MY FOLLOWERS

Friday, April 13, 2012

Hidupan Liar - Spesis Katak Terkecil Didakwa Vertebrata Terkecil Di Dunia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Satu spesis katak yang mampu melompat jauh didakwa sebagai vertebrat terkecil di dunia, mengatasi satu spesis ikan yang mendapat gelaran berkenaan pada tahun 2006. Namun penemuan satu lagi spesis ikan telah menimbulkan pertikaian ke atas dakwaan berkenaan. 

Satu artikel dalam jurnal PLoS One telah menamakan Paedophryne amauensis sebagai haiwan bertulang belakang terkecil di dunia. Katak dewasa berukuran 3/10 inci atau lebih kecil daripada ikan karp dijumpai di kepulauan Sumatra, Indonesia. Katak ini begitu kecil sehingga ahli herpatologi dari Louisiana State University dan ahli biologi alam sekitar Christopher Austin terpaksa membesarkan foto close-up untuk memberikan gambaran lebih jelas. 

Pada bulan Ogos 2009, Austin dan pelajarnya Eric Rittmeyer telah mengumpul dan merekodkan bunyi mengawan katak pada waktu malam di hutan tropika berhampiran perkampungan Amau di timur Papua New Guinea ketika mereka mendengar bunyi bernada tinggi yang dikeluarkan katak berkenaan. 

"Katak ini mengeluarkan bunyi yang langsung tidak sama dengan bunyi katak biasa. Ia berbunyi lebih seperti serangga," kata Austin. Bunyi tersebut seperti berada di sekeliling dan mereka mengambil sedikit masa untuk memastikan bunyi tersebut datangnya dari atas tanah. Oleh kerana tidak dapat mengesan haiwan berkenaan, mereka menangkap sebahagian habitat dengan harapan dapat menemui serangga yang menghasilkan bunyi tersebut. 

"Kami mengambil sejumlah daun yang berselerak dan letakkannya dalam beg plastik, mencarinya dari sehelai ke sehelai daun dan menemui katak kecil yang melompat dari salah satu daun." katanya.


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.