik-adik pun boleh sertai pertandingan ini dengan syarat boleh memanah, dan dengan bayaran hanya RM5 bagi setiap penyertaan. 






Acara kali ini dibahagikan kepada kategori cilik, dan dewasa dengan jarak sebagaimana ditetapkan. 

Turut dibuka pertandingan mini fun shooting oleh pihak syarikat barangan memanah Sanrie Sport Ventures, yang juga penaja bagi piala pertandingan kali ini. Selain membuka perrtandingan mini, pihak Sanrie Sport juga membuka meja jualan barangan memanah. Antaranya anak panah, kertas sasaran, target butt, target stand, set busur untuk kanak-kanak, set busur tradisional dan moden, alat ganti anak panah serta servis membetulkan tali busur. 


Hadiah pertandingan adalah berupa pingat, madu, cenderahati selain sijil penyertaan. 


Selain itu, hadiah cabutan bertuah berupa hamper juga disediakan. 

No comments: