Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Youtube
Assalamualaikum...
What time is it? Where u are? 5 more days and I'll be home ....
Tanyalah mana-mana lelaki pun, sejujurnya semua akan rasa seronok kalau dapat mendampingi si cantik sebagai teman. Lagi seronok kalau dapat memilikinya sebagai teman hidup yang akan sentiasa bersama mengharungi susah dan senang kehidupan bersama. Indahnya dirasakan... seakan-akan hidup ini sudah seperti syurga. Segalanya cukup.. Mahu apa, semuanya sudah ada.. Adakalanya seperti sudah tidak mahu lagi yang cantik-cantik di luar sana kerana sudah ada yang di depan mata dan sentiasa di hati...
Bagaimana pula kalau yang sudah pernah alami pengalaman buruk? Atau pengalaman agak menakutkan? Maksudnya, bukanlah kerana berkaitan hantu tetapi dalam bentuk pengalaman lain...
Dulunya, sewaktu putus dengan kekasih lama, memang tidaklah tahu apa punca sebenarnya yang menyebabkan hubungan ini putus. Sehinggalah di suatu ketika berkesempatan bertemu seorang ustaz yang boleh membantu mengetahuinya. Dikhabarkan, si kekasih oleh kerana berjauhan, dia ada berkenalan dengan seorang lelaki dan lelaki ini mahukannya. Mungkin kerana keinginan inilah, dia menghantar sihir. Kesannya, si perempuan berubah sikap sedikit demi sedikit pada kekasihnya. Cinta dan hubungan yang dahulunya excited menjadi hambar dan tawar. Bila ditanya perihal kekasihnya, mulalah dia marah-marah pada ibu dan orang sekelilingnya. Perangainya jauh berubah dan tidak lagi seperti dirinya yang asal. Habis dimarah seperti sudah tidak kenal semua orang di sekelilingnya! Akhirnya, hubungan putus setelah 4 tahun bersama.
You say good mornin', when its midnite...
Si kekasih kecewa. Puas dibuat solat hajat dan solat sunat yang lain memohon pertolongan daripadaNya. Alhamdulillah, sebulan kemudian barulah boleh dia bangkit kembali. Perasaan cinta yang terasa 'terikat' kuat dahulu itu kini sudah tiada lagi. Semua surat-surat dan foto sudah boleh dibuang tanpa rasa mahu diingat kembali. Terasa dada bebas dan lapang. Pun begitu, kesan trauma dan sedikit perasaan takut mula hadir. Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan mana-mana gadis yang mungkin cantik atau setidaknya ada paras rupa tidak kiralah dalam sebarang urusan. Sesekali datang rasa pedih dalam hati juga. Bukanlah kerana rupanya akan nampak seperti hantu atau seumpamanya tetapi oleh kerana pernah melalui pengalaman kekasih dirampas menggunakan sihir. Mungkin akan sedikit cemburu andainya terlihat orang lain mengorat si cantik yang dilihatnya pada satu-satu masa, tetapi akan disusuli dengan rasa takut ekoran daripada pengalaman ini.
Walaubagaimana pun, sekali-sekali terasa rindu juga pada si cantik yang ajak bergambar bersama sewaktu satu acara pertengahan Mac yang lepas... mengajak bergambar bersama sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya disusuli senyuman menawan buatkan hati sedikit cair... orangnya pun masih cantik jelita dan masih muda. :-)
No comments:
Post a Comment