MY FOLLOWERS

Monday, April 2, 2012

Artikel - Tukar Drive Shaft Bila Ada Bunyi Getaran

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Jika terdapat bunyi getaran (vibrate) dan dapat dirasakan dari bahagian bawah tapak kaki pemandu, berkemungkinan berlaku kerosakan pada drive shaft. Jika kerap terlanggar lubang atau bunyi getaran kuat sewaktu mengambil selekoh, mungkin keadaannya akan menjadi semakin teruk. Usah ditunggu sehingga bunyinya menjadi semakin kuat kerana ia bahaya kepada pemandu dan kenderaan itu sendiri. Manalah tahu jika tiba-tiba bahagian tersebut tercabut sewaktu memandu di jalan raya...


Drive shaft berserta boot-nya yang baru


Sebatang drive shaft lengkap 
 


Perbandingan yang lama (atas) dengan yang baru
 


Bahagian drive shaft yang akan dipasang
 


Minyak gear yang tumpah (lihat jalur merah tegak) ditadah dan dituang semula ke dalam enjin selepas proses menukar drive shaft selesai.
 


Selepas dipasang ......
 


Proses menukar drive shaft lama kepada yang baru tidak memakan masa yang lama. Sebatang drive shaft didatangkan sekali dengan drive shaft boot-nya. Dalam kes ini, hanya drive shaft sebelah kiri pemandu sahaja ditukar kerana yang sebelah kanan masih dalam keadaan baik.
 
 

1 comment:

Unknown said...

Driveshaft masih berkocak walaupun sudah di tukar baru.