Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Kedengarannya seperti memperbodohkan orang lain. Persoalannya ialah siapa perbodohkan siapa? Siapa pula yang bodoh? Jika difikir dengan logik akal, haruskah satu sambutan itu diraikan dengan memperbodohkan sesiapa, menjatuhkan air muka orang lain atau sehingga mencetuskan kemarahan orang lain? Bukankah suatu perayaan itu jika disambut, haruslah mempunyai suasana menggembirakan seperti sambutan Hari Kantin di sekolah, sukaneka atau cuti umum lainnya seperti Hari Guru atau Hari Raya?
Bagi yang masih mentah dan belum mengerti, perbuatan 'mengenakan' orang lain pada tarikh 1 April ini kelihatan menyeronokkan. Begitu juga kita yang juga suatu masa dahulu juga merasakan seperti mana mereka. Namun, apabila sudah melalui zaman dewasa kini, aliran pemikiran juga turut berubah. Dengan itu, kita sudah mampu dan seharusnya berfikir akan baik buruknya amalan merayakan hari seperti ini (April Fool).
Bagi meraikan sesuatu perayaan itu, kita perlu fikir apakah sejarah berkaitannya dan adakah ia menyalahi syariat kita selaku umat Islam. Agama kita berbeza dengan agama-agama lain yang ada di dunia. Segala amalan yang diperintahkan untuk dilaksanakan itu antara yang membezakan kita dengan yang lain. Kita tidak boleh mengambil atau mencedok mana-mana adat, budaya mahupun perayaan dan meraikannya sewenangnya semata-mata kerana ia kelihatan menyeronokkan di mata kita.
No comments:
Post a Comment