MY FOLLOWERS

Friday, April 27, 2012

Artikel - Larangan Mengumpat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 



Dalil dari sepotong ayat al-Quran dan 2 hadis sahih ini boleh dijadikan hujah yang melarang kita mengumpat. Kadang-kadang berlaku sewaktu kita sedar, dan adakalanya kita terumpat tanpa kita sedari.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " - surah al-Hujurat: ayat 12

Rasulullah s.a.w. menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yang bermaksud, “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
- Hadis riwayat Muslim

Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah bersabda: "Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya: Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab: Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain". - Hadis riwayat Abu Daud.


Sumber

No comments: