MY FOLLOWERS

Tuesday, January 31, 2012

Animasi - Bola Kampung

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Sebuah lagi animasi tempatan selain Upin dan Ipin yang mendapat sambutan baik daripada peminat warga tempatan - Bola Kampung. Selain di RTM1 dan TV9, siri animasi 2D ini juga disiarkan di saluran Disney dan Cartoon Network dan kini sudah masuk musim kelima. Tajuk lain siri ini ialah Soccer Boy (Rujuk sini)

Mengisahkan sekumpulan budak-budak kampung Gong Lechar yang begitu sukakan permainan ini tanpa mendapat sebarang latihan secara profesional dan bermain sekadar suka-suka. Namun begitu, masing-masing punya impian untuk menjadi pemain terkenal suatu hari nanti.

Suatu hari, guru besar dan guru sukan di sekolah mereka memutuskan untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak bagi mewakili sekolah mereka ke perlawanan peringkat sekolah. Pasukan yang menang akan mewakili sekolah masing-masing ke peringkat daerah pula.

Jika inginkan maklumat lanjut serta aktiviti menarik berkaitan siri ini, anda juga boleh layari laman web Kelab Peminat Bola Kampung. Ada forum, galeri, ruangan muat turun dan bermacam lagi, hanya untuk peminatnya :-)

Monday, January 30, 2012

Kesihatan - 7 Fakta Mengenai Kopi

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Terdapat tujuh fakta mengenai kopi yang mungkin ramai di kalangan kita tidak menyedari atau mengetahuinya.



1. Membantu mengurangkan kemurungan.

Kini terdapat kajian dari Harvard School of Public Health dalam Archives of Internal Medicine yang menunjukkan wanita yang meminum kopi berkafein mempunyai risiko menghidap kemurungan 20% lebih rendah daripada yang bukan peminum. Kajian turut mendapati lebih banyak jumlah yang diambil, lebih rendah risiko menghidap kemurungan.


2. Mempromosikan berat yang sihat.

"Meminum kopi sesudah makan akan menyebabkan tubuh memproses makanan yang dimakan pada kadar yang lebih perlahan, " kata Chris Kilham, penyelidik perubatan, pengasas Medicine Hunter, Inc. dan juga penulis Psyche Delicacies. Menurut David Levitsky, PhD, profesor sains pemakanan di Universiti Cornell, "Kafein mengurangkan kadar perut memproses makanan ke dalam duodenum, iaitu bahagian usus kecil di mana proses penghadaman berlaku selain meningkatkan kadar metabolisme." 


3. Meningkatkan kesuburan lelaki.

"Kajian menunjukkan kafein juga memberikan kesan positif ke atas kelajuan sperma untuk bergerak ke arah telur. Mungkin juga meninggikan peluang untuk hamil," kata John Wilcox, MD, FACOG, rakan kongsi pengurusan dan ahli endokrinologi reproduktif di HRC Fertility, California. Selain itu, kajian yang dikendalikan di Universiti Sao Paulo mendapati motiliti sperma adalah tinggi di kalangan peminum kopi berbanding yang bukan peminum, tidak kiralah sebanyak mana kopi itu diminum dalam sehari. Perbezaan ini ditemui hanya di kalangan peminum kopi dan bukan peminum.


4. Boleh menyebabkan bakteria.

Satu kajian yang dijalankan oleh NSF International, sebuah organisasi keselamatan mendapati mesin takungan kopi yang dikaji penuh dengan yis dan organisma kulapuk," kata Robert Donofrio, PhD, pengarah makmal mikrobiologi di NSF International. "Tidak ramai yang kami temui mengatakan mereka membersihkan atau menyahjangkit takungan kopi mereka. Saki-baki air yang masih tinggal serta bahagian mesin tersebut yang lembap menyumbang kepada pembentukan bakteria." Untuk membersihkan mesin takungan berkenaan, pengguna perlu mengikut protokol pembersihan yang disediakan dalam manualnya atau bersihkan bahagian dalamnya menggunakan cuka. 


5. Mengurangkan risiko kanser kulit.

Berlindung daripada sinaran matahari dan biasa menggunakan sejumlah SPF seharusnya menjadi cara utama untuk melindungi kulit daripada kanser. Kajian terbaru dari Hospital Brigham dan Wanita mendapati wanita yang meminum lebih daripada tiga cawan kopi sehari mempunyai risiko mendapat basal cell carcinoma 20% lebih rendah, dan lelaki pula dengan peluang 9% lebih rendah. Walaubagaimanapun, pengkaji tidak menyatakan pengambilam kopi merendahkan risiko squamous cell carcinoma atau melanoma, sejenis kanser kulit yang boleh membawa maut, menjadikannya penting untuk melindungi kulit sewaktu berada di luar rumah.


