Gambar ihsan: SyokOrg
Assalamualaikum....
Baru-baru ini kedengaran lagi mengenai isu perlaksanaan hukuman hudud di dada-dada akhbar dan di internet. Semestinya banyak pihak akan kembali memberikan penjelasan, menyatakan pro dan kontra serta implikasi perlaksanaannya. Rasanya anda boleh cari dan baca sendiri ulasannya di internet dan akhbar jika ingin mengetahui apa yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya yang terlibat dalam arena politik negara.
Walaubagaimanapun, di sini saya ingin sentuh atau highlight-kan lebih lagi adalah jawapan atau komen daripada sebilangan artis (yang secara peribadi saya sifatkan sebagai 'sengal') apabila ditanya mengenai perlaksanaan hukuman ini. Bagi saya, jawapan mereka sedikit sebanyak membuatkan saya rasa agak terkilan, seolah-olah mereka mempermainkan pula bentuk hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. walhal mereka sendiri juga umat Islam sebagaimana saya dan anda juga.
Baca petikan ini yang saya petik daripada sumbernya (Syok.org):
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud
- Berzina – iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara’.
- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
- Minum arak – minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
- Mencuri – iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
- Murtad – iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
- Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
- Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Jawapan artis:
Klik untuk lebih jelas.
Sumber
Dalam akhbar Harian Metro hari ini (7.10.2011), memetik kenyataan Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, yang juga Pengacara TV3 yang menyarankan adalah lebih baik artis tidak mengeluarkan pendapat berbentuk peribadi sebaliknya merujuk perkara ini kepada yang pakar kerana isu ini adalah sensitif.
KLIK SINI untuk membaca selanjutnya.
1 comment:
salam..
terbaca juga soal hudud ni tempoh hari. Tak berani untuk memberikan pendapat secara peribadi. bimbang dan khuatir sekiranya tersalah memberikan pandangan.
Post a Comment