MY FOLLOWERS

Saturday, October 22, 2011

Sekadar Luahan - Bagaimana Saya Boleh Terlibat Dalam Dunia Penulisan Blog??

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Asalnya saya tidak mengetahui apa itu blog, malah perkataan 'blog' itu pun tak pernah saya jumpa. Saya mula terlibat dengan dunia penulisan maya ini ketika masih di universiti sekitar 2000 atau 2001. Pada waktu itu laman web universiti menyediakan ruangan forum khas untuk perbincangan antara pensyarah dan pelajar. Menarik, bukan sekadar perbincangan. Ada di antara entri lain yang dipaparkan banyak juga melibatkan perkara seperti nasihat, kisah-kisah pengajaran, lawak jenaka, memo serta iklan-iklan untuk kegiatan pelajar. Kisah-kisah pengajaran dan nasihatnya kebanyakannya masih ada lagi dalam simpanan, sekitar ratusan jumlahnya.


Saya mula terlibat secara aktif dan sebagai ahli kelab webmaster di laman berkenaan selepas diajak sendiri oleh Admin/webmaster laman berkenaan selepas satu insiden saya dihentam teruk di forum laman berkenaan kerana menegur pelajar supaya tidak menulis entri dengan perkataan-perkataan buruk dan mencadangkan cencorship dilakukan dalam penulisan. Akibatnya ruangan forum berkenaan ditutup seminggu sebagai 'denda' kepada mereka yang menghentam saya dan dilakukan sendiri oleh pihak Admin yang juga webmaster bagi laman web berkenaan.

Sekitar tahun 2009, salah seorang ahli forum menyiarkan entri berkaitan rahsia-rahsia bangsa Melayu serta sejarah berkaitannya. Saya terus ke pautan yang disediakan dan didapati ia ditulis di paparan blog holywar-efairy. blogspot.com/ (kini sudah ditutup). Selain dapat membaca artikel lengkap, features yang disediakan juga mudah dan agak user-friendly untuk digunakan. Saya kemudian bertanya serba sedikit kepada ahli forum yang lain mengenai blog dan bercadang mencubanya. Pada mulanya agak takut (apa nak takut ntaahhh...) namun segalanya baik-baik selepas itu. Dua platform blog yang saya cuba dan masih aktif menggunakannya hingga kini - blogspot dan blogdrive. Saya terus aktif bersama laman web berkenaan sehinggalah ia dinaiktaraf kepada version 7 tahun lalu.


Apa Jadi Pada Blog Saya???

Di blogdrive, saya lebih banyakkan kisah-kisah peribadi dan keluarga. Setakat hari ini, jumlah entri belum sampai 100 kerana jarang membukanya.

Di blogspot, bermacam perkara telah saya cuba. Nama pena, alamat blog, pengikut (masa tu tak tahu pun Follower tu untuk ape..) serta arkib (archives) antara features terawal yang saya letakkan. Pada awalnya, saya merancangnya hanya sebagai draf dahulu kerana belum betul-betul serius ingin menulis, namun tidak sampai seminggu sudah ada 4 atau 5 penulis blog lain menjadi pengikut. Terfikir 'ehh..takkan la nak tukar nama blog ni? jadi apa pulak nanti..' Jadi saya mula membuat keputusan untuk menulis secara serius dan tumpukan pada kandungannya. Sehingga kini, sudah lebih 400 entri ada di blog ini....

1 comment:

aamalinaazman said...

waaaa
bagusnyaaa
dari awal dh mule jinak2
gud2!