6. Bukan semestinya menyebabkan ketagihan.

Seorang ahli fakulti dan pengarah bahagian nutrisi sukan di Universiti California di Davis, Liz Applegate, PhD menjelaskan kafein yang terdapat dalam kopi tidak menyebabkan ketagihan. "Kafein ialah perangsang lembut, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan adalah salah membandingkan pengambilan kafein dengan ketagihan dadah kerana masyarakat boleh mengurangkan atau menghentikan pengambilan kafein daripada diet mereka tanpa menghadapi sebarang masalah psikologi atau fizikal hasil daripada ketagihan sebenar." Walaubagaimanapun, peminum kopi yang tegar mungkin mengalami simptom-simptom seperti keletihan dan kerengsaan jika mereka mengurangkan pengambilannya. Menurut Dr. Applegate, mereka yang mengambil 600 milligram kafein atau bersamaan 6 cawan kopi sehari adalah di kalangan yang mengalami simptom sebegini, namun kebiasaannya akan kembali ke keadaan asalnya selepas beberapa hari.


7. Tidak semestinya mengakibatkan sakit perut. 

Berdasarkan Lauren Gerson, MD, MSc, pembantu professor perubatan dan gastroenterology Kolej Perubatan Universiti Stanford, "Tiada bukti daripada kajian lepas menunjukkan kopi menyebabkan ulser atau lebih banyak kesakitan kepada pesakit dengan ulser yang direkodkan. Walaubagaimanapun, terdapat satu isu pencernaan yang menunjukkan kopi boleh menjadikannya bertambah buruk. Dr. Gerson menjelaskan meminum kopi boleh memburukkan lagi simptom pedih ulu hati disebabkan ia merangsang perut untuk menghasilkan asid gastrik.


Sunday, January 29, 2012

Kesihatan - Buah dan Sayur Untuk Kesihatan

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health


Assalamualaikum.....

Ubi kentang ungu


Satu kajian dari University of Scranton di Pennsylvania mendapat kesimpulan yang berbeza berbanding yang terdahulu. Kajian dijalankan ke atas 18 orang yang terlebih berat dan obes yang menghidapi tekanan darah tinggi. Para peserta diminta untuk memilih makan enam hingga lapan biji ubi kentang ungu bersaiz bola golf untuk makan tengahari dan makan malam, atau diet bebas kentang. Selepas sebulan, peserta akan mengubah rutin diet mereka. Peserta yang memakan ubi kentang menunjukkan perubahan yang ketara pada tekanan darah tinggi yang mereka hidapi. Tekanan diastolik sebanyak 4.3% sementara tekanan darah sistolik menurun sebanyak 3.5%. 


Laici


Mengikut kajian pada 2006 dalam Journal of Nutrition, laici mempunyai polifenol yang baik untuk jantung yang setara dengan 24 jenis buah yang diuji. Kajian mendapati ia mempunyai polifenol yang boleh menghalang penyakit hampir 15% lebih banyak berbanding anggur. Antioksidannya juga membantu menghalang pembentukan sel kanser, berdasarkan kajian dari Sichuan University di China.


Jambu batu


Sebiji buah ini mempunyai 5 kali vitamin C seperti buah oren (377 mg versus 83 mg). Jambu batu mempunyai lycopene, yang boleh menghalang penyakit jantung. Berdasarkan sebuah kajian ahli mikrobiologi dari Bangladesh, jambu batu juga boleh menghalang foodborne pathogens seperti Listeria dan staph.


Bok choy


Sayur daun ini adalah sayur nombor 1 China dan mempunyai 10 kali vitamin A dalam secawan. Ia penuh dengan antioksidan dan tidak mengejutkan bila beberapa kajian menunjukkan pengambilan sejumlah besar sayuran Brassica (keluarga sayuran termasuk kale, brokoli, dan bok choy) boleh mengurangkan risiko menghidap beberapa kanser termasuk prostat. 

Buah pear

Dengan sebiji pear, anda akan mengambil 10 g fiber, hampir separuh daripada jumlah yang disyorkan dalam sehari. Ia mempunyai rendah kolesterol, memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal paras gula dalam darah.


KLIK SINI untuk ke artikel penuh.

Saturday, January 28, 2012

Artikel - Tyre Marking Sebagai Panduan

Kredit kepada: Blog Hasrulhassan
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Panduan ini telah sedia dicetak pada setiap tayar. Anda boleh lihatnya sendiri pada bahagian tepi tayar berhampiran rim.




Antara yang ditunjukkan ialah kelebaran (dalam ukuran mm), jejari tayar serta jumlah tekanan angin yang diperlukan (minimum dan maksimum). Anda boleh juga merujuk DI SINI untuk lebih lanjut.

Bagi kereta standard 1.3 atau 1.5, biasanya tekanan tayar sekitar 30 psi (pound square inch.).

Sekadar Luahan - Orang Yang Takde Duit, Tak Merasa La... sobb..sobb...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Itulah yang berlaku...




Dato' Siti dan kumpulan Rabbani akan datang ke Terengganu pada 4 dan 5hb Februari ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Pada 4hb nanti, akan diadakan konsert di Dataran Taman Tamadun Islam dan ia adalah percuma. Turut memeriahkan konsert ini nanti ialah Sabri Yunus, Amy Search dan pendatang baru, Najwa Latiff. Itu masih tidak mengapa dan semua orang pasti sukakan apa-apa sahaja pemberian secara percuma :-) Kalau semuanya diberi pada harga murah semurah tiket perlawanan bola sepak sekali pun, mungkin masih ramai akan datang menjenguk Dato' Siti dan Rabbani dari dekat.

Pada keesokannya, Dato' Siti dan Rabbani akan menghadiri majlis makan malam bertempat di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan di majlis ini dikenakan bayaran RM175, RM275 dan RM500 seorang! Oleh kerana harga pun sudah tiga angka, rakyat termasuklah yang hidup di kawasan perumahan kos rendah yang terdiri daripada mereka-mereka yang miskin dan berpendapatan rendah di sekitar Ri-Yaz hanya mampu melihat dari luar pagar sahaja. Mungkin tidak dapat bertemu langsung dengan mereka!

Mungkin ada yang akan terasa ini sesuatu yang tidak adil. Hanya yang berada sahaja berpeluang masuk dan berjumpa mereka.....

Baca lagi berita DI SINI.

Friday, January 27, 2012

Hidupan Liar - Hidupan Laut Yang Jarang Ditemui Muncul di Pelabuhan Seattle

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum..

Ribbon seal

Seorang wanita penduduk Seattle baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran seekor haiwan berbulu yang kelihatan aneh. "Haiwan ini terjaga dan terbaring di pelabuhannya. Ia tidak berbuat apa-apa kecuali berehat dan tidur sahaja," kata Matthew Cleland, penyelia daerah di bahagian barat Washington kepada USDA's Wildlife Services, dan juga penerima foto haiwan berkenaan. 

"Saya fikir ia seekor haiwan yang menarik, tetapi tidak tahu ia haiwan apa." kata Cleland kepada OurAmazingPlanet. Dia ke pejabatnya untuk membuat rujukan sepintas lalu dan mendapati ia adalah anjing laut jenis ribbon seal, spesis haiwan Artik yang menghabiskan kebanyakan hidupnya di laut dengan berenang di kawasan air yang dingin sekitar Alaska dan Russia. 

Walaubagaimana pun, haiwan ini muncul di pelabuhan wanita tersebut, sebatu dari sungai Duwamish, kawasan laluan air industri yang melalui bahagian selatan Seattle. 



Thursday, January 26, 2012

Paranormal - Pengalaman Bella

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Penulis hanya menyampaikan kembali apa yang pernah disampaikan dahulu. Harap maklum.

Di sini Bella ingin kongsikanapa yang Bella sendiri lalui pada Ahad 18.2.2007 yang lalu. Bella rasakan inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Saat ini, Bella terasa juga tertekan kerana teringatkannya.


Sebelum ini, Bella hanya mendengar cerita-cerita orang dan melalui pembacaan mengenai bertemu dengan roh orang yang sudah meninggal dunia. Ceritanya, pada tarikh tersebut, Bella telah laluinya sendiri. Seram sejuk seluruh anggota, usahlah dikata. Jantung berdegup laju.........

Sebelum ternampak arwah nenek duduk di meja soleknya, Bella bermimpi disuruh membaca ayat Kursi oleh orang yang sememangnya Bella tidak kenali. Selepas menyempurnakan bacaan ayat tersebut dan seperti dirancang, lebih kurang pukul 3 pagi, Bella membuka mata dan memandang ke arah yang disuruh dalam mimpi tadi. Mulanya, Bella ingatkan sekadar bayangan sahaja, namun setelah diamati dengan betul dan pandang beberapa kali dan juga cermin barulah Bella tahu siapa dia. Mungkin Dia ingin tunjukkan kekuasaanNya yang Maha Besar kepada hambaNya. Kelihatan arwah nenek seperti sedang meratap dan gerak gerinya ... Bella tidak mampu menatap lebih lama kerana kekuatan diri seperti sudah hilang. Menggigil seluruh anggota tubuh, hanya ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi teman. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan Bella ketika itu. Saat arwah nenek berangkat, memang jelas lagi nyata Bella dapat mendengar bunyi kerusi ditolak, derapan kaki serta seretan kain. Saat itu, semakin kencanglah degupan jantung Bella. 10 minit kemudian, Bella meluru keluar dan tidur di sebelah emak yang ketika itu sedang tidur di bilik arwah nenek dengan dua orang lagi adik Bella. Bella beritahu emak dan ayah tentang kedatangan nenek. Keesokan harinya, saudara mara di kampung bertanyakan cerita sebenar, dan dalam keadaan masih takut-takut pun Bella terpaksa ceritakan juga.


Memang sehingga sekarang pun Bella masih sukar untuk lupakannya, seperti arwah nenek ada di mana-mana dan terbayangkan apa yang Bella nampak. Semalam, tidur Bella masih tidak lena sebab pada pukul 3 pagi Bella akan terbangun dan tidak dapat tidur sehingga Subuh. Selepas solat, Bella tidak putus-putus berdoa agar diberikan kekuatan diri dan dihilangkan semua perasaan yang menghambat diri ini.

Kata emak, Bella lahir pada malam Jumaat sekitar jam 1 pagi dan salah satu faktornya disebabkan waktu kelahiran itulah Bella boleh nampak. Kalau diikutkan, sebelum ini pun Bella pernah juga terasa begitu sewaktu tinggal di hostel dahulu. Itu pun cuma terasa kehadiran makhluk Allah dan tidak pernah nampak. Hanya baru-baru ini sahaja Bella dapat melihatnya dengan jelas.

Wednesday, January 25, 2012

Artikel - Bila Sistem Kapitalis Runtuh...

Kredit kepada: Arrayah
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Sistem ini banyak mengkayakan orang-orang yang berada di atas. Organisasi syarikat, korporat, multilevel, apa sahaja namanya.. Dengarlah di mana-mana pun, orang akan berkata "Kalau nak kaya, buat la bisnes, bukak la syarikat sendiri lepas tu jadi bos.." Bukan setakat cakap-cakap, tetapi itulah realitinya..


Sistem kapitalis bukan sekadar merosakkan, tetapi dari satu sudut bersifat menindas. Yang bekerja dan memegang jawatan bawahan paling terasa. Bukan setakat tugasan yang adakalanya berat, adakalanya gaji juga tidak setimpal dan tidak adil. Jika mahu gaji besar juga, terpaksalah buat kerja lain untuk tambah pendapatan yang tidak seberapa. Ada yang menjual burger selepas waktu pejabat, mengajar tusyen, berniaga di pasar malam dan seumpamanya. Sehinggakan ada yang hilang nikmat masa bersama keluarga dek kerana terpaksa bekerja lebih keras untuk menampung keperluan yang semakin mendesak. 

Bila difikirkan, timbul rasa sedih dan terkilan bila berpeluang melintas depan rumah bos yang besar sedangkan kita letih dan merana bekerja selama 8 jam dan hanya dibayar kurang daripada empat angka!! 

"Bila ditanya bos senang la cakap, duk bagi motivasi itu ini nak naikkan semangat kita untuk terus kerja tapi bila ikut cakap dia, akhir-akhirnya jadi kayakah kita sekelip mata atau lepas tu?? 

Kalau bos kata yang dia tu adil dengan pekerja, pasal apa dia jadi makin kaya? Sebab dia bos ker? 

Tak boleh ke kalau dia ada gaji sama macam kita?" dan seumpamanya lagi yang kita boleh dengar di mana-mana..


Sedangkan yang menjadi bos atau yang di atas adalah sebaliknya. Kerjanya mungkin tidak seteruk mana tetapi dengan senangnya bertukar-tukar kereta, berbelanja lebih dan sebagainya. Dengan adanya kesenangan sebegini pada sesetengah pihak, maka dengan itu juga wujudlah sifat-sifat seperti tamak, sombong serta hasad dengki sesama manusia. Yang di atas semakin merasa nikmat kesenangan dengan kuasa membeli itu ini semakin bercambah, yang di bawah pula semakin terhimpit. Kuasa membeli juga semakin terhakis.

Bukankah itu sesuatu yang tidak adil? Bagaimana rakyat akan merasa sejahtera dengan adanya sistem ini yang masih digunakan? 

Tidak perlu lihat sejauh Amerika atau di Barat, di tempat kita sendiri pun sama juga. Negara Amerika yang besar itu juga kini sakit kerana penangan sistem kapitalisme. Rakyatnya yang semakin sedar akan buruknya sistem ini, kini memberontak kerana menuntut perlaksanaan sistem lain yang jauh lebih adil dan lebih sejahtera.

KLIK SINI untuk baca lagi.

Wordless Wednesday - Expecting :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....

Wordless Wednesday - Break

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum...

Monday, January 23, 2012

Hidupan Liar - Parasit Lalat Yang Membunuh Lebah Madu di California dan Dakota Selatan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum...


Sejenis parasit lalat dikatakan menjadi punca epidemik yang menyerang populasi lebah madu seluruh dunia. Parasit lalat ini akan menumpang dalam perut lebah berkenaan dan akan menyebabkannya bertukar sifat seperti lalat dengan berjalan dalam bulatan, adakalanya akan mengejar cahaya terang sebelum mati. 

Parasitic Phorid Fly Apocephalus borealis akan menetaskan telurnya dalam abdomen lebah madu dan menyebabkan lebah madu bertukar sifat seperti zombi. 

"Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam tempoh tertentu terhadap mana-mana lebah yang masih hidup, kami mendapati ia berjalan dalam bulatan tanpa arah," kata ketua penulis Andrew Core dari San Francisco State University dalam satu kajian mengenai parasit lebah dalam jurnalnya, Plos One. 

Menurut Core lagi, kebiasaannya, lebah hanya akan duduk setempat, kadangkala bergerak secara menggelung sebelum ia mati. Namun lebah yang mempunyai parasit ini masih lagi hidup tetapi tidak mampu untuk berdiri dengan kakinya. "Ia terus cuba dan jatuh," katanya. "Ia menunjukkan suatu keadaan seperti zombi." 

Walaupun parasit ini telah menyebabkan kerosakan teruk kepada populasi lebah madu, namun terdapat penemuan lain berdasarkan Mirror yang menyatakan saintis menjumpai parasit ini secara tidak sengaja tetapi percaya bahawa ia akan membantu saintis menemui apa yang menyebabkan gangguan keruntuhan sesebuah koloni yang membinasakan separuh daripada koloni lebah madu di Eropah dan Amerika. 

Parasit berkenaan dipercayai masih baru dan ada persamaan dengan parasit yang menjejaskan populasi kumbang dengung (bumble bee) pada masa ini. Saintis kini masih berusaha mengkaji bagaimana parasit ini bekerja, tetapi teori awal oleh Professor John Hafernik dari San Francisco menyatakan parasit ini mengubah body clock lebah madu yang menyebabkan sifatnya yang tidak menentu seterusnya membawa kepada kematiannya.



Foto lalat Apocephalus borealis yang dikatakan menjadi penyumbang kepada penurunan jumlah populasi lebah madu. Kajian San Francisco State University mengatakan lalat ini mengeramkan telurnya dalam abdomen lebah madu dan sewaktu larvanya semakin membesar, lebah madu berkenaan akan semakin hilang kawalan terhadap keupayaannya untuk berfikir dan berjalan, terbang membuta-tuli ke arah cahaya terang sebelum ia mati seterusnya larva lalat akan keluar.


Rujukan: 

Artikel - Hukum Merokok Dari Pandangan Islam

Kredit kepada: Redzuan-ridz
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Sesetengah ulama memfatwakannya sebagai haram, manakala sebahagian lagi memfatwakannya sebagai makruh. Jika ikutkan pendapat saya secara peribadi, jika sesuatu perkara itu mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri tidak kiralah untuk jangka pendek mahupun jangka panjang, adalah baik dielakkan sahaja.

Sumber dan Sumber 2

Berita - Protes Larangan Memakai Tudung di Sekolah

Kredit kepada: Arrayah
Gambar ihsan: Sinar Harian


Assalamualaikum....

Perkara sebegini bukanlah suatu perkara baru, malah sebelum ini juga pernah disiarkan di akhbar berikutan sikap prejudis golongan tertentu yang menghalang pemakaian tudung di sekolah buat pelajar Islam. Kalau tidak silap, di Singapura. Kononnya untuk menyelaraskan keadaan supaya semuanya sama di sekolah (maknanya semua pelajar perempuan mesti nampak rambut dan tidak bertudung). Begitu juga dengan isu pelajar lelaki yang ke sekolah memakai serban yang turut mendapat perhatian dalam akhbar suatu masa dahulu. 


Terbaru, Sinar Harian semalam (11.1.2012) mendedahkan perkara sama yang berlaku di sebuah sekolah di Bangkok, Thailand. Ratusan penduduk Islam berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menterinya sebagai membantah tindakan sebuah sekolah aliran Buddha yang melarang pelajar Islam memakai tudung di sekolah. Tindakan sekolah itu dikatakan bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran memandangkan seorang pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam. 

Turut dinyatakan, pihak Kementerian Pelajaran di negara terbabit sudah menghantar surat menyatakan tindakan sekolah terbabit sebagai salah laku. Pun begitu, kumpulan aktivis Muslim Group for Peace mendakwa pihak pengurusan sekolah dan beberapa gurunya masih enggan mengajar atau membenarkan pelajar berkenaan memasuki sekolah ekoran daripada isu tersebut.

Menteri Pelajarannya, Woravat Auapinyakul juga menegaskan bahawa setiap pelajar mempunyai hak dalam memakai pakaian seragam mengikut aliran agama masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian negara tersebut.


Sumber: (Arrayah dan Sinar Harian)

Sunday, January 22, 2012

Artikel - Timang Tinggi-tinggi ......

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum...




Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Baru tumbuh gigi
Dah pandai ilmu hisab

Itulah hakikatnya bila sudah menjadi ibu dan ayah. Segala baik buruk tabiat mereka sejak dari kecil meskipun kini sudah tidak diingat lagi, namun ia masih tetap mengalir turun kepada anak-anak. Bayangkanlah jika ibu bapa ada yang menjadi guru matematik. Hhmmm...  Mungkinkah si kecil ini juga bakal menjadi tokoh matematik atau usahawan yang berjaya suatu hari nanti? Wallahualam....

Pandai-nyeeeeeeeeeeeeeeee :-)


Saturday, January 21, 2012

Hidupan Liar - Antara Imej Terbaik Dari Yahoo News

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....




Dalam artikel yang disiarkan, terdapat 115 foto dalam pelbagai kategori. Antara yang menarik, seekor cicak sempat menangkap lengan seekor cicak lain dan menyelamatkannya daripada terjatuh dari tempat ia bertenggek, juga sejenis serangga nimfa hutan yang dibawa bersama penjaga zoo sewaktu sesi foto bagi mempromosikan London Zoo pada 4 Januari lalu di London, England. Selain itu, terdapat juga foto seekor beruang bermain menangkap topi di Highland Wildlife Park.

