MY FOLLOWERS

Monday, October 10, 2011

Artikel - Balik Kaki Ayam Lerrr...... hahahaha :-D

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18. Namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang di kampung itu. 

Dalam kampung itu, tinggal seorang orang gila bernama Ali. Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada orang kata, Ali mewarisi sifat gila dari bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. Maka hendak dijadikan cerita, seperti hari-hari Jumaat yang lain, Ali akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sungguhpun dia ini gila, tetapi dalam bab sembahyang dia tidak pernah gila.

Setelah selesai solat, Ali pun seperti biasa akan balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk  kesayangannya, tapi tidak berjumpa juga. Benganglah si Ali ini sebab selipar dia dicuri orang. Dengan tergesa-gesa, Ali masuk semula ke dalam masjid dan terus menuju ke mikrofon. Apalagi, dia
pun buat pengumuman dengan suara yang lantang.

"Kepada sesiapa yang curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yang arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"

Maka takutlah orang kampung Pinang 18.

Tiba-tiba datanglah seorang budak dengan wajah yang pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali.  Sambil tersengih-sengih budak itu berkata...

"alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."

Ali menjegilkan biji matanya tanda geram pada budak tersebut. Lintang-pukanglah budak itu lari.  Setelah dapat selipar buruknya, Ali pun bersiap-siap untuk meninggalkan masjid. Pak Imam yang dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut, Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa yang arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semula selipar dia?"

"Balik kaki ayam ler..." jawab Ali dengan selamba rocknyerr.. :-D


Wassalam ...


Sumber

No comments: