MY FOLLOWERS

Tuesday, April 10, 2012

Sekadar Luahan - Hubungan Putus Angkara Sihir dan Pihak Ketiga

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....
Terkilan sebenarnya bila difikirkan mengapa masih ada segelintir orang dalam kalangan masyarakat moden hari ini yang masih pergi kepada pengamal ajaran salah semata-mata untuk mendapatkan sesuatu atau seseorang yang sangat dihajati.


Sedih mengenangkan apa yang berlaku kepada sesiapa yang menjadi mangsa, tetapi mestikah kita sentiasa kata 'dah takdir, apa boleh buat?' setiap kali perkara sebegini berlaku sedangkan sejak dari mula lagi kita boleh elakkannya?? Kepada yang berniat menggunakan cara salah ini, ia berbalik kepada persoalan sikap dan hati.

Baru-baru ini dikejutkan dengan khabar dari adik angkat yang baru sahaja diceraikan talak satu angkara orang ketiga. Kenal siapa orang ketiga itu dan sudah pernah dipujuk untuk diajak berbincang secara baik, namun masih berkeras tidak mahu melepaskan juga suaminya.

Memandangkan masing-masing berjauhan kerana faktor pekerjaan, maka akan balik hanya ketika cuti. Semenjak si suami dikatakan rapat dengan perempuan berkenaan, sikapnya sudah jadi berbeza. Setiap kali balik cuti, pasti ada yang tidak kena, pasti terasa tidak betah duduk di rumah. Sekejap sahaja di rumah, sehari dua kemudian mahu terus balik. Bermacam alasan diberi. Semua yang dibuat isteri dirasakan serba tak kena, semuanya salah. Dengan ilmu perubatan Islam yang ada, ayahnya mengesyaki si menantu sudah terkena dengan perempuan itu. Kesudahannya, perkahwinannya yang baru setahun berakhir dengan perceraian.


Penulis sendiri pernah merujuk kepada pengamal perubatan Islam untuk mengetahui apakah yang mungkin berlaku kepada bekas kekasih terdahulu. Ya, lebih kurang sama dengan rentetan yang dilalui adik angkatnya... penglibatan orang ketiga dan penggunaan unsur sihir untuk pisahkan kami. Empat tahun berkasih berakhir sekelip mata dengan campur tangan benda sebegini.

Buat sesiapa yang pernah menjadi mangsa kes-kes sebegini serta adik angkat yang dikasihi, kuatkan semangat ... tingkatkan benteng pertahanan diri dengan perbanyakkan amal ibadah. Usah ditangisi perkara yang lalu, segala yang buruk itu jadikan pengajaran untuk lebih kuat di masa akan datang....

INGAT!! Sihir .... ia membinasakan..

1 comment:

Wahidah said...

zaman skrang ne makin berleluasa pulak ilmu2 sihir ne sumer..tp rawatan Islam insyaAllah dgn izin Allah dpt menyembuhkn gangguan2 ne...kdg2 lg maju manusia zaman skrang ne lg mundur pemikirannya..waallahu alam..