KLIK SINI untuk lebih banyak foto sorotan seminggu bulan Januari ini.

Sekadar Luahan - Manusia Memang Tak Pernah Puas...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum....




Pernahkah anda lalui keadaan sebegini?

Buat kerja seperti biasa, anda ikut segala peraturan syarikat, jaga tingkah laku tetapi apa yang anda dapat di akhirnya ialah kata-kata kesat serta luahan tidak puas hati orang lain terhadap anda. Segala yang baik-baik yang anda kerjakan sebelum itu semuanya sudah tidak diendahkan biar pun sudah berpuluh tahun mencurah keringat. Pandangan mata ditutup daripada melihat kebaikannya sebaliknya yang buruk itulah yang selalu dicanang. Itulah yang diingat sampai ke mati. Marah? Sedih? Nak nangiiiiiisss???? Memang patut pun!

Ibaratkan di depan anda ada sebuah papan putih dan ada satu titik hitam di tengahnya. Yang akan dilihat pastinya titik hitam ini dan bahagian putih yang mewakili kebaikan dilupakan begitu sahaja.

Itulah sebahagian daripada lumrah manusia. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Mungkin dia seorang sahaja yang nampak begitu sedangkan yang lain adalah sebaliknya. Bukankah setiap orang punya pandangan atau perspektif berbeza terhadap seseorang atau sesuatu? Apa yang bagusnya dengan sikap suka menyibuk dengan perangai orang lain? Atau patut ditanya, apa yang bagusnya mencari kesalahan dan keburukan orang lain? Ambil pengajarkah? Setahu saya dan sepanjang yang dapat saya lihat, dalam masyarakat kita, ia lebih kepada menjadi bahan mengumpat dikala duduk-duduk bersembang bersama rakan sekepala. 

Memang nak kene nieeee.... nampak pisau nie??!



Tidak fikirkah orang yang mencanang itu akan kesannya terhadap mangsa kata-katanya itu jika ia sampai ke pengetahuan si mangsa dan bagaimana perasaannya? Jika saya adalah mangsanya, marah adalah pasti dan sekali-sekala apabila teringat, timbul juga perasaan ingin mencari dan membunuhnya. Masakan tidak, manusia sebegini akan bawa lebih banyak keburukan kepada yang ada di sekelilingnya umpama virus.

Adakalanya lebih baik juga duduk dengan 'mat salleh' kerana dari satu segi, mereka ini mengamalkan budaya pemikiran berbeza seperti tidak terlalu melihat kesalahan orang dan lebih suka melihat apa yang anda mampu buat secara positif. Sebab itulah mereka mampu maju jauh ke depan seperti juga bangsa Jepun yang sentiasa terkenal dengan kreativiti, sifat rajin dan disiplin dalam setiap aspek kehidupan.

Kita pula sebaliknya. Kenapa mentaliti kita suka melihat yang buruk-buruk pada orang lain sedangkan yang baik-baik itu lebih banyak? Sehinggakan sangat susah untuk mendapat kawan yang tidak mencari kesalahan orang lebih-lebih lagi dengan bahasa yang kesat. Dalam 30 orang, mungkin hanya dua atau tiga orang yang terbaik. Mencari kita bukan sekadar atas dasar sesuatu kepentingan tetapi atas dasar kawan.

Jika diikut sahaja yang merungut itu, mesti dirasakan betul di matanya dan dia akan berasa puas bila keadaan kita pada waktu itu sudah mengikut kehendaknya. Namun yang lain pula mungkin akan nampak kita ini seperti pelik. Jika diikut yang lain pula? Tidak perlulah fikir, sama juga....

Jadi yang perlu dibuat ialah menjadi diri sendiri. Ambillah segala yang positif daripada setiap orang sebagai panduan buat diri, buanglah yang negatif.


Friday, January 20, 2012

Artikel - Alat Untuk Mengukur Kesejahteraan Rakyat Negara Ini (Bhgn 2)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum...

Sambungan dari Bahagian 1


Amerika adalah negara yang muflis! Inilah kenyataan pada saat ini. Inilah bukti kerapuhan ekonomi kapitalis yang sarat pasaran spekulasi berbanding ekonomi yang nyata. Malah, nisbah jumlah perdagangan nyata di dunia yang diselubungi kapitalisme berbanding pasaran matawang yang banyak dipengaruhi oleh spekulasi adalah sebanyak 20:80! Sebagaimana ideologi sosialisme/komunisme telah terkubur, begitulah juga kapitalisme yang sudah retak menanti belah. Inilah kesan daripada penerapan sistem yang bukan datang dari sang Pencipta tetapi lahir daripada akal manusia yang terbatas.

Meskipun AS menambah jumlah had hutang negara (yang diluluskan hanya beberapa jam sebelum Amerika kehabisan wang), ia sebenarnya akan menjerumuskan Amerika ke gaung kebangkrapan yang lebih dalam. Dengan jumlah perbelanjaan yang semakin meningkat dan melebihi pendapatan negara, jumlah pengangguran yang semakin meruncing, serta krisis sub-prima yang masih tidak pulih, ia pasti akan menjadikan keadaan semakin sulit bagi negara Uncle Sam ini. Ini belum ditambah dengan perbelanjaan luar negara yang melonjak kesan daripada belanja perang di Afghanistan dan Iraq.



