MY FOLLOWERS

Friday, October 14, 2011

Sekadar Luahan - Kita Selalu Minta Maaf Pada Perkara Yang Salah... Betulkah??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Buat salah, kenalah minta maaf. Minta maaf yang macam mana?


Terlebih dahulu lihat contoh ini:

Seorang abang menegur seorang adik iparnya yang perempuan bahawa tidur di rumah kekasihnya adalah salah dan berdosa meskipun ibu bapa kekasihnya ada bersama di rumah berkenaan sehinggakan si adik ipar berkecil hati. Si abang menegurnya kerana perbuatan itu salah di sisi agama disebabkan mereka belum berkahwin dan dikhuatiri keluarga berkenaan turut menanggung dosa akibat bersubahat, dan kerana tidak mahu kesalahan yang sama berulang ke atas adik iparnya pula sebagaimana pernah berlaku ketika dia dan isterinya sama-sama masih bujang dahulu. 

Si abang telah menyedari ketegasan dalam melaksanakan tuntutan agama adalah perlu bagi mengelakkan diri daripada berterusan terjerumus dalam dosa. Si adik ipar ini amat susah mendengar nasihat terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek agama.

Jika si abang ini membocorkan rahsia adik ipar ini kepada abang iparnya, pasti akan dimarahi lebih teruk. Tambahan, ini sudah berlaku beberapa kali. Sebelum ini pun, dia pernah dimarahi sehingga dia lari dalam bilik dan menangis. Kononnya merajuk! Lagi teruk, bila dapat tahu yang abang iparnya yang membocorkan rahsia sebelum ini sehingga dia dimarah teruk.

Isteri si abang ini selaku kakaknya pula seakan membelanya dengan mengatakan itu kebiasaan orang bercinta di zaman kini dan membuatkan si suaminya berang sehingga tidak mahu meminta maaf kepada adik iparnya atas apa yang berlaku. 


Persoalan saya:
  1. Mengapa mesti ikut peredaran zaman dalam soal dosa pahala ini sedangkan sudah jelas segala hukum-hakamnya? Zaman dan masa sentiasa berlalu tetapi hukum-hakam tetap sama. Bukankah begitu?
  2. Jika si adik ipar sudah mengetahui hukum-hakamnya, mengapa masih ingin ikut juga orang lain yang berbuat demikian sebagaimana kebiasaan?
  3. Siapa perlu minta maaf dalam hal ini? Si abang kepada adik ipar kerana membuatkannya kecil hati? Atau adik ipar kerana tidak mendengar nasihat?
  4. Perlukah si abang ipar mendapatkan pandangan kekasih si adik iparnya untuk sama-sama dapatkan jalan penyelesaian lain?
  5. Apa pandangan anda?

P/s: Perlukan pandangan banyak pihak..

1 comment:

Admin said...

Agak sukar sebenarnya berdepan masalah begini, dalam dilemma. Kalau saya, lebih baik menasihati dan melarang. Ini bermakna kita sudah laksanakan apa yang patut diminta dalam agama.

Mengenai soal kemaafan. Maaf boleh diberikan dan diminta, itu tidak menandakan anda tewas. Cuma perlu banyak berdoa agar diberikan limpah rahmat dan petunjuk.

Kita sebagai manusia sudah melakukan dengan tingkat iman yang ada.

Boleh buat cara halus, kalau naik kereta sama2, pasanglah ceramah agama berkaitan, tak pun beli majalah yang ada kaitan - tak semestinya majalah agama, majalah mingguan wanita, wanita misalnya ada ruangan agama. Beli, dan insyaAllah, akan terbaca juga akhirnya.