MY FOLLOWERS

Friday, October 7, 2011

Kesihatan - 11 Makanan Membantu Mengurangkan Berat Badan Dengan Cepat dan Mudah

Kredit kepada: Shine
Gambar ihsan: Shine


Assalamualaikum....


Yogurt

Hidangan snek lazat berkrim dan berasa masam penuh dengan kalsium. Kajian mendapati kalsium yang terdapat dalam yogurt mampu mengurangkan pertambahan berat badan dengan menghalang penyerapan lemak dalam usus kecil.



Telur

Hidangkan sarapan pagi anda dengan menggantikan pengambilan penkek dengan beberapa biji telur sebagai pembakar lemak dan penggerak hari anda.



Kacang pistachio

Kacang mengandungi lemak yang tinggi tetapi jenis lemak tidak tepu yang sihat ada dalam kacang pistachio. Sebagaimana jenis kekacang yang lain, kacang pistachio turut mempunyai serat dan protein yang mampu mengawal rasa lapar. Kesemua kualiti yang terhimpun dalam kacang jenis ini menjelaskan mengapa dengan menambahkan kacang pistachio dalam diet membantu mereka-mereka yang berdiet mengawal selera dan mengurangkan berat badan.



Limau gedang

Dalam kebanyakan makanan yang dikatakan boleh mempercepatkan penurunan berat badan, antara yang agak terkenal ialah limau gedang. Kajian mengesahkan kebenarannya. Satu kajian lain menjelaskan memakan separuh daripada buah ini setiap kali sebelum makan membantu mereka-mereka yang berdiet mengurangkan lebih banyak berat badan berbanding mereka yang tidak mengambil makanan pembuka selera. 



Avokado

Hidangan yang lazat berkrim ini membantu mengecilkan saiz pinggang anda. Kenyataan ini adalah benar dan kajian yang dijalankan turut mendedahkan lemak tidak tepu yang terdapat dalam avokado mampu merangsang tahap sejenis hormon yang menghentikan rasa lapar dalam badan yang dipanggil leptin. Hormon ini akan memberitahu otak anda bahawa anda telah kenyang, jadi anda akan mudah berhenti makan :-)



Cendawan

Sekiranya anda ingin mencuba kaedah mudah tetapi lazat yang rendah kalori, gantikan menu daging dalam resipi kegemaran anda dengan cendawan. Dengan cara ini, anda dengan sendirinya telah mengurangkan pengambilan 420 kalori daripada menu anda kerana dalam masa yang sama anda juga telah mengelakkan pengambilan lemak tepu yang boleh mengembangkan perut yang terdapat dalam daging.



Minyak zaitun

Minyak yang terdapat dalam kuah salad dan cairan mengandungi lemak mono tidak tepu yang dipanggil asid oleik yang berfungsi mencetuskan proses yang rumit dalam perut yang akan memberitahu otak anda bahawa anda telah kenyang dan ingin berhenti makan.



Gandum

Makanlah lebih gandum untuk mendapatkan perut yang kempis. Kajian menunjukkan beras perang, oat, bijirin gandum, roti yang diperbuat daripada 100% gandum dan pasta mampu membantu mengecilkan saiz pinggang.



Lada merah

Menambah rasa pedas dalam makanan membantu anda bukan sahaja untuk menambahkan selera makan tetapi turut meningkatkan keberkesanan dalam diet untuk mengurangkan berat anda. Sedikit serbuk cayenne atau jalapeno yang dipotong kecil boleh membantu. Kesemuanya mengandungi capsaicin iaitu sejenis kompaun yang memberikan rasa panas yang turut didapati dalam lada merah. Menurut kajian, ia berfungsi memadatkan selera makan dan mengawal pengambilan makanan harian.



Kacang fava

Kacang fava adalah satu sumber protein tanpa lemak yang berkrim dan enak yang penuh dengan flavonoid. Daripada kajian yang dijalankan selama 14 tahun, antioksidan yang istimewa yang terdapat dalam kacang ini mampu membantu menghalang pengumpulan lemak tambahan pada perut.



Nasi beserta lebih sayuran

Satu lagi cara untuk mengurangkan pengambilan kalori ialah dengan menambahkan sayur-sayuran berserat tinggi seperti brokoli, lobak, dan kubis daun bersama nasi yang anda makan. Selain itu, menurut kajian juga, menambahkan jumlah sayuran yang diambil bersama nasi sewaktu makan tengah hari membantu memperlahankan pengosongan perut. Dengan cara ini, perut anda mampu berasa kenyang lebih lama. Daripada kajian juga mendapati sesiapa yang menambahkan pengambilan sayur dalam nasi sewaktu makan tengah hari akan makan sedikit sahaja ketika makan malam.

Sumber

3 comments:

Hashira Yusoff said...

wah thanks for this info!
larat buat yg last skali tu je..hehehe..:D

Princess Nur said...

wahhh...akak suka info ni..sekarang tengah berusaha nak turunkan berat badan..tq blade!

KaK LimAh Si SupiR said...

huhuhu..dlm byk2 yogurt j kaklimah xmakan :P