Apakah ini model ekonomi yang ingin ditiru oleh para pemimpin kaum muslimin sekarang ini? Apakah mata mereka sudah buta, dan telinga mereka telah tuli akan apa yang sedang berlaku kepada penjaga ekonomi kapitalisme dunia pada masa ini? Adakah mereka menginginkan apa yang berlaku kepada Amerika ini berlaku juga kepada negeri-negeri kaum muslimin? Sungguh malang nasib kaum muslimin yang memiliki aqidah yang lahir daripada sang Pencipta tetapi tidak diterapkan oleh negara!! Malah lebih perit untuk ditelan - bukti kehancuran kapitalis semakin nyata di mata, namun para pemimpin kaum muslimin buat-buat tidak mengerti dan terus mengabdikan diri kepada sistem yang rosak ini. Ingatlah akan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudri:

“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” - Hadis riwayat Muslim

Wahai kaum muslimin! Kalian adalah terlalu mulia untuk terjerumus ke lembah kebinasaan sebagaimana kaum kuffar. Oleh itu, bangkitlah kalian daripada kehinaan menerapkan hukum yang bukan bersumberkan Al Quran dan As Sunnah ini, kepada penerapan Islam yang kaffah. Yang nyata, Amerika sedang menuju ambang kehancuran sebagaimana hancurnya negara komunis satu ketika dahulu. Malah, kehancuran Amerika akan berlaku lebih cepat, sekiranya negara Khilafah yang kita dambakan segera tertegak!


Sumber

Artikel - Alat Untuk Mengukur Kesejahteraan Rakyat Negara Ini (Bhgn 1)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum...

Berdasarkan kenyataan di halaman ini, segalanya bermula dan berpunca selepas peperangan antara Amerika Syarikat dengan Vietnam. Sejak dari itu, sistem matawang dunia berubah dan menggunakan matawang bergelar wang fiat..

Apa yang hendak disampaikan di sini ialah berkenaan KDNK. Apa itu KDNK?

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi
nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan
perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. 

KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):
 
KDNK = penggunaan ( consumption atau "C" ) + pelaburan kasar (gross investment atau "I" ) + perbelanjaan awam (government spending atau "G" ) + (eksport atau "X" w22; import atau "M" ), 

atau,
 
KDNK = C + I + G + (X-M)
 
Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.
 
KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):
 
KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
 
Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.


Ada apa dengan KDNK? Sejauh mana bagusnya KDNK?

Yang kaya semakin kaya, yang miskin papa kedana. Satu fenomena adanya jurang pendapatan yang besar dalam sesebuah negara dan dunia amnya.

Mengikut Laporan Bank Dunia Kaum Majoriti iaitu 80% dari penduduk dunia hanya menguasai 20% kekayaan dunia. Ini bermakna bahawa kekayaan dunia ini hanya perhimpun kepada puak minoriti, ini membuktikan kepada kita bahawa adanya jurang pendapatan. Ini bermakna KDNK (GDP) dan KNK (GNP)bukanlah alat yang tepat untuk mengukur 'kesejahteraan' sesebuah negara.


Kaki hutang: AS setanding Itali, Belgium


WASHINGTON 4 Ogos - Hutang kasar Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada AS$238 bilion (RM6.9 trilion) sehingga 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu selepas had tertinggi hutang dinaikkan, menurut Perbendaharaan negara itu. Ini bermakna jumlah hutang yang dimiliki oleh negara kuasa besar dunia itu adalah lebih daripada pendapatannya.

Perbendaharaan menambah lebih AS$200 bilion (RM580 bilion) sebagai komitmen segera selepas Presiden Barack Obama memeterai perjanjian rangka untuk menaikkan jumlah tertinggi hutang. Liabiliti-liabiliti sementara telah dikeluarkan daripada imbangan kira-kira Kerajaan Persekutuan sejak 16 Mei lalu apabila komitmen Perbendaharaan mencecah AS$14.29 trilion (RN41.44 trilion).

Jumlah pinjaman baharu itu menjadikan jumlah hutang awam meningkat kepada AS$14.58 trilion (RM42.28 trilion) sehingga akhir tahun 2010 dengan KDNK berjumlah AS$14.53 trilion (RM42.13 trilion), sekali gus meletakkan AS dalam liga negara memiliki hutang tinggi seperti Itali dan Belgium. Dengan perkembangan terbaharu itu, AS kini menyertai kumpulan negara-negara yang memiliki hutang awam melepasi KDNK termasuk Jepun (229 peratus), Greece (152 peratus), Jamaica (137 peratus), Lubnan (134 peratus), Itali (120 peratus), Ireland (114 peratus) dan Iceland (103 peratus), mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa.

Kali terakhir hutang AS melepasi ekonomi tahunannya adalah pada 1947, selepas Perang Dunia kedua. Menjelang 1981 hutang itu merosot kepada 32.5 peratus. - AFP.

