Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Internet addiction disorder (IAD), ialah satu keadaan apabila seseorang menggunakan komputer secara berlebih-lebihan dalam kehidupan sehari-hari. IAD telah dicadangkan sebagai sejenis gangguan dalam bentuk penipuan satira (satirical hoax) oleh Ivan Goldberg, M.D. pada tahun 1995. Beliau menggunakan penyakit perjudian yang didiagnos oleh Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV) sebagai model bagi menjelaskan mengenai IAD. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak termasuk dalam DSM pada 2009 dan ia mendapat liputan di akhbar dan mungkin diklasifikasikan sebagai satu bentuk gangguan psikologi yang masih dalam perbincangan dan kajian.
Aktiviti online kebiasaannya dianggap sebagai gangguan seperti perjudian dan membeli belah, juga dikenali sebagai net compulsions. Contoh lain, membaca dan bermain permainan video dianggap gangguan hanya apabila ia mengganggu aktiviti kehidupan yang lain. Mereka yang menyokong klasifikasi gangguan ini memecahkan IAD mengikut aktiviti, seperti berlebihan, penggunaan pornografi, bermain permainan video, berhubung menerusi laman sosial, blog, email, atau membeli belah dalam talian.
Pautan lain:
Keadaan gila internet IAD
Ketagihan internet sama buruknya dengan ketagihan kokain
Ohh...dahsyatnya...
No comments:
Post a Comment