MY FOLLOWERS

Friday, August 30, 2013

Artikel - Jaguar Project 7

Kredit kepada: Yahoo Auto
Gambar ihsan: Yahoo Auto


Assalamualaikum.....

















KLIK SINI dan KLIK SINI untuk berita dan lebih banyak foto.


Artikel - Buah Kelapa Laut

Kredit kepada: Wikipedia, doa.gov.my
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum....

Pernah tengok bagaimana rupa buah kelapa laut? Inilah dia :-)




 

KLIK SINI dan KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

:-)

Hidupan Liar - Spesis Mamalia Baru Ditemui

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......

Rakun? Beruang? Apa ini?




Rakun mini + beruang teddy = ? Nampak seperti lawak? Tidak juga.. kerana itulah yang saintis lakukan sehingga kini. 

Pengkaji kini mengumumkan penemuan yang jarang ini tentang mamalia dipanggil olinguito (baca: oh-lihn-GEE'-toe). Haiwan ini panjang 14 inci dengan ekor panjang dan berat hanya sekitar 2 paun. Haiwan ini dikelaskan dalam kumpulan yang turut meliputi kucing, anjing dan beruang. Haiwan ini berkeliaran di pokok-pokok dalam hutan berbukit sekitar Ecuador dan Colombia pada waktu malam, menurut pengkaji Smithsonian yang menghabiskan masa sedekad menjejakinya. Haiwan ini bukanlah susah dijumpai kerana suatu ketika hidup di kawasan National Zoo di Washington kerana kesilapan identiti.



KLIK SINI untuk selanjutnya.

Hidupan Liar - Arnab Bersinar-sinar: Satu Kajian Perpindahan Genetik dan Mencari Penawar Penyakit

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA


Assalamualaikum......



Sesungguhnya ia bukan satu lawak jenaka! Malah ia juga bukan sains fiksyen seperti dalam filem. Ini kerana sekumpulan saintis dari Universiti Hawaii dengan kerjasama pengkaji dari Turki telah membiakkan baka arnab ini dengan menyuntik sejenis protein luminescent dari obor-obor ke dalam embrio arnab ini telah menghasilkan arnab yang bersinar dengan sinaran hijau apabila disuluh di bawah lampu florescent.

Pun begitu, kejayaan menghasilkan arnab bersinar ini bukanlah yang pertama kerana pada tahun 2000, artis dan saintis dari Perancis telah menghasilkannya sebagai satu karya seni. Arnab bukanlah juga satu-satunya jenis haiwan yang pernah digunakan secara genetik untuk bersinar dalam gelap. Sebelum itu saintis telah menggunakan babi, biri-biri, monyet, anjing dan kucing yang akan bersinar bila ada dalam gelap. 

Saintis melihatnya bukan sebagai bahan pertunjukan tetapi untuk tujuan mengesan perpindahan genetik. Bila ujikaji ini berlaku, maka saintis mengetahui bahawa perpindahan genetik itu berjaya. Melalui kajiannya, Stefan Moisyadi, seorang pengkaji dalam projek ini menyatakan suatu hari nanti akan membawa kepada penemuan penawar penyakit dan mengurangkan kos perubatan bagi penyakit seperti hemophilia, Alzheimer's dan HIV. 


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Friday, August 23, 2013

Seni & Kreativiti - Fotografi X-Ray Pada Barang-barang

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....


Realitinya, tiada siapa punya kelebihan mata seperti Clark Kent aka Superman yang kununnya mampu lihat secara x-ray. Jadi, pernahkah anda lakukan x-ray pada apa-apa sahaja barangan rumah dan lihat bagaimana keadaan dalamannya?















KLIK SINI untuk selanjutnya. 

Berita - Mati Hidup Semula?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Defying death?


Seorang wanita Australia seperti mendapat nyawa kedua selepas 'dihidupkan' semula selepas diisytiharkan mati secara klinikal selama 42 minit. Vanessa Tanasio, 41, dikejarkan ke Pusat Perubatan Monash di Melbourne selepas mengalami serangan jantung dengan salah satu daripada arterinya tersumbat sepenuhnya. Dia mengalami serangan jantung dan kemudiannya diisytiharkan mati sejurus tiba di pusat perubatan berkenaan. 

Doktor yang merawatnya enggan berputus asa dan meneruskan juga usaha menyelamatkannya menggunakan sejenis peralatan dipanggil Lucas 2, satu-satunya alat di Australia yang berfungsi memastikan darah terus mengalir ke otak sementara ahli kardiologinya, Wally Ahmar membuka arteri yang tersumbat itu. Selepas ia dibuka, jantung Tanasio dikejutkan semula dan kembali ke ritma normal.

"Saya gunakan banyak kejutan, dan banyak ubat untuk menyedarkannya. Ia satu keajaiban dan tidak sangka dia akan kembali." katanya. 

Tanasio berkata dia tiada sejarah sakit jantung dan bersyukur kerana masih hidup.


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Hiburan - Cosplay di San Diego Comic Con 2013

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies


Assalamualaikum....

Ahhh.. petang ini kemalasan melanda dengan hampehnya untuk mengedit tulisan-tulisan untuk artikel lain. Jadi, layankan sahaja koleksi foto sempena San Diego Comic-Con 2013 ini..

Huuaaa... (****yawwnnn****)


Lagi cun daripada versi Anne Hathaway dalam The Dark Knight Rises? Cair, youu! Meeooww!!!  :-D


Obama-kun? :-D Hahahaha!!

Fly, babyy!! :-D

Cosplay watak dalam The Avengers (L-R): Black Widow, Captain America, Hawkeye


You cannot pass! Sebab itulah Gandalf (LoTR) berdiri di depan sini.. hahahaha

Princess Jasmine dari filem Aladdin terbitan Disney


Archeryyy!!!

Ada hantu? Panggillah GHOSTBUSTERS! :-D

Baby Robin? Baby Batman tak ada pulak..hehehehe



KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Wednesday, August 21, 2013

Seni & Kreativiti - Foto Dasar Laut Penyelam Bebas di Semenanjung Yucatan, Mexico

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum....

Sanggup turun ke dasar laut yang dalam hanya untuk dapatkan shot yang menakjubkan. Kerja gila? Memang gila! Berapa ramai yang sanggup? Mereka ini adalah juara selam bebas, Eusobio dan Christina Saenz de Santamaria, menyelam ke dasar laut bukanlah untuk memecahkan apa-apa rekod tetapi sebagai satu pengalaman santai menjelajah ke alam dasar laut. Mereka melakukannya hanya dengan satu nafas, tanpa membawa tangki dengan tanpa bunyi nafas dan tiada gelembung udara dibebaskan!

Bukan juga sesuatu yang mustahil, hasil latihan yang dilakukan, Eusobio dan Christina masing-masing dapat menahan nafas dalam laut selama 8 minit dan 6 minit setiap seorang dan masing-masing memegang rekod kebangsaan bagi Sepanyol dan Australia. Biasanya, penyelam bebas hanya bertahan selama 4 minit untuk ke kedalaman yang dikehendaki dan mengambil foto yang diperlukan.

Kalau tidak sanggup seperti mereka ini, pastinya tiadalah hasil seperti ini....






Anda boleh KLIK SINI untuk membawa kisahnya.