Sumber : Utusan Online, 05/08/2011

Sumber

Artikel - Menanti Kedatangan Gelombang Kelima ....

Kredit kepada: Arrayah
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Sejak zaman berzaman umat Islam ditindas dan ditipu oleh golongan kapitalis semata-mata kerana golongan ini mahu terus mengekalkan kuasanya dan memastikan segala kepentingan mereka di dunia ini terus terjaga. Namun kini ramai yang sudah mula menyedari sistem kapitalis yang digunakan saban hari bagi menggerakkan ekonomi dunia sudah semakin menuju ke arah kegagalan. Ramai yang mula sedar dan mula memberontak mahukan sistem yang lebih adil.

Pun begitu, kapitalis yang gelap hatinya masih berusaha keras mengawal keadaan. Berbagai tipu helah dan pujuk rayu sudah tidak berkesan lagi. Undang-undang sedia ada ciptaan mereka sendiri sudah tidak mampu lagi mengawal keadaan yang kian berlarutan.

Akan tiba suatu masa, ramai akan mula mencari penyelesaiannya menerusi sistem yang diajar menerusi agama Islam. Ramai akan mencari apa yang istimewanya sistem ini dan mereka tiada pilihan selain memilih untuk menggunakannya. Itulah sistem Syariah dan Khilafah.

KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Wednesday, January 18, 2012

Artikel - Cermin Diri Sendiri


Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: “Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." Hadis Riwayat Muslim


Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya.”


Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincangkan dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.


Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan, biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun janganlah sampai menganggap diri kita PERFECT dan orang lain tidak setanding dengan kita.


Mudah-mudahan Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN.

Artikel - Taman Hiburan di Jepun Yang Terbiar

Kredit kepada: Blogslucumenarik
Gambar ihsan: Blogslucumenarik


Assalamualaikum...

Ada blog lain yang menyiarkan foto-foto di taman tema terbiar di negara China atau Korea, namun perkara ini juga turut berlaku di negara matahari terbit ini.

Dalam artikel sebelum ini, penulis pernah memaparkan mengenai bandar berhantu. Artikel ini tiada sebarang persamaan dengan artikel berkenaan kerana isu bandar berhantu ini berlaku adalah disebabkan kejadian kemalangan akibat kerosakan di loji nuklear Chernobyl dan sehingga kini tiada lagi penduduk di bandar berkenaan. Yang mungkin akan datang sekali-sekali hanyalah di kalangan saintis atau pihak-pihak yang berkenaan sahaja.










Taman tema menjadi terbiar ekoran tiada penyelenggaraan dibuat. Mungkin juga kerana kos yang tinggi.

KLIK SINI untuk ke paparan penuh dan lebih banyak gambar.

KLIK SINI untuk ke artikel sebelum ini.

Wordless Wednesday - Calling

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....

Wordless Wednesday - Happiness.......

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....


:-)

Monday, January 16, 2012

Artikel - Ada Yang Nak Tahu Siapa Model BNM Yang Cun Ini?? :-)

Kredit kepada: Lunaticg Banknote and Coin, Blog Aimah
Gambar ihsan: Lunaticg Banknote and Coin, Blog Aimah



Assalamualaikum...


Sebagaimana yang dinyatakan daripada sumbernya, setiap kali ada wang kertas versi baru, si manis ini pasti tunjuk muka. Sehinggakan ada dibincangkan dalam beberapa forum mengenainya dan ada pula segelintir lagi apabila berurusan di Bank Negara pasti berharap dapat menemui si manis ini. Mungkin juga kerana wajahnya kerap muncul di media tahun lalu. 

Berdasarkan sumber dinyatakan model ini ialah Noor Aimah Mohd Nor, 32 tahun dan bekerja di salah satu jabatan di Bank Negara. Dinasihatkan kepada para peminatnya, sila jangan tunggu kemunculannya di kaunter Bank Negara kerana dia memang tidak akan berada di situ. Sumber juga menyatakan banyak maklumat lain mengenai si manis ini adalah sulit. Apa yang dipaparkan di laman blog hanyalah sebagai memenuhi kehendak sebahagian peminatnya untuk mengetahui serba sedikit mengenai dirinya :-)


Jika masih kempunan, anda boleh juga membaca selanjutnya DI SINI atau melayari blog Noor Aimah DI SINI.

Kepada peminatnya - Puas keee??  :-)

Artikel - Rahsia Pembinaan Piramid Seperti Diceritakan Dalam Al-Quran

Kredit kepada: Quran.com, Blog Stress
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Dalam al-Quran ada diceritakan secara ringkas mengenai Firaun yang meminta Haman untuk membakar tanah liat untuk membina piramid. Ini sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Qasas ayat 38.


Setelah melakukan kajian selama 20 tahun, Professor Davidovits menyatakan bahawa piramid dibina menggunakan batu-batuan yang diperbuat daripada lumpur. Tanpa menggunakan mikroskop elektron, ahli geologi tidak dapat menentukan sama ada batu yang digunakan untuk membina piramid tersebut adalah batuan semulajadi atau batu buatan manusia.

KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.